30/12/2013

Kenapa chipmunkandbarney?

Ehem-ehem. 
Hari ni kita selak helaian sejarah sebentar ye wahai murid-murid yang cantik menawan, yang kacak lagi rupawan. Rasanya I tak pernah explain kenapa url blog ni chipmunkandbarney dan dari mana datangnya Chipmunk dan juga En. Barney tu. So, hari ni nak ambik masa kejap untuk meleraikan kekusutan yang melanda gara-gara entri INI. Eh?


Sebenarnya sebelum blog ni wujud pada tahun 2011, Iolls ada blog satu lagi blog sebelum tu. Tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan, terpaksa delete blog yang tu. Dalam setahun jugak rasanya I berhenti blogging. Then, pada suatu hari ada orang tu bagitau I macam ni, "Jom buat blog sama-sama." Macam orang mengantuk disorongkan bantal, I pun dengan suka hatinya terus setuju. Boleh tak nak cakap, rasa lost sekejap bila delete blog yang satu tu dan tiba-tiba berhenti macam tu je. Rasa macam kena selam dalam air panas satu minit, tak boleh nak bernafas. Eh, ini tipulah. Tak lah teruk sampai macam tu sekali. 

So sejak dari awal lagi, blog chipmunkandbarney.blogspot.com memang ada dua authors pun. Haruslah I yang comel dan En. Barney yang 'kurus' tu kan. Awal-awal dulu, selalu juga En. Barney buat entri. Nak tau siapa yang tulis entri boleh tengok posted by kat post footer tu. Sekarang ni dia dah malas, so dia bagi je lah I yang handle semua. Dan earning pun haruslah I yang ambik jugak. Kumpul banyak-banyak lepas tu belanja dia makan, haruslah dia on saja kan. Ehem. Dan sebab tu jugak blog ni warna temanya biru, sebab tu warna favourite En. Barney. Kalau ikutkan I, haruslah nak warna merah kan. Tapi lama-lama tengok, berkenan pulak dengan warna yang ini. 

Sumber : Google

Kenapa pulak Chipmunk? I dapat gelaran ni masa matrikulasi pada tahun 2007. Disebabkan pipi bulan penuh I yang orang suka cubit-cubit tu la. Masa tu tengah hits dengan movie Alvin and the Chipmunk. Kawan I cakap, pipi Chipmunk tu sebijik macam pipi I. Sejak dari hari tu lah orang panggil I Chipmunk dan gelaran tu terus merebak macam penyakit berjangkit. Dari kawan I, merebak ke kawan dia pulak dan kawan kepada kawan dan seterusnya. Mula-mula tu geram jugak. Tapi bila lama-lama tu tak apa lah, I tau I comel macam Chipmunk tu. Eh? 

Sumber : Google

Dari mana datangnya gelaran En. Barney? Yang I tahu, En. Barney dapat gelaran ni masa latihan teater. I tak ingat pulak produksi teater yang mana. Rasa macam teater Bukan Dejavu untuk pertandingan Pekan Teater Universiti tahun 2011. Time tu dia tengah syok gelakkan I sebab I cerita pasal kes Chipmunk tu. En. Barney masa tu handle bahagian tatabunyi dan tak ingat kenapa lagu I love You Barney and Friends tu dimainkan. Terus I pandang dia dan cakap, I nak panggil dia Barney sebab dia gemuk macam Barney tu. So tak ada chance lah dia nak usik I, panggil Chipmunk lagi kan. Sebab I pun ada point jugak nak panggil dia Barney Gemuk. 

Jadi bila En. Barney ajak I buat blog sama-sama, malas nak fikir url lain jadi I letak je lah macam tu. Tapi sekarang ni berat sebelah lebih kat Chipmunk je. En. Barney dah lama menghilang. Entri INI semalam pun sebab I minta dia buatkan entri. Asal suruh buat entri je memanjang jawapan tak ada idea dia tu. Dulu dia jugak yang lebih-lebih. So jangan lah cakap motor dalam entri tu I yang punya sebab I nak naik motor pun scary apatah lagi nak bawa motor. Uolls semua dah confused dengan entri tu sebab TAK BACA part 'posted by' tu. 

p/s : En. Barney suka stalk and baca entri dan komen je. Taip entri dia taknak. Reply komen lagi lah dia malas. 

49 comments

12/30/2013 08:04:00 pm

oooo duhal..ada authors yg berlaian..paling bez siap ada sejarah gik ya..hihihi

12/30/2013 08:05:00 pm

owh.. blog 2 kepala la ni.. hehehe

12/30/2013 08:08:00 pm

maka dengan itu termetrailah misteri nusantara ini :D

12/30/2013 08:18:00 pm

wah, bestnyer dua-dua boleh jadi author blog.. :)

12/30/2013 08:32:00 pm

dua 2 comel.. hehe.. barney tu childhood memory la

12/30/2013 09:04:00 pm

Oh.. Patutlah tiba2 jak pasal motor ;) hee. ^_^

12/30/2013 09:35:00 pm

comel tau nama ni, mama ingat nama chipmunk, mama ingat aisya.. haha.. jgn marah aisya, mama gurau senda.

Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

12/30/2013 09:47:00 pm

ms chips and mr barney rupanya...sweet ...

12/30/2013 09:51:00 pm

@Yumida Huda

hahah.. sejarah lah tek kononnya.. hahaha!

12/30/2013 09:51:00 pm

@Pha Is

lebih kurang lah. hehe

12/30/2013 09:52:00 pm

@syuk shusuke

misteri la sgt kan. haha

12/30/2013 09:52:00 pm

@Nur Atiqah Mohd Zaki

tp yg sorg tu sleeping author. haha!

