07/02/2015

Terapi Stress

Dua-tiga minggu kebelakangan ini. Hoi stress dan tekanan, tak usah cakap. Melambung-lambung ukuran nya. Nak kata workload banyak, bukan. Itu I is boleh tolerate lagi. Tapi ragam manusia. Kerja bertimbun sebab soalan-soalan mengarut yang tak dapat nak diterima dek akal. Nak dijadikan contoh, kucing mengiau pun dia bangkang kata kucing mengembek dan bertanduk. Oh please lah, tolong lah jangan complaint hanya kerana issue yang begitu. I is penat nak attend kes-kes yang begini. Nak kata budak tadika, majoriti adalah golongan yang boleh kata jauh lebih banyak makan garam. Nak kata tak pernah dapat pendidikan formal dan tidak formal, speaking bagai nak rak sampai simple english pun tak faham. Ayat bombastik, ayat fantastic tapi hampeh. Ethics and common sense. 

Serius. Rasa nak menangis melayan karenah orang-orang yang punya mentaliti begini. Oh maaf. Dah jadi macam sesi meluahkan perasaan pulak kan. Petanda super duper stress. Tambah pulak Si Merah kesayangan hamba tengah meragam. Brek kurang function. Sabarlah wahai hati. 


Pending cases atas meja semakin hari semakin menimbun biarpun yang resolved pun saban jam semakin meningkat. Tapi persetankan semua itu! Kalau dah stress ni satu apa pun susah untuk bergerak. So waktu free kita buat sesi stress therapy!

By the way free time di sini maksudnya bukan curi-curi tulang time waktu bekerja. Tapi gunakan masa free time lunch hour itu sebaik-baiknya. Sebabnya terapi stress I adalah sangat simple. Baca novel satu dua chapter! So time lunch hour tu boleh lah baca berchapter-chapter. Lepas habis waktu lunch, baru bertenaga sikit untuk baca email merapu semua tu. Bila sentuh pasal ad-hoc report, pengsan. 

Stress punya pasal, ambik masa dua hari je habiskan novel ni. 

Baca novel - itu terapi stress bagi I. Bila bercakap tentang terapi stress ni bukan lah bermaksud terapi jumpa profesional untuk sesi rawatan bla bla bla. Tapi sesuatu yang mungkin boleh dikatakan sebagai hobi yang mendatangkan kebahagian berganda sehingga lupa sebentar masalah-masalah negara mahu duniawi. 

Contoh lain yang paling dekat, kawan-kawan I sendiri lah. Setiap orang ada cara yang berbeza untuk release stress. Mungkin paling common adalah makan sampai muntah, tidur sampai lebam atau menangis sampai bengkak-bengkak mata. 

Sumber : Google

Macam kawan I yang seorang ni, terapi stress bagi dia adalah shopping kasut baru! Lagi banyak pasang dia beli, itu petanda lagi tinggi stress level. Kalau tengok dia bawa balik hostel dua tiga kotak kasut baru tu faham-faham lah. Itu maknanya super duper stress. Tapi tak lama lepas tu dia stress balik, sebab duit mengalir macam air je beli kasut baru. Tapi stress dia tu, nanti beli lagi kasut yang lagi baru. Terapi stress katanya. 

sumber : google

Ada juga yang bila stress gemar makan makanan seperti cakes, aiskrim ataupun coklat. Lagi-lagi makanan yang manis-manis. Kalau dark chocolate tu I tahu lah, memang membantu untuk release stress pun. 

Terapi stress. Depends on individu, bergantung kepada kegemaran, kesukaan, kecintaan dan segala macam ke- yang lain-lain nya. Ada yang begini, ada yang begitu. Kalau uolls pulak bagaimana selalunya? Apa yang dilakukan kalau stress datang menjengah?

p/s : Pergi Big Bad Wolf. Ha memang terapi stress sangat!

8 comments

2/07/2015 08:53:00 am

bahaya jga kawan akak tu bila stress shopping..boleh kering dompet..hehehe
saya stress ,mengamuk atau duduk dlam bilik bertenang ja..

2/07/2015 09:15:00 am

Salam. Hee sudah lama sy tidak pergi big bad wolf books .

2/07/2015 09:31:00 am

yan kalau stress baca buku komik...

2/07/2015 11:42:00 am

amboiii pergi BBW. kalau nani lah pergi mandi sungai tak pun makan. hahaha :P

2/07/2015 10:00:00 pm

waaaah feztime dengar bila stress baca novel. mmg bermafaat juga tu kan..

2/08/2015 07:28:00 am

Stress dgn kerja mmg tak dapat dipisahkan. haha..stress ada di mana2 shj.

btw, you hebat bila stress je baca novel. I makan je la kejenya. haha..

2/09/2015 08:28:00 am

Terapi stress kite adalah karaoke. .hehe

2/09/2015 11:15:00 pm

terpi stress yaya of course dgr lagu..layan lagu terapi diri..hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...