Dah lama bersarang dalam draft. Dan dah lama juga selesai membaca novel ni. Bila dah lama sangat ni, mula-mula diserang satu lagi penyakit. Iaitu lupa. Baru perasan pulak ada entri ini dalam draft, siap untuk tekan publish cuma perlu touch sikit sana dan sini.
Epik Cinta dari Agia ni satu novel yang sangat menarik bagi I. Hasil karya seorang penulis yang punya daya imaginasi yang tinggi khas buat pembaca yang juga mempunyai imaginasi yang tinggi sepertinya. Jatuh cinta pada tajuk pada mulanya. Sebab bagi I tajuk novel tu saja sudah mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Epik Cinta dari Agia ni satu novel yang sangat menarik bagi I. Hasil karya seorang penulis yang punya daya imaginasi yang tinggi khas buat pembaca yang juga mempunyai imaginasi yang tinggi sepertinya. Jatuh cinta pada tajuk pada mulanya. Sebab bagi I tajuk novel tu saja sudah mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Epik Cinta Dari Agia
Pingu Toha
Sinopsis Epik Cinta Dari Agia :-Kisah ini kisah yang datang dari jauh, dari Bumi Agia. Kisah ini kisah yang panjang. Kisah ini kisah cinta.Segala-galanya bermula daripada pengakhiran sebuah kemerdekaan. Daripada sebuah cinta yang terlewat. Daripada dendam penuh kesumat. Daripada sumpah janji setia. Dari lima ratus tahun yang lalu, sampai ke detik ini.Firus, Maharaja Ophir ke-44 berhasrat untuk turun takhta selepas dua belas tahun bersemayam di Kota Ophir. Penggantinya kelak adalah Alanah, Puteri Sabak. Mereka punya sejarahyang sama, lama dulu. Demi kelangsungan sebuah kerajaan yang berdaulat, Alanah dipersiapkan di bawah bimbingan Firus.Dan Alanah dipertemukan takdir dengan Kama. Pada lelaki bermata biru itu, misteri.Sungguh, hati itu paling sukar untuk diperintah. Dan takdir itu telah menentukannya untuk mereka kelak. Untuk Firus. Untuk Alanah. Untuk Kama.Untuk Ophir.Nun dari seberang sana, dari Tanah Orkal, kapal-kapal hitam berlayar tiga sedang menongkah samudera. Bersamanya, ada dendam kesumat. Gehara sang raja mahu melunaskan janji itu. Seratus lima puluh buah kapal hitam sedang menyeberang Laut Cehipa. Mereka akan tiba ke Tanah Kayang, Ophir.Demi Orkal.Pada pengorbanan untuk sebuah perjuangan. Pada cinta yang tak terucapkan. Pada kesumat yang belum terlunas. Pada janji yang ditunggu.Lalu bagaimana akhirannya nanti.
Novel ini sangat memerlukan daya imaginasi yang tinggi. Di helaian awal novel ada disertakan sekali dengan peta Bumi Agia. Di mana letaknya Tanah Kayang, Ophir, Orkal dan negeri-negeri lain di dalam Bumi Agia. Seronok.
Kisah ini kisah cinta?
Apa yang paling menonjol kecintaan terhadap tanah tumpah darah sendiri. Bagaimana Firus dan Alanah hendak mempertahankan Ophir dan manakala bagaimana Gehara yang telah dipenuhi dendam hatinya itu untuk membalas segala perbuatan yang telah dilakukan terhadap negara Orkal.
Novel ini lebih kepada pengenalan pada watak. Di bab yang terakhir, ada dinyatakan yang cerita ini belum lagi berakhir. Pertemuan Kama dan Alanah belum lagi ada kesinambungan yang kukuh sejak pertemuan di sungai tempoh hari.
Bagi yang suka genre cerita-cerita begini ataupun peminat karya-karya Ramlee Awang Murshid boleh try baca novel ini pulak. Iolls tak sure pulak sambung untuk novel ini dah dipasarkan belum. Tapi yang I tahu, tak sabar nak tahu apa yang jadi lepas ini.
p/s : kurang masa untuk membaca sekarang ini. Sobs
27 comments
kmk mun novel camtok kurang minat ;) hehe
Tag ktk: http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/03/giveaway-siapa-yang-bertuah.html
waa macam best aje, nak kena cari jugak ni, hehe biar lepas exam awal tahun dulu lah, nanti baru cari
tak pernah lagi baca novel dari penulis ni... nama penulis ni biasa dengar... cuma tak tergerak lagi untuk baca novel tulisan beliau...
macam best je novel ni..tapi stop beli novel untuk sementara selagi yang dalam kabinet tu tak habis baca..hehe
whaaaaa :O
Sangat unique. Agia hihihi comel nyaa.
:D Sangat sweet and ayat melayu gila hihihi.
<3
Tajuk tu memang unik.. :)
@Sally Yatiey
kmk nang suka yg kedak tok. hehe
@Sally Yatiey
tq :D
@cik lisa
selesaikan urusan exam dulu ye. hehe
@miz ruha
nama penulis pun unik je. hehe
@puteri kasih
sama la kita ni sis. hehee
@Akeyla Azmi
hahaha. semua unik lah novel ni. hehe
@LiLy @ MaMaQiStInA
kan. hehe
mana lagi hebat? RAM atau pingu toha ni..? hehehe
unik tajuk novel ini.. nama watak-wataknya pun unik.. :D
nak cari buku ni... suka sgt2 novel RAM dan Pingu Toha.. hihi.. thanks aisya..:D
tertarik ika dengan tajuk novel ni....ceritanya pun mesti menarik kan?
@Pha Is
bagi sy, harus lah RAM. tapi Pingu Toha not bad jugak. hehe
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
jalan cerita pun unik. :D
@fatin wawa
sama2. hehe
@Affy Afiqah
best2. bagi sy lah. hehe
Macam cite miak kecik jark. Mesti best towk.
aduh! baca sinopsisnya pun dah mencabar....
Kalau jumpa memang nak baca.
Salam dari MET. dah lama tak jumpa di sini.
@Isabel Diaz
tok nang totally bukan cerita miak kecik. hehe. lain dr yg lain cerita tok. hehe
@mak ieteng
hehe. mmg menarik MET. hehe. Story line cantik, bahasa pun superb. hehe
wahh tgk nama pon cam peliks..dari bumi mana tu..hehe