19/01/2015

Anugerah Juara Lagu 29

Mesti ramai yang tengok Anugerah Juara Lagu yang ke 29 malam tadi kan? Ha, Iolls lah tu diantaranya. I ni sebenarnya bukan jenis yang suka tengok TV pun, tengok drama korea depan laptop tu selalu lah. Tapi kalau dah Anugerah Juara Lagu ni, siapa yang nak ketinggalan kan? So seawal pukul 9.00 malam, I dan housemate dah duduk depan TV. Sebelum tu buat teh secawan dulu siap-siap. 


Kali ini bertemakan Gema Dalam Muzik, seperti biasa menampilkan 12 lagu untuk dipertandingkan. Semuanya hebat-hebat, semuanya best-best tapi hanya tiga lagu sahaja yang dinobatkan sebagai Juara, Naib Juara dan pemenang tempat ketiga. Tahniah diucapkan.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 29

Juara AJL 29
Lagu : Apa Khabar
Komposer : Sona One
Penulis Lirik : Joe Flizzow
Penyanyi : Joe Flizzow & Sona One

Naib Juara AJL 29
Lagu : Masih Aku Cinta
Komposer : Shila Amzah
Penulis Lirik : Shila Amzah
Penyanyi : Shila Amzah

Tempat Ketiga AJL 29
Lagu : Di Pintu Syurga
Komposer : Tam Spider
Penulis Lirik : Iman Imran
Penyanyi : Dayang Nurfaizah

Persembahan Terbaik
Mojo & Caliph Buskers (Romancinta)

Vokal Terbaik
Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga)

So macam mana? Adakah ramalan uolls tepat belaka? Puas hati dengan senarai pemenang di atas? Atau ada yang lebih layak untuk memenangi trofi-trofi di atas menurut pendapat uolls? Oh lagu number satu dan number tiga tu memang ada dalam list pemenang yang I predict. Cuma lagu number dua tu tak terjangkakan lah pulak. Hiks.

p/s : Sebenarnya tak ada idea nak taip entri. Maka kita story-story lah hal AJL. 

16 comments

1/19/2015 08:26:00 am

I tak berapa puas hati. tapi ye la, sape i kan. haha. i harap sangat hafiz menang. lagipun suara dia semalam not bad. tempat 1st & 2nd tu x puas hati. ramai lagi yg best. huhu

1/19/2015 09:51:00 am

Kita ingatkan Alyah boleh dapat nombor satu or dua. T_T

1/19/2015 10:01:00 am

yang tak minat tu lahh yang menangnya. hahah :D

1/19/2015 12:43:00 pm

Salam. Hee sudah lama saya tidak menonton AJL sejak tahun 1990an lagi.

1/19/2015 01:50:00 pm

persembahan kumpulan mojo tu mmg tepat dgn jangkaan yan..tapi sedikit hampa sebab hafis tak menang :'-C

1/19/2015 02:28:00 pm

tak sangka lagu apa khabar boleh menang..btw caliph buskers perform semalam memang hebat sangat...

1/19/2015 04:16:00 pm

Sangat puas hati sebab Apa Khabar menang!

Rasa rindu Joe Fillzow kat Malique masa era Too Phat! :D

1/19/2015 05:14:00 pm

suka persembahan dayang...:)

1/19/2015 05:24:00 pm

menilik Dayang akan juara...tapi...tilikan tak mengena...huhu

1/19/2015 06:18:00 pm

sis x tgk sbb x tau ada juara lagu ... shila hamzah n dayang nurfaizah sama - sama power voicenya tu ...

1/19/2015 11:02:00 pm

as'salam..
yaya xminat nk tgok..huhu
tp apepun thniah buat pemenang ^_^

1/19/2015 11:43:00 pm

apa khabor jugak menang alahai hihihii

1/20/2015 12:40:00 am

sakit hati je tengok semalam.. bukannya apa, sikit2 iklan qu putih.. muak.. hehehe

1/20/2015 03:07:00 pm

masa dorang umum dah terlelap...terbangun sbb dgr dorang jerit masa Caliph Busker menang :P

1/20/2015 03:34:00 pm

For me,lagu apa.khabar mmg boleh menang.. sbb kelainan yg dibawa dr lagu tu.. lagu² dalam ajl mmg la sedap,tp biasa dah..ni bukan pertandingan vokal ni pertandingan lagu..(btw, I x tgk ajl,tp I pernah dgr lagu lain juga)

1/24/2015 09:09:00 am

@Pha Is
yes! sama lah.. mmg rasa mcm nak qu lempang.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...