26/06/2015

Laman Sosial Yang Semakin Tenat

Laman sosial. Macam cendawan tumbuh selepas hujan dan dah macam tikus membiak di kotaraya aje. Oh by the way, kalau uolls free weekend tu boleh lah pergi tangkap tikus. Harga seekor katanya nak up jadi RM3 tu. Kot lah boleh jana pendapatan sampingan. Lagipun peruntukan RM50K DBKL tiap tahun tak pernah mencapai sasaran pun. (sumber : bhonline)

Eh, termelencong sekejap. Kononnya nak bercerita tentang laman sosial kan. Facebook, Twitter, Instagram, Blog dan banyak lagi lah yang sewaktu dengannya. Sekarang kan macam-macam laman sosial muncul. Itu pasal I samakan dengan rate pembiakan tikus tadi tu. Eh eh. 


Kalau kita ambik dari sudut yang positif, cerah dan ceria, tak dinafikan laman sosial ni memang ada baiknya. Contoh macam menghubungkan semula silaturrahim yang sekian lama terputus, berkongsi tips, petua, resipi dan ada jugak yang menjadikan laman sosial sebagai medium mencari jodoh. 


Tapi lama-kelamaan I tengok laman sosial, Facebook khususnya semakin menyedihkan. Boleh pulak dijadikan sebagai medium pertengkaran. Bila dengan mudahnya orang berkongsi sesuatu, dan dengan ringannya jari menaip komen tanpa menghiraukan sensitiviti. 

Tahu lah masyarakat majmuk di negara kita ni mempunyai kebebasan untuk bersuara dan menyampaikan pendapat masing-masing tapi komen tu beringat-ingat lah. Apa yang I perhatikan, bila bertekak di ruangan komen, banyak sungguh komen-komen yang berbaur perkauman, kenegerian dan sehingga menyentuh hal-hal keagamaan. Sedih.

Bila mana yang menegur masih lagi merangkak tapi berkata-kata seolah-olah mampu berlari mengalahkan Usain Bolt. Yang ini lagi sadis. Menegur tak salah, tapi biarlah teguran tu mengambil kira diri sendiri juga. Tiada siapa yang sempurna jadi sama-sama lah kita berpimpin tangan ke arah yang lebih baik. Elak diri daripada menjadi ketam yang mengajar anak-anaknya berjalan dan sama-sama kita berusaha untuk memperbetulkan apa yang kurang betul. 

Perbezaan pendapat? Itu pun tidak salah jugak. Nak berdebat? Itu memang hak masing-masing. Tapi biarlah berdebat seperti orang yang berilmu. Jangan carutan je yang panjang lebar tapi macam tin kosong. Ini namanya nazak, lagi tenat daripada tenat. 

Bak kata artis Syafinaz Selamat, rata-rata komen di laman sosial ni bersifat keanak-anakan (sumber : bhonline). Itu menurut pemerhatian ada jugak benarnya. Tak kisah lah umur dari setahun jagung atau setua kura-kura pun, komen lebih kurang je. Tak menampakkan kematangan diri. Kemudian mula lah salahkan budak sekolah, katanya budak-budak baru nak up. Biasalah tu. Kesian. Orang lain yang buat dajal, orang lain yang terpalit lumpur. 

Buang semua cas negatif, campak semua persepsi yang kurang enak. Bikin malu je bergaduh di laman sosial. Lagi-lagi yang sedap bergaduh di ruangan komen retis-retis ni. Orang lain baca drama free sambil makan popcorn. Dah menampakkan keburukan dan kebodohan sendiri kat situ. 

Note to self. Hidup dalam komuniti masyarakat majmuk ni kena pandai menjaga deria. Jangan sampai terguris perasaan orang lain. 

p/s : Yang mana salah silap tu tegur lah tapi jangan lah sampai menghentam. 

6 comments

6/26/2015 08:19:00 am

Nice sharing :)

6/26/2015 12:54:00 pm

tu sebab akak dah tak ader media sosial..banyak buruk dari baiknya...cukuplah akak ada blog ..banyak ilmu yang posotif akak dapat... :-))

6/26/2015 05:44:00 pm

ni sebab yang komen2 tu masih cetek drpd segi akal fikiran. sbb tu komen pun tak berapa nak cerdik.

6/27/2015 10:37:00 am

laman sosial ni kena gunakan dengan elok :)

6/27/2015 04:02:00 pm

salam..

tgkap tikus lau sekor rm10 mgkin akn mcpai lebih ssaran kot..eh eh pe kne mgena??
^o^

6/28/2015 07:57:00 am

betul sangat tu.. medium yg paling cpt utk menyebarkan fitnah.. kdg2 sakit mata tengok benda2 yg tak patut tu.. ape nk buat mmg susah nk dikawal kan..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...