02/09/2013

Nectarines

Seperti biasa, setiap hujung minggu Chipmunk dan Mak mesti akan restock barang-barang dapur. Yela, kalau nak keluar shopping weekdays masa agak terhad sikit kan. Tak syok lah. Rasa macam terkejar-kejar je membeli. Jadi semalam Chipmunk ingat nak ambik buah kiwi sikit buat bekal sambil tengok Running Man malam-malam. Tapi ada pulak sepasang mak dan anak ni boleh pulak bertapa kat depan tu. Chipmunk dah bersandar silang tangan depan diorang nak menunggu diorang bagi laluan I nak pergi ambik kiwi. Nak kata memilih buah tak jugak. Buat fashion show agaknya. Cukup menyakitkan hati. Malas nak menunggu pilih je lah buah-buahan yang lain dulu dan Mak Chipmunk tertarik dengan satu jenis buah ni. Tapi before ke kaunter sempat capai kiwi tiga biji masuk dalam plastik. Yeay. 


Actually first time dengar buah nama ni. Mula-mula ingatkan buah Epal sebab sebiji macam Epal. Tapi sekali tengok macam buah Plum pun ada jugak. Belek-belek macam buah Peach pun ada. 


Ambik dua biji sebab first time try. Ambik banyak-banyak nanti orang tak makan pun tak guna jugak. Chipmunk tak tau apa beza buah Peach dan Nectarine ni. Nampak macam sama je.

A nectarine is basically a bald peach and can be used as a substitution for peaches in recipes. Many people prefer nectarines because they don’t like the fuzzy texture of a peach. Also nectarines tend to be firmer, sweeter and more aromatic than their fuzzy cousins.


Jadi maksudnya Nectarine ini adalah Peach dengan kulit yang lebih halus. Chipmunk sempat jugak google sikit apa kebaikan buah ni kepada manusia. Nak google banyak-banyak tak mampu lah pulak kan. 

1. Beta-Carotene dan Vitamin A
Warna oren kemerahan Nectarine adalah disebabkan oleh kandungan Beta-carotene yang tinggi. Beta-carotene merupakan antioksidan yang membantu untuk melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal-radikal bebas. Beta-carotene juga ditukarkan oleh tubuh kepada Vitamin A. Akan tetapi, beta-carotene tidak akan ditukar kepada Vitamin A melebihi jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Vitamin A membantu dalam membina dan mengekalkan kesihatan kulit, gigi, tisu tulang, tisu lembut dan membran mukus. 

2. Vitamin C
Sebiji Nectarine yang bersaiz medium mengandungi 8.4 gram Vitamin C. Vitamin C merupakan vitamin larut air yang diperlukan oleh tubuh untuk pelbagai fungsi. Ia membentuk sebahagian daripada protein yang bertanggungjawab dalam penghasilan kulit, tisu parut, tendon dan ligamen. Ia juga membantu untuk membaiki rawan, tulang dan gigi serta menyembuhkan luka. Vitamin C juga merupakan antioksidan yang boleh membantu mencegah kanser, penyakit jantung dan beberapa masalah kesihatan seperti arthritis.

3. Serat
Nectarine juga merupakan sumber yang baik bagi serat, yang penting dalam mengekalkan kesihatan secara keseluruhan. Serat juga baik untuk diet seharian. Memberikan rasa cepat kenyang sekali gus mengurangkan jumlah kalori yang diambil. Selain itu, serat juga membantu mencegah sembelit dan membantu sistem penghadaman.

4. Kalium
Sebiji Nectarine bersaiz sederhana mengandungi 285 miligram kalium iaitu salah satu mineral penting fungsi dan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Ia memainkan peranan dalam metabolisme, mengawal keseimbangan pH, membantu dalam sintesis protein dan membantu penghadaman karbohidrat.


Rasanya pun sedap jugak. Manis tapi tak terlampau manis, lebih kurang rasa buah Plum pun ada. Dua biji, potong macam gambar di atas, letak atas meja. Tengok-tengok sekelip mata je dah habis. 

sumber : INI 

24 comments

9/02/2013 09:05:00 pm

macam epal.. xpernah nampak lagi buah ni

p/s: cuti raya haji ni. kereta murah2 ja.. kancil ka viva ka? sabtu malam sampai. ahad pagi tu dah boleh dah sewa keta.. sampailah selasa pagi

9/02/2013 10:30:00 pm

Sedappp jak rupa ya :D

9/02/2013 10:56:00 pm

Woaaa bagus nya. Nad penah makan buah nie hehe

9/02/2013 11:33:00 pm

first time tengok.. tapi memang sebijik buah plum kan.. nanti nak usha2 la kat supermarket kot2 ada.. cam sedap je. hehe..

9/03/2013 12:42:00 am

Banyak khasiat tu, saya memang tak makan buah, hanya mampu orang tgk makan buah je..

9/03/2013 09:10:00 am

bnyk jenis rupanya peach ni. betulla, yg ni kulit dia smooth sket. tak penah pasan. huhuhu

9/03/2013 09:46:00 am

salam..
menarik..bru tau juga ni..lau sedap boleh jgk g beli n try....hehe

9/03/2013 09:58:00 am

sedap eh..nnti nak try carila..

9/03/2013 10:11:00 am

sedap x ?

9/03/2013 11:41:00 am

sik pernah gik makan buah tok. 1st time dengar, hee

9/03/2013 11:42:00 am

rasa macam pernah terperasankan buah ni kat supermarket..tapi tak beli. Lepas ni kalau ternampak lagi nak beli jugalah. Nak rasa :)

9/03/2013 01:27:00 pm

buah nectarine ni first time akak dengar namanya.. kalau buah plum akak tak suka makan..

9/03/2013 03:09:00 pm

@hana hadi

mmg rupa nmpak mcm epal tp rasa mmg lain. hehe

9/03/2013 03:09:00 pm

@Vee Lea

mmg sedap pun. hehe. manis mcm lain mcm.. hehe.. tapi x terlampau manis lah.

9/03/2013 03:10:00 pm

@Nadya Dyana

hehe.. :D

9/03/2013 03:11:00 pm

@Chic Na

boleh la try chic na.. tp rasanya lain lah dari plum.. :D

9/03/2013 03:11:00 pm

@Bahrain

ini org kedua yg sy dengar tak makan buah.. kenapa ye? hehe

9/03/2013 03:12:00 pm

@sha (chirp chirp)

tu la.. sy pun baru tau byk jenis.. mcm buah epal dan oren jugak kot.. ada mcm2. hehe

9/03/2013 03:12:00 pm

@Cik Yaya

mesti try ni cik yaya.. hehe

9/03/2013 03:12:00 pm

@Cik Mun

dah jumpa bgtau ye.. hehe

9/03/2013 03:12:00 pm

@Sally Yatiey

boulevard cold storage kt permy mall sia ada.. tempat lain xperasan juak kmk.. hehe

9/03/2013 03:13:00 pm

@puteri kasih

sebab hampir sama dgn epal kot sis.. tu yg kita tengok mcm tu je..

9/03/2013 03:13:00 pm

@Cik Itah@Rama Rama Pendek

sedap. hehe

9/03/2013 03:14:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

sy pun 1st time jugak dgr kak. rasa dia lain dr plum.. lebih kpd peach.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...