21/04/2014

Blues Hari Isnin

Pada asalnya tak mood nak menaip entri. Bukan apa, dengan internet yang kian menyiput. Kalau menyiput dapat hasil siput sedut satu bucket tak apa lah jugak. Boleh buat masak lemak. Tak gitu? Oh, term menyiput Iolls cipta sendiri bila internet ni makin hari makin lambat, lebih lembab dari siput. Dah habis quota haruslah lembab rasa macam nak maki je kan. Eh, sabar, sabar. 

Blues hari Isnin bukannya sebab rasa malas nak pergi kerja after cuti sehari weekend ni. Cuti sehari gara-gara workshop satu hari sabtu lepas. Tapi tak kisah lah, dapat banyak input. Dan yang penting, office belanja Nando's tu untuk lunch. Take note di sini, jangan pulak uolls suruh I rajin-rajin pergi kerja pulak. Baca betul-betul ya rakan-rakan. Iolls pukul 7.45 pagi lagi dah sampai office biarpun office hour start pukul 8.30 pagi dengan jarak rumah dan office hanya 15 minit je. Better sampai office awal daripada masuk lambat. Sharp pukul 8.30 boleh start kerja. Tak perlu lah time tu baru terhegeh-hegeh nak breakfast, nak kemas ini lah, nak kemas itu lah. Sebab I jenis yang tak suka kelam kabut pagi-pagi sebab nak kejar masa. 

Tiga bungkus nasi lemak M&M's. Eh?

Blues hari Isnin sebab I tiba-tiba rasa tak ada mood sebab nak jenguk rakan-rakan blogger pun payah. Nak jenguk peserta-peserta Giveaway pun tak menyempat lagi. Sekarang ni cuma subscribe pelan data Maxis cuma. Dah la area rumah Iolls ni line Maxis nan hado sikit. Macam Chipsmore je. 

Sekarang ni tengah berkira-kira sama ada nak ambil broadband atau tidak. Sebab kakak housemate pun tengah berkira-kira sama ada nak pasang internet atau tak kat rumah. Belum ada kata putus lagi. So buat masa sekarang terpaksa lah bersabar dengan internet yang menyiput. Blues hari ini, esok dan entah sampai bila. 

p/s : tiba-tiba rasa cuti weekend sehari tak cukup pulak. Haish perempuan ni. Cuba lah bersyukur sikit. Ada jugak cuti sehari untuk keluar dating. Eh.

13 comments

4/21/2014 08:26:00 am

hehehe...samala kita..ambil masa nak panas 'enjin'...hehehe

4/21/2014 09:38:00 am

bersabar lah T_T
qila pun paham internet menyiput ughh

4/21/2014 10:17:00 am

Salam Isnin, Aisya...

Sama lah K nrl lebih suka sampai awal ke opis... x suka kelam kabut... ^__^

Anonymous
4/21/2014 11:24:00 am

Happy Monday ;D

4/21/2014 12:40:00 pm

kalau stay lama kat rumah tu better pasang je internet kat rumah rather than beli broadband...nti wifi boleh bayar sama2 :))

ika pakai broadband masa practical aritu mcm agak merimaskan je rasa...hahaha...mana2 yang memudahkan laa..broadband pun sekarang boleh je buat macam wifi rumah heee :D

4/21/2014 01:34:00 pm

salam. hahha memang kalau hari isnin ja..semua pun bluess :D

4/21/2014 07:28:00 pm

Mun kamek, makin rajin ari towk tewk. Hihi.

4/22/2014 08:26:00 am

you sarawakian? i see. hehe.

kalau internet mmg susah nak blogging. ada blog yg lambat load.

4/22/2014 09:09:00 am

sally masuk office sempat pandang komputer pukul 4.30pm smlm...gila byk keja.. :(

4/22/2014 09:18:00 am

untungla bos blnje nando's plakk.. heeee

4/22/2014 02:41:00 pm

sedap pulak nampak nasi lemak M&M's tu.. hehe..

4/22/2014 11:49:00 pm

bila line menyiput...memang sangat-sangat geram kan.

p/s pass sini sikit M&M's tu ..hehe

4/25/2014 06:59:00 pm

x cukup cuti sehari. patut 3 hari. hehehe...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...