27/09/2013

Siapa kata saya tak bangga dilahirkan sebagai MELAYU?

warning : Emosi saya neutral ketika menaip entri ini. Saya cuma menjawab segala persoalan yang bermain di minda orang lain. 

Klik untuk lebih jelas.

Okay. Merujuk kepada entri INI. Saya dengan senang hati dan lapang dada menjawab segala persoalan saudara/saudari. 

Tidak ada satu ayat pun dalam entri saya menyifatkan bangsa melayu ini sebagai bangsa yang teruk. Sepanjang menaip entri tersebut tidak pernah terlintas pun sedemikian. Akan tetapi, kenapa perlu persoalan itu timbul dalam minda saudara/saudari. Adakah saudara/saudari yang berfikiran sedemikian?

Yes, I am Malay dan sesungguhnya saya cukup berbangga dilahirkan sebagai individu yang beragama Islam dan berbangsa melayu. Syukur Alhamdulillah. Sekali lagi saya bertanya, ada atau tidak saya menyebut di dalam entri tersebut, sesungguhnya bangsa melayu ini sangat teruk? Kalau ada sila  nyatakan ayat yang mana satu. Indeed in the second paragraph, saya nyatakan "satu-satunya perkara yang mana saya tidak mengaku sesungguhnya saya juga berbangsa melayu". Akan tetapi, saya turut menyentuh tentang persepsi di perenggan sebelumnya. Sebagai seorang yang berbangsa melayu, saya menyeru agar kita sama-sama menyingkirkan persepsi ini dari minda setiap individu agar bangsa melayu tidak lagi dilabelkan sebagai bangsa yang tidak menepati masa. Sarcasm. Don't you get it?

Saya juga tidak melabelkan bangsa melayu ini sebagai bangsa yang bodoh. Sila nyatakan ayat yang mana dalam entri tersebut yang membuktikan saya menyatakan sedemikian. Akan tetapi, persoalan tersebut masih lagi bermain di dalam minda anda. Adakah pernah terlintas di dalam akal dan fikiran anda bahawasanya bangsa melayu ini sebagai bangsa yang bodoh?

And last, saya sudahkan entri tersebut dengan memohon segala ampun dan maaf bagi mereka yang terasa. Dalam erti kata lain, maksud tersirat di sebalik ayat tersebut adalah tidak semua bangsa melayu yang begitu. Dan saya nyatakan di sini untuk kefahaman saudara/saudari, saya juga tidak ada menyatakan sesungguhnya bangsa lain itu baik-baik belaka manakala bangsa kita ini sebaliknya. Malah saya turut bersetuju dengan salah satu komen pada entri tersebut sekiranya saudara/saudari membaca sehingga ke noktah yang terakhir di komen yang paling akhir. 

Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya kata-kata di dalam entri tersebut menggangu ketenteraman jiwa saudara/saudari. Sesungguhnya tidak pernah terdetik pun dalam minda saya perkara-perkara yang saudara/saudari persoalkan itu. Tetapi kenapa perlu ada dan berlegar-legar di minda saudara/saudari bahawa masyarakat melayu ini adalah masyarakat yang teruk dan bodoh?

p/s : Kan lebih senang kalau berbicara tanpa perlu menyembunyikan identiti sendiri. Saya lebih hormat orang yang berani berterus-terang. Tetapi rasa yang sebaliknya terhadap mereka yang bersembunyi di sebalik identiti anonymous. 

24 comments

9/27/2013 04:43:00 am

assalamualaikum..aisya :)

pd pandangan ayie..bangsa melayu ada byk keistimewaan berbanding bangsa2 lain.

antaranya org melayu mudah bertoleransi dgn bangsa2 lain, mudah menerima kejayaaan bangsa2 lain dan mengkaguminya...org melayu tidak tamak mahu membolot semua peluang dan kekayaan yg ada dan org melayu ada pejuang terbaik di medan perang. percaya tak aisya..org melayu kalau dah yakin dgn sesuatu perjuangan itu..mereka akan berjuang hingga ke titisan darah yg terakhir.

