13/02/2015

Awak ni tak faham bahasa ke??

Salam hari jumaat sekalian alam. Yang bekerja dari Isnin hingga Jumaat, hari ini sememangnya dinanti-nanti. Mengharapkan hari ini berjalan lancar dan baik-baik sahaja tanpa sebarang gangguan mental. Oh ini memang ditujukan untuk diri sendiri. Biar smooth saja melayan friday blues I tanpa kekangan dan halangan. 

Macam biasa, mukadimah selalu lari jauh dari apa yang cuba untuk disampaikan. Oh by the way, ini bukan entri berbaur negatif so sila simpan semua aura negatif anda kunci balik dalam diri. Eh, buang jauh-jauh lah lagi bagus. Kalau simpan, lebih memudaratkan. Kejap, kemerepekan apakah ini sebenarnya. Point utama tak tersentuh pun lagi.

Tak faham bahasa. Ini bukan entri tunjuk jari kaki tangan kat orang lain tapi tunjuk diri sendiri. Ada lah few cases tak faham bahasa ni sebenarnya. Bukan orang lain, terjadi kat diri sendiri jugak lah.

sumber : google

Kes tak faham bahasa #1. En. Barney pernah sekali bawa I balik kampung jumpa nenek. Berkurun dulu dah. Alang-alang jadi pengapit masa member kahwin. Oh kampung di utara ya, nak spesifik lagi Sungai Petani. I kalau menyembang dengan nenek En. Barney memang cukup failed lah. Sebab I tak faham. Nak kata I is tak faham loghat utara, I paham je kalau En. Barney cakap utara dengan member-member atau ayah dia. Mungkin sebab orang tua ni biasa lah kan loghat dia jauh lagi pekat. Yang I buat, senyum je sambil jeling-jeling En. Barney kat sebelah buat isyarat mata minta tolong translate. Sadis gila rasa! 

Kes tak faham bahasa #2. Awal tahun ni En. Barney ada bawa pergi kenduri rumah saudara belah emak dia di Perak. First time kaedahnya bawa Iolls jumpa saudara mara. Bertubi-tubi kena soal. Eh, ini propa. Tak adalah over sangat pun jumlah soalan yang diutarakan. Cuma bila orang tua soal, I ambik masa lama sikit untuk digest, apa maksud soalan ni sebenarnya? Kenapa lagi susah dari soalan Add Math masa SPM? Okay, tipu. Yang paling kurang garam kurang asam boi nya, En. Barney boleh pulak bantai menyembang dengan sepupu dia dan biar I terkontang-kanting mencerna soalan orang tua. Bila ayah En. Barney tanya faham tak apa yang orang tua cakap, terus I geleng cakap tak faham sambil sengih macam kerang busuk.

Kes tak faham bahasa #3. Okay ini paling latest. Last week time lunch hour I teman officemate pergi beli hadiah kahwin kawan satu office di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Dah beli hadiah, haruslah beli kertas pembalut hadiah sekali kan. I yang pergi bayar memandangkan tangan member sebelah dah sarat dengan kotak besar steam iron yang dijadikan hadiah kahwin. Sekali cashier tu tanya, "Nak sampul sini terus ke?". Masa tu I tercengang tak faham apa yang cashier tu cakap. Er, sampul apakah? Kad raya tahun baru cina? Dia ulang 4-5 kali soalan yang sama dan nasib baik lah member I terdengar time tu, terus bagitau, "Cashier tu tanya nak balut kat sini terus tak?. Rasa loser sekejap beberapa saat.


Tetiba rasa musykil sekejap. I ni memang jenis orang yang tak faham bahasa ke? Mother tongue bukan bahasa minion kot. Bahasa melayu macam orang lain jugak, lebih tepat bahasa melayu sarawak la. Kalau English tu standard lah, broken english terabur sana-sini itu perkara biasa. Tapi bila sentuh part loghat I dah mula surrender. 

Tapi, nak kata I ni jenis yang memang liat nak paham bahasa lain tak jugak. Simptom umur semakin meningkat agaknya.

p/s : Esok ada orang tu ajak kita balik kampung. Tapi tujuan asal dia sebab outstation. Alang-alang dah weekend, harus lah ikut sekali.

11 comments

2/13/2015 08:41:00 am

ala kak.....selalu jga terjadi..
kekadang sbb tak fokus atau masa tu dlm keadaan blur..hehhe,orang tanya soalan,kita tak paham padahal bahasanya mudah.
tp..bab loghat2 pekat memang saya pun fail la kak..,mcm keluarga mak abah smua orang perak,balik kampung lg2 opah cakap ada loghat perak-kedah pekat gila..saya kadang2 tanya 2-3 kali soalan supaya nak fahamkan soalan..kadang2 cuma senyum ja la..haha

oh..salam jumaat dan slamat bercuti di kampung.. ^__*

2/13/2015 09:41:00 am

Hahahaha I feel you ! Awkward moment tu weh. Kita balik kampung Wan. Penang. Lagilah. Lembab je nak hadam. Pastu macam Aisya la , sengih je. Wakakakaka.

p.s : yang kes ke 3 tu , kalau kite pun tak faham. Ai faham balut je , sampul sampul tak faham. Hahaha

2/13/2015 10:38:00 am

Adehhh. boleh pulak encik barney tinggalkan awak sorang sorang borak dengan famili dia.

2/13/2015 10:51:00 am

biasala...tu la bezanya loghat yang ada..hahahaha...kadang-kadang sally ada je kena macma tu..hahahaha

2/13/2015 11:41:00 am

as'salam..

hehe..ala lbh kurng yaya jugak la.. ^o^

2/13/2015 02:45:00 pm

sama la dengan akak dulu masa mula2 kawen asyik senyum je bila keluarga belah mertua cakap apa2 sebab tak paham loghat kedah depa punya pekat..hahahah..tapi sekarang paham dah..hehehh..dah biasa..:)

2/14/2015 03:00:00 am

Eh. Kenapa 123 bahasa korea...hahaha.. gelato tu mmg ice cream dalam bahasa perancis tak.silap.. lupa dah..

2/14/2015 11:24:00 pm

ciannya AA...akak komen nie AA faham rak..huhu..jangan marah yer..akak guarau ajer :-P

2/15/2015 10:05:00 am

teringat kwn sy pun mcm aisya la...first time bwk dia ke kedah...ternganga bila kami 1 family ckp kedah..dia tak faham..;p

2/16/2015 12:11:00 am

Salam. Hee untunglah mendapat balik kampung.

2/16/2015 11:19:00 pm

@Sya Nadia
itali rasanya. :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...