16/05/2015

10 Makanan Awet Muda

Sekarang ni kan, bukan main lagi lambakan produk-produk kecantikan, supplement or macam-macam lagi lah. Nak memutihkan kulit, mencantikkan kulit wajah supaya sentiasa berseri dan nampak muda senantiasa. Siap glowing-glowing gitu kan. 

Tapi kan orang tua-tua dulu, bak kata orang sarawak "orang zaman mensia marek" tak ada nya guna produk-produk yang macam weolls guna sekarang. Semuanya petua tradisional dengan cara yang konvensional. Petua-petua dan cara orang lama-lama sepatutnya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tapi biasalah, seiring dengan peredaran zaman faham-faham aje lah kan. 

Actually masih ada cara orang lama yang still digunakan sehingga kini. Sebagai salah satu contoh, elemen pemakanan lagi-lagi untuk kekal awet muda. 


Mengkudu (Morinda citrifolia)

Buah mengkudu masak mengandungi bahan antiseptik yang berfungsi untuk melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan. 



Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.

Ulam pegaga sedap oh!


Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Malah ia juga dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.


Pisang

Buah pisang dapat menjadi salah satu pilihan makanan ringan yang menyihatkan. Buah ini juga kaya dnegan kalsium yang khasiatnya untuk membantu mengembalikan keseimbangan elektrolit serta bagi menyerap lebihan air yang ada dalam tubuh.


Epal

Salah satu zat antioksidan yang ada di dalam buah epal dapat membantu membunuh virus. Sebolehnya jangan mengupas kulit epal kerana khasiatnya ada di situ. 


Kacang Badam (Prunus dulcis)

Kandungan vitamin E yang tinggi pada badam sangat baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku. Vitamin E merupakan antioksida yang kuat untuk melindungi sel daripada serangan radikal bebas yang dihasilkan oleh pencemaran udara dan sinaran UV.


Strawberry (Fragaria ananassa)

Antioksidan yang terdapat pada strawberi dapat meningkatkan penghasilan kolagen yang membantu menjaga kulit agar kekal halus dan tegang. Malah, kandungan vitamin C dipercayai mampu menyamarkan garis-garis halus kesan penuaan pada wajah anda. 


Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari sangat kaya dengan khasiat selenium yang mampu merangsang pertumbuhan sel-sel kulit yang muda. 


Teh Hijau

Seseorang yang mengamalkan meminum teh hijau akan kelihatan lebih muda lima tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang kerap meminum teh biasa.



Dalam kandungan buah tomato terdapat pigmen merah yang khasiatnya dapat membantu dalam memperlahankan proses penuaan. 

p/s : Lepas ni ramai lah yang restock makanan-makanan di atas kat rumah. Memasing nak nampak awet muda kan. Hiks.  

sumber: google, Info Pemakanan Pesona Pengantin Jan 15

9 comments

5/16/2015 10:27:00 am

mintak maaf mengkudu, kau je ahkak Sally tak makan :D

Anonymous
5/16/2015 10:33:00 am

Wah makanan awet muda :-)
Saya suka makan pisang strawberi teh hijau
:-)

5/16/2015 03:34:00 pm

ada makanan yang mama boleh telan, ada yang tak.. hihih

5/16/2015 04:01:00 pm

tq..share :-))...

5/16/2015 04:35:00 pm

salam. hee semua orang nak awet muda, abes yg tua saper yg nak uools ;p

5/16/2015 08:01:00 pm

Biji bunga matahari tu kuaci ka..spesen je hana tengok hehe...suma makan cuma mengkudu ja xpernah makan.rasa apa yee..

5/16/2015 09:10:00 pm

as'salam.... =)

wahhh..yaya plaing suka strberi,epal ngn tomato jek..heeee tp bji mthari tu pun sodap kannn

5/17/2015 06:22:00 pm

timun dan tomato tu kerap ada . pegaga kena tunggu rajin nak buka grill dapur ... huhuhuuu

5/19/2015 10:13:00 pm

mengkudu bagus utk kanser. dulu arwah mak selalu amalkan makan mengkudu.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...