14/11/2011

Review : Immortals

Hari sabtu lepas aku dan chipmunk pergi Alamanda tengok cerita Immortals nie. Hari sabtu, haruslah midnight movie kan?? Ok, straight to the point.

First thing first, kita tengok trailer cerita nie dulu :

Trailer of Immortals

Sinopsis sikit. Cerita nie mengisahkan pasal seorang manusia yang bernama Theseus (Henry Cavill) yang dilatih oleh tuhan ancient Greek, Zeus (Luke Evans) untuk menghalang King Hyperion (Mickey Rourke) daripada membebaskan musuh lama tuhan-tuhan ancient Greek nie.

Untuk membebaskan musuh tuhan mereka, King Hyperion memerlukan satu busur yang jatuh dari langit ketika peperangan antara dewa suatu masa dulu. Matlamat mereka, Theseus dan King Hyperion nie adalah untuk mencari busur tersebut. Untuk tahu lebih lanjut, korang tengok lah cerita nie. Hehe..


Poster Immortals

Review pasal cerita nie, cerita nie biasa2 je. Kalau korang tengok untuk sekadar layan je, boleh la tengok. Lagipun mesti korang tahu kan siapa Zeus, Athena, Poseidon dan Ares kan? Jalan cerita dia agak best jugak lah. Takda la bosan. Berkenaan dengan watak Poseidon nie, aku rasa costume dia cam lawak sikit la dan tak nampak macam tuhan laut tu.

Grafik cerita nie pun agak gempak lah. Cara berlawan Zeus, Athena adan Poseidon tu memang nampak best lah. Dengan slow motion-nya. So, overall cerita nie ok lah. Rasa2 rating cerita nie aku bagi 6.0 la.




Sumber rujukan : IMDb
Video : YouTube
Sumber Gambar : Google

11/11/2011

Goodbye Pekan, Hello UKM!


Quick update.
Hari ni memang genaplah seminggu Chipmunk berada di bumi Pekan ni. Yela, dah ikut Cik Syikin pulang cuti hari raya haji seminggu kan? Esok akan berangkat pulang ke Bangi. Mudah-mudahan selamat sampai ke UKM.

For those yang tinggal jejak kat shoutbox tu, sorry sangat-sangat sebab tak sempat nak balas lagi. Buat entry ni pun sebab ada sikit masa terluang nak buka laptop. Selalu online guna phone je. Nak update tentang aktiviti-aktiviti kat sini pun tak sampai seru lagi. Nanti dah balik Chipmunk buat entry lain ye. Dan satu lagi, before cuti hari tu ada ramai yang tag Chipmunk. Seriously memang tak sempat nak buat. Sorry sangat-sangat.

p/s : Tak sabar nak balik, nak jumpa En. Barney!


08/11/2011

What would Puss in Boots do?


Setelah mencuba nasib untuk The Adventures of Tin Tin hari tu, sekali lagi ingin mencuba nasib tapi kali ini untuk movie Puss In Boots pulak. For those yang memang follow blog ni dah sedia maklumlah, ada banyak sangat kisah dan cerita kucing nakal En. Tim dan Cik Teng-teng.

Kali ni sama macam The Adventures of Tin Tin jugak, pihak Nuffnang suruh buat satu entry untuk dapatkan pairs of tickets menonton Nuffnang Premiere Screening : Puss In Boots. Tapi yang berbeza adalah soalan yang kita kena jawab tu lah. Kali ni pihak Nuffnang tanya, macam mana saya nak kalahkan orang-orang jahat kalau saya adalah Puss dan Kitty Softpaws?

Puss in Boots

Kalau saya adalah Puss dan Kitty Softpaws, sudah semestinya saya akan mengalahkan penjahat-penjahat dengan menggunakan segala kebijaksanaan dan kekuatan saya. Namun yang demikian, first impression adalah sangat penting. Oleh itu gaya, mutu dan keunggulan itu tersangatlah penting (Eh, macam pernah dengar je ni). Macam gambar En. Tim dibawah ini...

Saya Taiko kawasan ini. Ada rantai emas besar. Gigi taring kat bawah yang terkeluar satu tu senang-senang nak pengsankan orang-orang jahat dengan satu gigitan sahaja. Ada berani?

Selain daripada itu, sebagai orang penting bagi mengalahkan penjahat-penjahat yang sedia ada ini, saya mestilah mempersiapkan diri dengan segala kelengkapan-kelengkapan serta peralatan-peralatan yang dirasakan penting. Sebagai contoh, jarum mungkin. Macam dalam gambar Cik Teng-teng dibawah ini...

Jarum dan benang? Nampak cantik je kalau boleh jahit mulut-mulut penjahat-penjahat ni? Kalau guna benang warna-warni lagi cantik ye. 

Dan yang paling penting adalah PLAN B. Malang tak berbau, siapa yang tau kalau-kalau plan tak berjaya. Jadi Plan B sahaja harapan yang ada. Plan B yang dimaksudkan disini adalah seperti gambar En. Tim dibawah ini...

Sila angkat tangan, surrender macam En. Tim. Jangan lupa buat muka comel-comel tau. Gerenti penjahat-penjahat tu cair punya. Lepas tu, apa lagi. Gunalah peluang yang ada dengan sebaik mungkin.

Dengan gaya dan cara-cara diatas, nescaya musuh-musuh dan penjahat-penjahat boleh dikalahkan dengan senang, pantas dan bergaya. Tapi jangan lupa buat macam Cik Teng-Teng dalam gambar dibawah ini ye...

Apa pandang-pandang? Cakar nak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...