12/30/2013 09:52:00 pm

@Liza Licha

dulu masa kecik2 suka tengok barney and friends. hehe

12/30/2013 09:53:00 pm

@Sally Yatiey

yala tek. hehe

12/30/2013 09:53:00 pm

@Norhasniza Khalid

tak marah pun mama.. suke ade lah.. diingati. weee.. :P

12/30/2013 09:54:00 pm

@msredcheesecake

hehehehe.. XD

12/30/2013 10:33:00 pm

so sweet like sugar crush...hehehe. Boleh sis buat novel kisah chipmunkbarney ni kan..kan kan kan...hehehe

12/30/2013 10:54:00 pm

Hahahaha betul lah, muka kak aisya mcm chipmunk lagi2 tang pipi tu hihihihihi sgt cute!!!! <3

12/30/2013 10:55:00 pm

Ohh begitu ceritanya~~~
Heheeheheeh piwittt hihihi

12/30/2013 10:59:00 pm

@puteri kasih

gosok mata kejap baca komen sis ni.. betul ke? haha!

12/30/2013 11:00:00 pm

@Akeyla Azmi

amboiiii, bukan main lagi dia kannnnn.. hahaha!

12/30/2013 11:19:00 pm

haha.. selalunya perasan bila encik barney yg post sebab ayat dia lain dr ayat aisya.. haritu boleh pulak tak perasan.. kekeke..

12/31/2013 12:55:00 am

owh.. baru akak tahu.. rupa-rupanya blog ni ada 2 author.. ada rahsia rupa-rupanya nama chipmunk dan barney tu.. hehe..

12/31/2013 05:54:00 am

oh mcm tu cerita dia. hahaha... mmg mati2 ingat u yang punya motor tu dan dalam hati momoy, kagumnya dia buat entri review motor la. *telan air liur kejap*

12/31/2013 05:54:00 am

owhh...mcm tu kisahnya..sy sblm ni tertanya2 jgk knp nama tu? :)

12/31/2013 09:48:00 am

sangat suwettttt..

12/31/2013 11:02:00 am

ada dua author rupanya..:)

12/31/2013 01:55:00 pm

Lol.. Kmk dah tauk, dpt agak dah tp siktuak korang duak share blog tok. Hee..

12/31/2013 01:57:00 pm

hhaha...amboi explaination dia...hahaha...xkisah la sape yg post...as long as best!

12/31/2013 04:57:00 pm

haha okey fine..akhirnya tahu mn asal usul nm blog ni..eh tp chipmunk comel apa..sy suka depa..so be proud sbb org kata awak comey..mihmih:3

12/31/2013 08:30:00 pm

eheeee...ika perasan pun entri semalam tu tgk daripada author laa..tengok "ismail" ehh sejak bila bertukar ni...pastu fikir...ya, maybe ur boyfie kan...ihiks...sebab ika faham juga cuz ika dgn tunang ika pun ad blog kami yg juz ika n dy je post dlm satu blog...tp blog tu private sbb juz tuk kami je ;)

ad terfikir blog ika haneuafiqah tu nanti nak buat dua author jgk...tp insyaAllah lepas nikah...sekarang mcm xsesuai pula rasany :)

12/31/2013 08:40:00 pm

@Chic Na

kalau baca pun dah tau tu dia.. hehe.. ramai yg tak perasan kot lain sikit.. tu yg ingatkan sy jugak. hehe

12/31/2013 08:42:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

sebab tgk dah mcm sy sorg je yg pnya.. haha..

12/31/2013 08:43:00 pm

@.::: Princess MOMOY :::.

hahaha.. sy sendiri pun tak berani sgt naik moto sis.. inikan pulak moto besar mcm tu. hehe

12/31/2013 08:44:00 pm

@Sya Nadia

ada cerita disebaliknya. hehe

12/31/2013 08:44:00 pm

@Mar Mansor

hehe. :)

12/31/2013 08:44:00 pm

@Normi Nieza

yup. hehe

12/31/2013 08:45:00 pm

@Vee Lea

sebab tengok mcm kmk sorg jak mpun nak.. hahaha~

12/31/2013 08:45:00 pm

@Sally Samsaiman

hehehe.. terima kasih sally :D

12/31/2013 08:45:00 pm

@Mime MF

hahaha.. terima kasih terima kasih.. hahahaha!

12/31/2013 08:47:00 pm

@Affy Afiqah

kalau byk story mory pasal kisah cintan cintun diri sendiri takpe jugak private.. hehe.. ni taknak taip pasal benda2 mcm tu.. sendiri pun taknak baca.. hahahaha!

1/01/2014 11:16:00 am

hehehe... begitu rupa nyer.

1/01/2014 02:10:00 pm

oh, macam ni sejarahnya.. hihi.. En Barney nak baca je blog ye, komen taknak ?..

1/01/2014 09:41:00 pm

@aswadz

hehe.. mcm tu lah.

1/01/2014 09:41:00 pm

@ros_reeza

dia suka baca blog ni je. blog lain sy tak sure lah blog siapa yg bertuah dia baca tu.. haha!

1/02/2014 12:28:00 pm

tau dahh..
hehe...pp chipmunk tu mcm pp cik aisya or pp cik aisya yg mcm pp si chipmunk tu??hehe ^,^

1/02/2014 07:02:00 pm

eeeee comel la...romantik gitu..

1/02/2014 10:38:00 pm

@Cik Yaya

rasanya chipmunk tu yg tiru pipi sy.. grrr...
haha!

1/02/2014 10:39:00 pm

@azizah :)

hahahaha! romantik lah sangat kan kak jijah..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...