Hari Khamis yang lepas, Chipmunk terbaca post di group FB Kolej Kediaman Chipmunk. Katanya Sabtu (semalam), akan ada gangguan bekalan elektrik di UKM Bangi dari pukul 9 pagi sehingga 7 malam. Chipmunk baru nak pasang angan-angan nak berehat sabtu tu sambil menghabiskan cerita korea yang ada. Sekali terpaksa la plan keluar jugak. Dan akhirnya Chipmunk dan En. Barney decide nak pergi MidValley tengok movie je. Macam biasa, beli tiket online je la. Tak kuasa nak beratur panjang semata-mata nak membeli tiket wayang, tambah pulak weekend. Faham-faham la MidValley tu macam mana. Dan kitorang plan nak tengok movie ini....

Movie ni mengisahkan tentang kehidupan masa depan. Dalam tahun 2042 sehingga 2072.
Looper ni sebenarnya pembunuh upahan dan bukan calang-calang pembunuh upahan. Mereka ni diupah untuk membunuh orang-orang dari masa depan. Ha, macam tu? Sampai la satu masa mereka akan diupah untuk membunuh diri mereka sendiri, tapi bukan bunuh diri tau. Hero cerita ni
Joe (
Joseph Gordon-Levitt yang handsome), seorang
Looper. Macam
Looper yang lain, tugas mereka akan berakhir bila mereka bunuh loop terakhir iaitu diri mereka sendiri. Agak-agak sanggup tak
Joe ni bunuh
Old Joe (
Bruce Willis yang macho)? Dan berjayakah
Old Joe dibunuh dan dapat tak
Joe jumpa
Rainmaker yang dicari tu?
Rainmaker tu malas Chipmunk nak ulas, nanti jadi tak faham pulak. Nak tau kena lah tengok sendiri.
Ms. Fluffy ada komen, yang movie ni agak confusing sikit. And yes! Jalan cerita sangat slow. Dan objektif utama movie ni hanyalah untuk mencari Rainmaker sebenarnya. Action pun agak kureng la. Tembak sekali terus mati. Biasalah senjata masa depan kan. Mesti lagi power. Yang best bila
Old Joe mengganas di akhir cerita. Tapi okay la jugak ceritanya, tak bosan cuma kurang best lah. Kalau nak suruh Chipmunk bagi rating untuk movie ni, mungkin dalam
3.9/5. Nak kata best, tak jugak. Nak kata tak best, tak jugak. Nak kata average. Mungkin tinggi sikit dari average kot.

Nak cakap pasal latar masa, tak ada yang boleh dibanggakan sangat. Kalau macam tu la keadaan di masa depan, memang cukup sadis. Pollution everywhere, manusia pula pulak hilang pertimbangan, hilang pedoman, tiada budi bahasa, seolah-olah macam sifat kemanusiaan tu hilang. Salah sikit terus tembak. Dah kena tembak terus mati. Harap-harap la generasi akan datang bukanlah seperti yang digambarkan dalam movie ni. Mudah-mudahan generasi akan datang semakin menuju ke arah kebaikan, bukannya kemunduran dan kekejaman.
Pergi la tengok movie ni. Boleh tahan lah. Tapi kalau jenis yang suka cerita santai yang tak perlu untuk berfikir mungkin anda akan rasa cerita ni bosan dan sangat-sangat confusing.