14/02/2015

[Korean Drama] Hyde, Jekyll, Me

Dah lama nak buat entri yang ini sebenarnya tapi asyik terbantut pulak hasrat kan. Dalam dua tiga minggu ni, drama ini termasuk dalam senarai drama untuk di'koreanthon'kan pada hari ahad. Iolls kalau hari ahad memang kebiasaannya duduk rumah balas dendam tengok drama korea. Itu kalau tak ada plan apa-apa lah, pergi kenduri dan bla bla bla. 

Drama yang I nak story-story kali ni nak kata baru ditayangkan pun boleh lah. Setakat yang I tengok ni tak sampai episod 10 lagi pun. Tapi tak sure lah kalau En. Barney tak downloadkan episod baru untuk I.



Sinopsis Hyde, Jekyll, Me

Goo Seo Jin (Hyun Bin) merupakan seorang yang berstatus Pengarah di sebuah Taman Tema dikenali sebagai Wonderland. Di sebalik paras rupa, kekayaan dan kedudukan yang dimiliki,  Seo Jin sebenarnya penghidap dissociative indentity disorder (DID) yang mempunyai dua personality berbeza. Goo Seo Jin dan juga Robin.

Jang Ha Na (Han Ji Min), bekerja di taman tema tersebut sebagai ketua kumpulan Wonder Circus. Apabila Seo Jin ingin menamatkan kontrak kumpulan circus terbabit bersama Wonderland, Jang Ha Na terpaksa melakukan apa saja yang termampu untuk mempertahankan Wonder Circus.

Agaknya sekarang memang trend drama korea isunya pesakit DID. Tapi satu yang best kalau sentuh bab trend drama korea, trend tu sentiasa berubah-berubah. Tak adalah balik-balik drama kahwin paksa 30-40 tahun. 

By the way kalau baca komen mengenai drama Hyde, Jekyll, Me ini rata-rata komen macam kurang memberangsangkan sedikit lah. Yang mana I pun agak setuju jugak sebab I rasa agak slow pulak jalan ceritanya. 

Jang Ha Na & Goo Seo Jin

Sebenarnya kan Iolls suka tengok Han Ji Min since tengok dia jadi guest Running Man. Kalau tak silap episod di Jeju Island, Han Ji Min menang duit percutian something. Hyun Bin ni pulak, I tak boleh nak buang identity sweater kilat-kilat dalam drama Secret Garden tu. Asyik imagine dia pakai sweater biru lip lap lip lap tu je. Padahal itu drama kurun lalu kot. 

Robin

So far I rasa drama ni agak boring sikit jalan ceritanya. Tapi ada jugak komen yang I baca kalau tengok episod 8, dah start rasa thrill dan keseronokan tu. Energy makin meningkat kononnya. Tapi tak tahu lah sebab I is tak tengok lagi episod 8.

Actually kan tak adalah bosan mana pun cuma bagi I drama ni kekurangan wow impact pun yang menjadikan drama ni lagi outstanding dari drama lain. Tapi kalau dah kipas susah mati Hyun Bin tak boleh nak cakap apa lah. Best tak best tu belakang kira. Betul tak?

Download Hyde, Jekyll, Me

Tonton Online Hyde, Jekyll, Me

p/s : Lepas ni trend drama korea ala-ala cerita vampire pulak ke? 

4 comments

2/14/2015 11:10:00 pm

han ji min ni pernah belakon cite rooftop prince kan...

2/15/2015 09:09:00 am

Mcm kurang best je jln cerita dia..haha

2/16/2015 01:00:00 pm

besh ke tak cerita?

2/16/2015 11:18:00 pm

@Cik Miela
yup. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...