Hanya ada dua titik utama yang menjadi fokus dan modal percakapan orang dalam masa beberapa hari ini. Haruslah Iolls pun tidak terkecuali. Toleh kiri, toleh kanan. Orang sekeliling semua bercakap soal perkara yang sama.
Satu.
Kehilangan pesawat MH370. Bangun pagi, balik kerja dan sebelum tidur. Check latest news. Adakah ada perkhabaran terbaru?
Dua.
Jerebu. Semalam, sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang diarahkan tutup serta merta berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200.
Tempat kerja Iolls semalam pun keadaan jerebu agak teruk jugak. Nasib baik I naik kereta. Kesian tengok penunggang-penunggang motorsikal, lebih terdedah dengan keadaan yang berjerebu ni. En. Barney awal-awal lagi I dah pesan, jangan lupa pakai mask. Sebelum I belikan terus satu kotak mask RM5 dekat Daiso tu untuk dia, adalah lebih baik dia pakai dulu sebelum I ambik apa-apa tindakan. First warning secara verbal dan secara tidak langsung ini adalah last warning. Ehem.
Nampak putih. Bukan sebab cuaca mendung tapi jerebu!
Office, Aras 3, Bukit Jelutong Industrial Park.
Naik kereta pun tetap terasa sakit dada, sakit mata, sakit hidung. Sesak nafas! Time macam ni harus extra jaga sikit kesihatan. Banyakkan minum air masak especially yang tak suka minum air masak macam Iolls ni, kurangkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan uolls keluar rumah dan kalau nak keluar rumah pun make sure mask ada dalam simpanan, Dan tolong sangat-sangat jangan lakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka. Saling bantu satu sama lain. Bukan bantu sesama manusia saja tapi bantu alam sekitar untuk kembali sihat juga.
p/s : Banyakkan berdoa. Itu saja yang kita mampu lakukan.
20 comments
Betul kak aisya, doa je yg the only solution kan :D <3
jaga kesihatan ye dear..
urmm toi toi..kena pakai mask. jaga kesihatan dan persekitaran yeh..hihi
ampang dah okay sikit..alhamdulillah
Ini kita panggil jerebu kemarau..kikiki
Take care kak :D
bila dah jerebu ni, kena kurangkan aktiviti luar la. err... company x bg cuti ke? hehehe...
eh , office ?
keje apekah ? huhu
Kalau ada first warning, final warning; ada juga 2nd chance kannn.. Hahah :P Kat sitok okay jak weather nya koh.. Panas ada la, tp sik jerebu. Get well soon to the air over there.. Hehe.
jerebu dah semakin ok kat sini..senang sikit nak bernafas.
Harap MH370 pun ada perkhabaran yang baik tidak lama lagi
tebalnya jerebu dah macam kabus.. take care aisya..
Ika pulak pedihhhhh mata kalau keluar....jerebu teruk...bahaya...
jaga diri baik2 ye.....sorry jarang dpt singgah jenguk blog aisya...ika busy...hukhuk....
semoga dipermudahkan urusan aisya...semoga terus gigih berblogging :))
dulu penang teruk jugak jerebu.. skrg dah okay sikit, sejak hujan mula turun petang kelmarin.. alhamdulilah..
jerebu 2 hari lepas mmg teruk.. tapi hari nie dah okay.. hujan pun dah turun.. alhamdullillah...
jerebu oh jerebu. Mujur tempat saya tidak berjerebu
alhamdulillah hari ini sudah menghilang jerebu itu. harap-harap terus hilang..
teruk jerebu kat sinun..apa2 pun take care..
take care aisya :)
#prayforMH370
semoga kita selamat
Ada lagi aisya...isu air.. :)