08/03/2014

Macam mana nak sihat kalau begini?

Kesengsaraan melanda diri. Dalam seminggu dua ni, waktu makan betul-betul kena jaga. Lewat sikit mula lah perut ni buat hal dia, meragam tak tentu hala. Dari perut, naik ke kepala. Pusing jadinya. Yang paling teruk, sesak nafas. Ini semua gastrik punya pasal. 

Iolls dah cakap, lunch hour kalau bukan pukul 3-4 petang memang tak sah. Ini yang tak best kalau sistem giliran untuk keluar lunch. I really can not tolerate this. Kalau orang yang keluar sebelumnya faham dengan keadaan orang lain tak apa jugak. Melantak sekeping dua roti bakar untuk alas perut sebelum keluar lunch pun tak mampu nak menampung perut yang bermasalah ni. 

Semalam, tunggu punya tunggu, last-last pukul 3.30 petang baru boleh punch card untuk keluar lunch. I siap meringkuk bawah meja sebab sakit perut dek kerana lapar tapi yang keluar pukul 1 lebih masih tak balik-balik lunch lagi. Oh, sabar lah wahai hati. Sabar lah wahai perut. 

Dah hampir pukul 4 petang. Nak cari nasi campur kat mana lagi yang masih ada saki-baki yang ada? Old Town White Coffee je lah jawapan yang senang, padat dan ringkas.


Ni muka orang sabar tunggu makanan.

Ini pulak muka orang happy tengok makanan.

Oh serius tak larat dengan time lunch hour yang begini. Sangat memudaratkan kesihatan. Memudaratkan kesihatan Iolls lah. Bila gastrik nak elok kalau dah hari-hari macam ni? Nasib baik lah next week dah mula dengan kerja baru. InsyaAllah masa makan on time dan lebih sistematik lagi dari yang sebegini. 

Dutch Lady Chocolate EzyMix

Segelas Dutch Lady Chocolate EzyMix setiap malam sebelum tidur. Dengan harapan dapat mengurangkan lagi masalah gastrik. Alhamdulillah setakat ni tak ada dah sesak-sesak nafas macam last week. 

p/s : Hopefully kat tempat kerja baru tak ada dah masalah gastrik I ni timbul. 

21 comments

3/08/2014 08:13:00 am

Bawalah makanan ringan mcm roti,yg mudah.memang sakit gastrik ni.kena minum susu tepung la.

3/08/2014 08:27:00 am

dah waktu untuk minum petang dah tu jam sebegitu...suka gak minum petang kat Old town ni..menu dia sedap2.. ^^

3/08/2014 08:30:00 am

dah kena gastrik mmg ssh la..mmg xthn sakitnya..apa pun sblm jd lbh truk,kena jga la dr skrg kn.. semoga cpt sembuh....

3/08/2014 08:52:00 am

Alahaii kesiannyaaa....teruknya keje camtu. Nasib baik dah dpt keje baru...Alhamdulillah..

Anonymous
3/08/2014 10:08:00 am

Akhirnya lunch kak.. :)

3/08/2014 09:17:00 pm

@atien zuraidah
dah makan roti bakar buat alas perut kak. tak jalan jugak. sobs

3/08/2014 09:17:00 pm

sampai meringkuk bwh meja? teruk sgt dah tu lapar nyer. mmg mcm tu ke kalo guna sistem giliran utk kuar mkn? kesian nyer.

3/08/2014 09:18:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA
betul tu kak. menu dia best2. hehe

3/08/2014 09:18:00 pm

kesian adik manis sis ni..jaga kesihatan yer. Harap kat tempat kerja baru nanti waktu makan lebih teratur. take care

3/08/2014 09:18:00 pm

@Sya Nadia
tu la.. huhu. kalau dah mcm ni mmg takleh nk jaga waktu makan lah. huhu.

3/08/2014 09:19:00 pm

@Linda
itu lah. harap2 kt tempat baru takde la mcm tu. huhu

3/08/2014 09:19:00 pm

@Sally Yatiey
ya bukan lunch dah ya. minum petang. haha

3/08/2014 09:53:00 pm

@aswadz
sebab takleh tinggal ofis kosong. kena ada org jugak in case ada clients call atau dtg. tu yg payah. huhu

3/08/2014 09:53:00 pm

@puteri kasih
harap2 begitu lah sis.. tq kakak cantik! :D

3/08/2014 10:50:00 pm

Amboi...makan sedap tak ajak

3/08/2014 11:33:00 pm

kena sediakan bekal byk2 dlm drawer.. roti, biskut, susu, nestum 3 in 1.. huhu..

3/09/2014 02:56:00 am

zizie tak pernah lagi makan kat OWC.. kak aisya, please take care yourself! haisy.. babap kang! :P

3/09/2014 10:03:00 am

aisya kena makan mengikut masa yang tepat.. cuba bawa bekalan seperti minuman bijirin segera atu milo dalam paket yang boleh dibancuh ketika bekerja.. jaga diri elok-elok, semoga aisya cepat sembuh..

3/11/2014 09:25:00 am

sy takda gastrik tp tgk kwn kn gastrik merekot2 thn sakit..emm huhu

3/11/2014 02:29:00 pm

tu la..len kali dlm beg bwk kudap2 tau..at least lau xde mse nak makan yg berat leh isi pwot dlu makan yg rngan dri kosong je..
jaga keshtan tau cik aisya..nti en.barney risau..hehe

3/29/2014 08:11:00 pm

Lma ye org tu rehat...1.30 smpi 3.30 xblik lg..cri nahas tu nma ye.huhuhu. moga tmpt bru nnt lbh baik bt aisya ye..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...