Bazaar Ramadhan. Puasa tahun ni baru jejak kaki sekali je. Tu pun selepas bertahun tak jejak kaki di bazaar or pasar malam dan yang sewaktu dengannya. Sekali pergi rasa macam keluar gua. Rambang mata nak memilih. Kalau ikut zaman study dulu, pergi bazaar ramadhan selalunya beli nasi sebungkus dan pencuci mulut seringgit dua. Puding, agar-agar dan yang sama species.
Sekarang ni mencari jugak pencuci mulut lepas berbuka. Tapi dah jarang ke bazaar biarpun antara bazaar ramadhan yang terbesar di Selangor ni cuma berapa kali pusingan roda je dari office. Lagipun seeloknya elak lah daripada menjejakkan kaki ke bazaar. Bila singgah bazaar, jadi rambang mata maka nanti berlaku lah pembaziran bila membeli ikut sedap mata, bukannya ukur makanan di perut sendiri. Oh satu lagi, paling penting tak payah lah nak bersesak-sesak dengan orang ramai kalau tak jejak kaki kat bazaar. Kan kan kan?
Solution senang je. Kalau dah tak membeli, kita buat sendiri je lah kan. So yang paling cepat dan pantas nak dibuat is dadih. Plus, letak dalam satu-satu bekas. Buat banyak-banyak. Masa berbuka makan satu, esok makan satu lagi. Tahan lama.
Kalau buat banyak ni pun 2 minggu pun entah habis entah tidak. Ini pun I buat ahad minggu-minggu lepas. Dan sekarang dalam fridge I ada stock untuk seminggu lagi. Tu sebab time bulan puasa, Kalau bukan bulan puasa agaknya dah habis lama kot.
Nak tunggu stock dadih habis dulu, weekend boleh lah try buat benda lain pulak. Itupun kalau tak busy berkejaran ke sana ke mari settle itu ini.
Sebab kat rumah tak ada oven then google lah no-bake recipe. Jumpa beberapa, kita tengok lah nanti jadi ke tak nak membuat nya or saja je cakap-cakap. Ehem.
Brownies ni menarik. Selalu buat yang memang perlu sesi baking-baking jugak. InsyaAllah kalau I teringat nak buat ni nanti, ada lah tu kan. Kalau lupa memang jadi angan-angan je lah.
sumber : Martha Stewart, No-Bake Desserts
9 comments
huaaa kmk la paling malas nak ke bazaar. panas n crowded gilak. sekali sekala blh lah. jgn sik merasa ke sia hahaa. prefer buat sendirik is much better. hihihih
akak pun tak jejak langsung pasar ramadan...malas nak bersesak
buat sendiri terjamin kebersihan..:)
Salam, hahaha aku dgn family pulak mmg suka pegi bazar..sahur je baru masak sedap2..nape entah terbalik..haha..tp kalau dadih tu mmg lebih berbaloilah buat sendiri, dpt banyak dan dijamin bersih..nyum2 :D
yang buat sniri mmg sedap dr beli. :) tgk brownies tu meleleh ayaq liuq
tetiba perut bunyik..haha
omnomnom..
dapnyer tgok.....
menarik perhatian lak no bake martha stewart tu ...
jarang beli kat bazaar gak skang ni. kadang2 je. tu pun sebab nak beli kuih.