20/12/2011

Fiksyen 302


Dah lama nak update pasal benda ni. Dari weekend lagi. Tapi busy dengan macam-macam benda plus tak sihat, baru hari ni sempat nak update.

Lepas pertandingan Jumaat lepas, Chipmunk pujuk En. Barney bawa Chipmunk ke pelancaran novel terbaru Ramlee Awang Murshid, Fiksyen 302 di One Utama.  Ini kali ketiga Chipmunk pergi pelancaran novel RAM ni, mula-mula dulu Rayyan Fantasi. Lepas tu Sutera Bidadari, siap beli yang hard cover lagi.




Belum start baca lagi sebab nak siapkan projek PPP dulu. Tengah bersabar dan tengah halang tangan daripada capai Fiksyen 302. Sabar, sabar.

p/s : Dengar-dengar sambungan novel Laksamana Sunan nanti adalah Sunan Musafir.

18/12/2011

Habis dahhhhh


Baru sempat nak update blog. Dengan sibuk yang memanjang dan badan pun rasa tak sihat. Ni pun ada satu projek lagi tak disiapkan. Lari kejap dari semua kerja-kerja dan perkara-perkara yang mem'busy'kan. 

Dalam entry INI Chipmunk ada cakap pasal pertandingan tarian kan? Takda rezeki untuk menang tapi alhamdulillah menang Anugerah Khas Juri dan Anugerah Tatarias Terbaik. Memang kami dah buat yang terbaik, tapi apakan daya adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Lagipun, sudah ada pemenang sebelum pertandingan dah biasa kami dengar. Kadang-kadang, perlu berfikir panjang untuk masuk satu-satu pertandingan tu, sebab ragu-ragu pertandingan tu bersih dan adil atau tak. Malas nak ulas panjang-panjang, semua tu just pendapat je. Entah betul entah tak tu, tak tahu lah.

Sokongan En. Barney adalah yang paling penting sekali.

Bersama koreografer dan JAKSA Kolej.

Ni dah habis pertandingan, lupa nak ubah setting. Gambar jadi macam ni la.


14/12/2011

Tak lah wordless sangat pun


Dekat shoutbox ada yang tanya Chipmunk training apa. Sebenarnya Chipmunk sekarang training untuk satu pertandingan tarian yang akan berlangsung Jumaat ni. Ni pun last minute ganti orang, nasib baik cepat tangkap steps. Apa Cik Jane cakap, berkat tolong orang.


Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga atau orang panggil Air Badak wajib ada. Lipton Ice Tea perisa Green Tea pun harus ada. Dan yang paling diperlukan dalam keadaan batuk-batuk ni Fisherman's Friend.

.
Dalam bulatan tu adalah kesan melecet. Dah steps pusing sana pusing sini memang haruslah kaki pun melecet. Dulu benda ni dah biasa. Tapi bila dah lama tinggalkan tarian lepas tu tiba-tiba join balik memang rasa azab la kaki tu.

p/s : wish me luck untuk jumaat ni. Dah lama tak naik pentas, rasa berdebar pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...