...sebenarnya terdpt byk lagi keistimewaan org melayu..klu nak cakap satu entri pun x cukup.

ayie rasa sebab org melayu byk keistimewaannyalah mereka dirahmati Allah dgn agama yg Haq iaitu ISLAM.

seperti yg kita tahu hanya islam saja agama yg diterima di sisi Allah. seperti firman-Nya..jgn kamu mati melainkan dlm Islam.

berbanding bangsa amerika, jepun, korea dan lain²..wlu mereka ada kelebihan tertentu namun mereka tidak dirahmati dgn agama islam..segala usaha mereka hanya setakat di dunia saja. Di akhirat kelak semuanya lenyap sia2 kalau mati tanpa Islam.

namun sejak akhir2nya ramai juga bangsa2 tersebut mula memeluk islam...Al Hamdulillah..

Allahu a'lam.

9/27/2013 07:48:00 am

kmk dah baca entry ya
n kmk paham apa mesej yg ktk nak sampaikan
'jd org yg menepati janji n ubah persepsi org ttg bangsa kita'

kmk x pernah dpt komen anonymous..coz ruangan komen ya kmk hadkan utk yg ada id jak..pernah aktifkan anonymous tp byk link spam masuk

9/27/2013 09:14:00 am

salam..

perkara mcm ni lebih kepada sikap indvdu tu sdri kan..bkn soal bngsa ke agma ke..sebab lau kita ni jenis yg pndai atur masa, seorng yg menepati jnji, msti xkan tmbul isu jnji melayu la..atau mcm2 alsan lgi..

9/27/2013 10:42:00 am

semua kaum pn ada je yg xok..nk kata baik 100% xlah..pasti ada kelemahan..hm dah terjah entri 2..rsanya xde ape yg pelik pn..mgkin dia terasa lebih kot..ape pn semuanya dri niat kita sndriri =)

9/27/2013 11:20:00 am

bagi pendapat akak penulisan entri aisya takde pun menyentuh sensitiviti.. mengapa beliau harus terasa sangat?

9/27/2013 11:25:00 am

sabar ya aisya..:)
memang kadang org salah tafsir dengan apa yang kita nak sampaikan..mungkin dorg tak faham sangat kot masa baca entry tu ..

9/27/2013 12:37:00 pm

ada yg sentap pulak??? pada pendapat aku la. mereka yg patut malu sbnr nyer adalah mereka yg slalu x tepati janji, x tepati dan sbg nyer. sbb mereka ni lah yg tergolong dalam istilah "janji melayu".

kalo korang jenis yg punctual, tepati janji, nak malu apa kan... orang laen siap respect lg.

9/27/2013 01:08:00 pm

@Ayie Abas

terima kasih sudi memberikan pandangan yg bernas.. memang suka dengan komen yang diberikan.. setuju sangat. :)

9/27/2013 01:09:00 pm

@Yumida Huda

kan.. kita dah ngajak nyuruh buang persepsi ya dari minda masyarakat. bukannya nganok.. sik paham juak kmk..

sebab kmk perasan juak ktk sik moderate komen. hehe

9/27/2013 01:10:00 pm

@Cik Yaya

yup. sebenarnya dari mana datangnya istilah janji melayu tu? adakah dari bangsa lain yg merendahkan bangsa melayu.

9/27/2013 01:11:00 pm

@S.K.A

manusia berbeza bukan disebabkan oleh bangsa tapi oleh hati masing2. mungkin terasa pedah di lidahnya kot.

9/27/2013 01:12:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

itu lah kak. sy pun tak faham. mungkin dia salah mentafsir maksud kot. itu lah yg sy up entri ni untuk terangkan kepada mereka yg tidak menggali di sebalik kata2. hmmm

9/27/2013 01:13:00 pm

@aswadz

itu la pasal. Terkejut, ada jugak yg sentap padahal tak terniat pun. kenapa agaknya orang tu sentap eh? I wonder..

