29/03/2014

Bagaimana menangani stress?

Masih dalam mode Stress ya kawan-kawan. Sebab apa stress? Rujuk kembali entri yang INI. Sebab yang utama, haruslah kereta Iolls tu. Siapa lah yang tak risau kan. By the way, thanks Blogger Aswadz for the tips. 

Ha, bila cakap pasal stress ni Iolls pernah ditanya satu soalan mengenai stress semasa interview. Ni kira tips bagi yang hendak menghadiri temuduga. Uolls mungkin akan encounter soalan yang berbunyi seperti ini ;

"Bagaimana anda menangani stress"

Setiap individu ada cara yang tersendiri untuk menangani stress bukan? Basically, list di bawah ni apa yang Iolls selalu buat bila stress. 

1. Membaca novel.
Ini adalah jawapan Iolls bila ditanya masa interview. Sebabnya, bila khusyuk baca novel segala sebab musabab stress tu akan hilang. Lenyap. Dilupakan dan digantikan dengan jalan cerita novel tersebut. Tapi time macam ni Iolls memang tak boleh baca novel jiwang-jiwang atau santai. Biar novel yang memerlukan daya berfikir yang tinggi sikit. Baru lah fokus. Tapi untuk yang ini, mungkin ada sesetengah orang akan jadi lebih stress. Betul tak?

Orang lain pergi lunch, Iolls pulak lunch dengan novel. Stress!

2. Capai kunci kereta dan drive
Oh, seharusnya bukan macam lagu Rihanna, Shut Up and Drive tu ya. Bukan. Tapi seharusnya elak kawasan jammed. Kalau tak lagi stress lah jawapannya. Drive cuma di area yang berdekatan. Bila balik nantik elok lah. 

3. Meluahkan perasaan pada sahabat yang dipercayai. 
Yang ini bagi I susah sikit sebab I ni jenis yang tertutup. Susah nak percaya orang dan mencari orang untuk jadi tempat I luahkan perasaan tu payah sikit. Dalam ramai-ramai kawan I, hanya ada seorang je yang I senang dan selesa untuk menangis dan mengadu itu ini. Dengan orang lain banyak tapis lagi. Kalau I mengadu itu ini dekat uolls sedarlah bahawasanya kamu insan yang terpilih. Tapi kalau Iolls tak cakap apa-apa, tiba-tiba uolls yang terhegeh-hegeh datang nak comfort kan I dengan kata-kata nasihat whatsoever tu. Duhhh, I tak mengadu apa-apa pun kat you. So what? Kurang berkenan dan kurang senang dengan cara begitu melainkan uolls approach dengan soalan terlebih dahulu bukannya terus dengan kata-kata nasihat yang kononnya untuk menyedapkan hati. Sorry to say, menjengkelkan hati adalah. 

Thank you Sally! Sayang lebih! Hiks. 

4. Maraton Running Man berjam-jam.
Mostly akan buat begini kan? Iolls tak terkecuali. Bila tengah stress tengok Running Man berpuluh episod pun tak sedar. Dah bantai gelak je. Mana nak ingat masalah lagi dah kan? 

Memang lain orang, lain cara mereka untuk menangani stress. Bila stress apa yang uolls buat untuk meredakan keadaan supaya kembali tenang? Bagi I adalah empat yang di atas ini. Uolls macam mana? Mungkin ada orang yang bila stress nak makan banyak-banyak? ataupun mungkin shopping? Ataupun makin tinggi level stress, makin banyak tidur? Anda yang bagaimana?

p/s : Nak ke bengkel betulkan kereta. 

25 comments

3/29/2014 02:15:00 pm

kalau saya, tdo..!!

3/29/2014 03:50:00 pm

akak kalau stress suka makan coklat dan window shopping.. semoga aisya kembali tenang..

3/29/2014 09:25:00 pm

Ayut stress ayut tdo...hahaha..

3/29/2014 09:34:00 pm

@Pha Is
sy plak takleh. nnti lagi stress. haha.

3/29/2014 09:34:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
mkn coklat pun antara salah satu penawar stress jugak tu. hehe

3/29/2014 09:35:00 pm

@ayut
haha. baik tdo kan.. hehe

3/29/2014 10:28:00 pm

woahh kalo stress boleh lagi bace novel ek? salute ! hehe

kalo sy ni stress / tension mmg cari air sejuk atau eskrem. fuhh hilang trus stress bila dpt mkn eskrem hehe

3/30/2014 12:08:00 am

kalo cikna slalu buat yg no 2 tu.. drive.. p kedai, beli aiskrim or coklat.. huhu..

3/30/2014 03:32:00 am

Biasanya sebab naik keretalah yang jadi stress nya

3/30/2014 08:19:00 am

@anamizu
lupa stress bila baca novel sebab sy fokus baca. hehe..

aiskrimmmm. yeahhh! hehe

3/30/2014 08:20:00 am

@Chic Na
nnti jgn lupe hulurkan sikit kat sy ye. hikhik

3/30/2014 08:20:00 am

@Wafi Remli
drive tempat jammed harus lah lg stress.. hehe

3/30/2014 11:40:00 am

mai stuju ngn sume point tu! tp nk tmbh g 1, TIDO..hee

3/30/2014 03:20:00 pm

kalau stress mesti luah kat husband...hihihihi...citer sampai puas hati...

3/30/2014 04:55:00 pm

Paling setuju yang last tu. Running man memang terbaik utk hilangkan stress. Tapi, depend on episode la. Sometimes boring jgak.hehehe

3/30/2014 11:51:00 pm

sis kalau stress pun memang akan cari novel untuk dibaca atau kucing untuk disakat...hahaha

3/31/2014 11:28:00 am

hehehe kalau qila makan tu yg jadi gemok tu haihh TT_TT
ehehehe shut up n drive drive drive drive~~~~

Hahaha. Lawok pun ada gak kak aisya ni haihhh :p hihihi.

Hm. Betul lah tu kak aisya, buat je apape yg kak rasa best untuk release stress. Um, buy more novels maybe? :p

3/31/2014 04:40:00 pm

hahaha..I'm glad I am one of those "tempat meluah perasaan"..hahaha

kalau sally?
main dengan kucing..pastu marah dia..then, okay dah! :P

4/02/2014 10:04:00 am

no 2 tu ok kot...^o^
yg lain tu...errrrr

4/02/2014 02:54:00 pm

mcam2 cara boleh buat..kadang2 saya mandi bagi sejuk.

Ambil wudhuk lagi bagus kalau stress

InsyaAllah sejuk

4/11/2014 04:14:00 pm

yg last tu mmg mujarab. even time aku sakit kepala sampai layan running man je, sedar2 x sakit kepala dah.

4/11/2014 10:13:00 pm

@Akeyla Azmi
yeayyyy.. beli novel juga terapi stress. haha

4/11/2014 10:14:00 pm

@Sally Samsaiman
hehehe. terima kasih!
Kucing semua kat rumah lah. huhu.

4/11/2014 10:15:00 pm

@Cik Yaya
kenapakah? hehe

4/11/2014 10:15:00 pm

@faizal
itulah yg sebaiknya. :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...