14/01/2013

Chipmunk & Barney : Simple Giveaway

Entri melekat : Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru

Ehem ehem.. Test test 1, 2, 3. Bajet tengah test microphone je kan? Over lah perempuan ni.

Dengan ini, saya yang comel ini menjemput anda, anda dan anda untuk join satu giveaway simple. Tak adalah grand pun kan cuma sempena tahun baru and followers pun dah mencecah 3000 ni, sepanjang hampir 2 tahun ni tak pernah lagi bagi apa-apa untuk rakan-rakan blogger yang datang berkunjung dan yang sentiasa support Chipmunk.

Kucing tu mewakili Cik TengTeng ye. Hehe

Syarat-syaratnya mudah je, seperti berikut ;
  1. Buat entri bertajuk "Chipmunk & Barney : Simple Giveaway".
  2. Follow blog Chipmunkandbarney.blogspot.com dan Like SINI.
  3. Tag sekurang-kurangnya seorang blogger lain. (Tak tag pun takpe, tapi lagi ramai lagi bagus. Hehe).
  4. Jangan lupe untuk tinggalkan link entri anda di ruangan komen ye (Komen di entri ini tau, jangan komen kat entri lain pulak).

 Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut ;

Hadiah Utama
Fridge Magnet + hadiah misteri dari Chipmunk dan En. Barney (misteri lah sangat)

Hadiah Sampingan
Fridge Magnet x 5 pemenang

Top Referral
Fridge Magnet x 1 pemenang

Sebelum tu, Chipmunk nak minta maaf andai ada terkurang kat mana-mana tu. Dan harap maaf jugak kalau hadiah yang diberikan tu tak seberapa dan masa yang diberikan agak sekejap, sebab Chipmunk nak settle kan everything before Chipmunk balik bercuti nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki next giveaway boleh buat lama sikit. Bila tak tau lagi, jangan tanya. Hehe

Tarikh Tutup : 14 Januari 2013, jam 11.59 malam.

Nak tengok hadiah tak? Boleh klik SINI

update!
Sila semak link blog anda di SINI

13/01/2013

Bersuka Ria di Hari Sabtu

First of all, nak minta maaf sangat-sangat tak sempat lagi nak blogwalking. Ada banyak yang perlu diselesaikan. Nak siapkan assignment and hari selasa ni ada exam lagi, last paper. Banyak cerita I nak story-story dengan uolls ni. Tunggu eh. I cerita satu-satu. Baru best. 

Sebenarnya plan semalam nak melangsaikan hutang-hutang membalas jejak ni. Tapi terlupa pulak dah janji dengan BFF untuk keluar dating sama-sama. Sekali dengan En. BF aka En. Barney lah kan. BFF Chipmunk ni baru je sampai Bangi, baru mendaftar untuk menjalani latihan di Petronas Research Centre. Memang tak jauh lah dari UKM. 

Destinasi pertama Alamanda Putrajaya. Ada benda yang Chipmunk nak kongsi-kongsi dengan korang tapi kita hold dulu eh. Destinasi kedua kitorang bergerak ke The Mines pulak. Nak tunjuk KTM Serdang katanya, kot-kot Cik Alyn (BFF Chipmunk) nak ke KL guna public transport ataupun nak singgah The Mines nak beli-beli barang. Sebenarnya, hari sebelum tu (Jumaat), Chipmunk dan En. Barney ada ke The Mines jugak. Yang tu next time Chipmunk story-story ye.

Ehem. Orang belanja.

Kisahnya begini, Cik Alyn ni memang peminat tegar Starbucks. Before plan nak keluar sama lagi beliau dah cakap mengidam Starbucks ni, dah lama tak merasa katanya. Dah habis satu Mines, beliau minta tunjukkan Starbucks. Sampai-sampai je....

Cik Alyn : Torang pernah minum aek Starbucks sik? Korang pernah minum air Starbucks tak?
Chipmunk : Sik pernah pun. Tak pernah pun.
Cik Alyn : Mok minum sik? Nak minum tak?
Chipmunk : Ko mok belanja kah? Kau nak belanja ke?
Cik Alyn : Aoklah, ya aku tanyak. Yela, sebab tu aku tanya. 

Bila orang dah offer begitu, terima je lah. Nanti apa pulak kata orang kita tak terima ye. Lagipun tak pernah pun pergi Starbucks ni. 

Cik Alyn yang sebelah kiri. Yang sebelah lagi coursemate beliau masa di UMS dulu.

Classmate since Darjah 4 sampai lah Tingkatan 5.

After Form 5, Chipmunk dan Cik Alyn sama-sama sambung belajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Time tu memang boleh kata tido sebantal, makan sepinggan lah. Habis matrikulasi baru terpisah bila sorang di UKM dan sorang lagi di UMS.

Sila baca betul-betul. Ini muka jakun sebenarnya, bukan muka excited.

Eh, awak pun ada rupanya. 

Dua-dua makin membesar. Bila nak diet ni??!

Banyak lagi story lepas ni. Tunggu je. Dan jangan lupa tunggu Chipmunk singgah blog korang pulak. Oh ye, nak jemput siapa-siapa yang tak join GA lagi tu, jom lah join. Tinggal dua hari lagi. Klik SINI untuk join.

Mode : Terukir di Bintang - Yuna
perasan!

12/01/2013

Kisah Benar : Kartun Tom and Jerry diminati oleh Kucing!

Dah lama tak blogwalking, baru beberapa hari sebenarnya. Chipmunk cuma singgah melawat peserta GA je. Nak join jugak? Boleh lah klik SINI. Masih ada 3 hari lagi untuk join. Baru lepas exam semalam. Tinggal satu paper lagi lepas ni. Paper Ekonomi pulak tu, dah la tak ada basic ekomoni pun. Ada student ekonomi tak? Boleh tolong ajar Chipmunk. Hehe.

Berbalik pada cerita asal. Beberapa hari lepas, Chipmunk dapat MMS dari mak.

Khusyuk pulak tu!

Chipmunk tak faham betul dengan kucing-kucing Chipmunk ni. Dari celah mana boleh terminat Tom and Jerry ni tak tau lah. Agaknya geram tengok Tom kejar Jerry tak pernah dapat-dapat kot. Dulu Chipmunk pernah buat entri pasal Cik TengTeng dan kartun faveretnya. Boleh klik SINI. Agaknya Baby E'el ni pun terjangkit dari Cik TengTeng jugak lah kot.

Kucing pun minat Tom and Jerry tau. Jangan main-main.

p/s : Tuan kucing ni pun minat jugak sebenarnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...