9/27/2013 01:15:00 pm

@Cik Itah@RRP

sy okay2 je.. takut individu tu yg tak okay.. haha!

mungkin la kot.. agaknya dia membaca menggunakan mata semata2 tanpa bantuan akal untuk mentafsir. mungkin.

takpelah, harap2 dia baca entri yg ini supaya takde lah salah faham lagi dengan maksud yg sy cuba sampaikan dan tafsir dulu apa maksud tersirat di sebalik ayat2 sy sebelum menyerlah meter kebodohan sendiri..

9/27/2013 03:10:00 pm

eh ada yg emo ke apa?huhu kita boleh fikir la..takkan la kita nk jatuhkan bangsa kita sendiri. kdg² org tak boleh nk terima sesuatu kebenaran. lebih sukakan kepalsuan. tak kira la dr aspek apa pun, kita terima hakikat dan berubah. bukan masih di takuk yg sama.

9/27/2013 03:46:00 pm

satu je yang sis boleh fikirkan..orang yang komen tu tak faham bahasa, sebab tu dia tak faham maksud entri Aisya tu. Sabar jelah, orang memang berani meninggalkan komen pelik-pelik disebalik gelaran anonymous. :)

9/28/2013 08:28:00 am

pada mama, aisya hanya sekadar mengarap tulisan, hanya bercerita tanpa ada menyentuh sensitiviti, apapun, orang yang membaca jangan membaca dalam keadaan emosi... kena tenang, baru faham isi penulisan tersebut... sabar ye dear.. :)

mama sokong aisya...

9/28/2013 02:06:00 pm

@Mime MF

entahnya.. taknak terima hakikat pendek kata?

9/28/2013 02:07:00 pm

@puteri kasih

berani apa nya sis.. pengecut adalah.. haha!

9/28/2013 02:08:00 pm

@Norhasniza Khalid

betul. sebab dari dulu memang saya jaga setiap patah kata yg saya taip agar tak menyentuh isu-isu yg sensitif.. tak sangka ini pun dia nak jadikan isu jugak.. sekarang ni siapa yg kelihatan macam orang yg tak berfikir?

thanks mama.. :D

9/29/2013 12:21:00 am

Assalamualaikum.

Aku Melayu.. melayukah anda?

Dah refer dah entri berkenaan.. tak tahu tang mana yg boleh buat dia sentap sangat.

Well, janji melayu memang satu term yg..boleh lana katakan, tepat sbnrnya. Sepanjang berurusan dgn bangsa sendiri dan bangsa lainnya, soal tepati masa ni kita mmg agak terkebelakang.

Walaupun perlembagaan kita tertulis Melayu itu Islam..dan Islam pula sangat menitikberatkan tentang masa, tapi kita tak mengikutnya.. sebab itu keluar term, janji melayu. Tak keluar term janji islam.

Sebut pasal janji melayu, bukanla kita kata diri kita sebagai melayu itu teruk or apa saja yg dia sentap tu, tapi sikap kita. Sikap ya.

Setiap bangsa/kaum kan ada kelemahan dari segi sikap. Juga kelebihan.

9/29/2013 03:34:00 pm

@Tinta Lana

sebenarnya term janji melayu ni sy selalu terkena dgn bangsa melayu tu sendiri.. bangsa lain pun ada jugak yg begitu cuma kurang berbanding masyarakat kita ni. kdg2 tak paham jugak, apa masalahnya di sini?

9/29/2013 03:39:00 pm

anon ke dia tu...mmm...tak puas hati tak nak letak nama...tak trill la gitu..huhuhu.kadang-kadang penulisan kita ni cpat je ada yg slh anggap..

9/30/2013 02:08:00 pm

@ayut

kannn.. apa salahnya tanya betul-betul.. ni kes taknak bertanya terus nak sentap.. alahai.. serupa meludah ke langit terkena muka sendiri..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...