28/06/2015

Tips Minum Air Secukupnya di Bulan Puasa

Bukan bulan puasa pun dah liat minum air masak, kalau bulan puasa apatah lagi. Itu merujuk kepada diri sendiri lah tu. Kononnya azam I sebelum bulan puasa nak minum air masak secukupnya itupun dengan bantuan aplikasi water reminder, Plant Nanny. Rujuk entri INI

Menerusi aplikasi Plant Nanny, I buat reminder every 2 hours. Nak mengingatkan lah kaedahnya jangan lupa minum air kan. Tapi kalau bulan puasa ni, memang tak boleh lah nak follow reminder aplikasi tu. Puasa kan?

Siang dah sah-sah tak boleh nak minum air, except for those yang tengah cuti bulanan tu lah kan. Jadi macam mana nak minum air secukupnya dalam masa sehari?


1. Satu gelas selepas azan maghrib
2. Satu gelas selepas solat maghrib
3, Satu gelas selepas makan
4. Satu gelas selepas solat isyak
5. Satu gelas selepas solat terawih
6. Satu gelas sebelum tidur
7. Satu gelas selepas bangun sahur
8. Satu gelas selepas sahur

Cukup 8 gelas dalam masa sehari dan tak perlu bimbang badan kekurangan air di bulan puasa. Tapi kebiasaannya, lepas azan je terus bantai 3-4 gelas air. Tapi bukan lah air masak, air putih tapi jus tembikai, jus oren, cendol bagai. Siap ada yang berbuka dengan 3-4 gelas Coke pulak. So lepas ni, sedikit demi sedikit kita try at least secawan air masak masa berbuka tu. 

p/s : Semalam first time pergi bazaar ramadhan untuk puasa kali ni. Jadi rambang mata pulak. Bahaya sungguh. 

1 comment

6/29/2015 12:23:00 pm

emmm boleh try cara ni..bulan puasa rasa kurang minum air masak..asyik air manis2 je

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...