15/05/2015

[Novel] Lelaki Itu Dia - Aleya Aneesa

Dah lama tinggalkan novel melayu. Balik-balik novel english jugak yang dibaca. Nasib baik Iolls bukan retis. Kalau tak adalah suara sumbang dan merdu dimana-mana yang membuahkan pendapat masing-masing. Pendapat apa, yang mana, tepuk dada tanya selera lah kan. Oops.

Punca tak minat baca novel melayu dah? Berkemungkinan besar disebabkan oleh lambakan drama adaptasi dimana-mana. Walaupun bukannya I tengok pun. Drama Adaptasi? Orang Sarawak cakap, "Berbual sa nyawa nangga". Oh confirm En. Barney tanya apa maksud ayat tu. Confirm. 

By the way, last weekend terbaca jugak lah satu dua novel melayu. Time tu ada tanda-tanda demam semakin menghampiri, maka I stop lah kerja-kerja DIY. Buka novel dan baca. Alah novel yang I beli masa PBAKL 2015 tempoh hari. Sebelum sampai ke tangan Mak, I lah rasmi dulu. Dan dalam banyak-banyak, I pilih novel ini untuk dibaca.


Lelaki Itu Dia
Aleya Aneesa

Sinopsis Lelaki Itu Dia

Berkali-kali pandang, hati tak terpaut. Makannya laju. Mandinya basah. Yang celaru, hanya tidurnya. Hilang lena bila kerap diganggu.

"Saya nak abang. Saya doa mimpi kita sama. Sanding pakai baju pink"

Bila doa jadi nyata, Thaqif kalut. Shana yang entah turun dari planet mana itu, lambang haru-biru. Sekelip mata, dunianya yang serona, bagaikan berpelangi.

Baginya, itu gila! Tapi, Thaqif tak mahu gopoh. Biar macam tarik rambut dalam tepung. Lalu, strategi dirangka. Diamnya bukan tak berisi, tapi diam-diam ubi.

Dan Shana, tak kisah pun. Hatinya sudah imun. Cukuplah sekali putus tunang. Bila wujudnya tak dipandang, sakitnya diheret ke mana-mana.

Cumanya, bila takdir berbeza, perancangan jadi sasar 360 darjah. Mampukah ikatan bertahan, sedang rahsia demi rahsia menggoyahkan kepercayaan?

Before uolls baca novel yang ini, I suggest uolls baca novel Cintaku Bukan Murah dulu. Oh jangan salah faham pulak, Lelaki Itu Dia bukan lah sambungan  novel tersebut cuma watak Shana itu dikembangkan lagi menjadi jalan cerita di dalam novel ini. Dalam novel Cintaku Bukan Murah, watak Shana merupakan salah satu watak antagonis yang menganggu-gugat keharmonian rumah tangga Raqib - Nadra. Dan novel Lelaki Itu Dia mengupas dengan lebih dalam kisah disebalik perlakuan itu. 

Di permulaan jalan cerita agak kelakar. Bagai perigi mencari timba pulak Shana mengejar Thaqif. Tapi tak pulak lelaki itu menolak biarpun perangai Shana agak menjengkelkan. Tapi semakin ke penghujung semakin sedih pulak. 

Tapi kan, yang buat I rasa novel ni best sebenarnya disebabkan oleh konflik antara Shana dan adiknya, Haidar. Berbelas tahun bermasam muka dek kerana ego dan kisah silam. Bukan nak kata kisah Shana - Thaqif dan yang lain-lain tak best. Tapi I paling suka kisah adik beradik itu lah. Ada banyak input untuk dihadamkan disitu. Yela, bila manusia cuba untuk membuktikan yang air dicincang tak akan putus itu silap. Air memang tak boleh dicincang. Tapi ikatan adik beradik mampu diputuskan begitu saja. Betul atau tak hipotesis tersebut? Jawapannya ada dalam novel Lelaki Itu Dia. 

Best atau tak? Jawapannya, memang best untuk dibaca.

p/s : Sebab best lah I habiskan novel ni dalam masa 5 jam je. 

4 comments

5/15/2015 06:59:00 pm

dah lama betul tak layan novel melayu. selalu baca yg bergenre alternatif tu. but, kalau review quite good selalunya akan ada rasa nak membaca semula. =)

5/15/2015 07:57:00 pm

salam. hee
Loya anak tekak tengok = Berbual sa nyawa nangga. ,;p

5/15/2015 08:18:00 pm

macam besttt :D tapi df susah betul nak baca novel hahaha

5/16/2015 08:58:00 am

comel dia punya cover.. Simple. Hehe..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...