27/04/2014

Selamat Empat Tahun!

Pejam celik, pejam celik. Genap empat tahun sudah. 

Buat kali yang seribu dan satu dinyatakan di sini, bahawasanya perempuan ini bukan lah seorang manusia yang jiwang mahupun romantik. Biarpun baca juga novel cintan cintun penuh bunga-bungaan, skip pages adalah perkara wajib. Sebab itu lah novel-novel Ramlee Awang Murshid lebih sebati dengan jiwa.

Kata ganti diri. 
Baby? Bie? Whatever lah yang sewaktu dengannya. Maaflah, Iolls geli dengan panggilan-panggilan sebegitu. Saya dan awak itu bunyinya lagi manis bergula. Sayang itu bukannya diukur hanya pada panggilan semata-mata bukan?

Oh, siapa kata bercinta kerana aiskrim Cornetto itu hanya iklan semata-mata. Terima kasih aiskrim Cornetto

En. Barney, bila nak belanja yang ini pulak? (sumber : Google)

Pakcik Gemuk, Happy 4th Anniversary lah. Semoga mampu menguruskan diri dengan jayanya supaya saya boleh panggil awak Pakcik Kurus pulak. 

Jujur, couple dengan En. Barney bukan sebab jatuh hati dekat dia pun sebenarnya. Tapi sebab rasa selesa. Sayang itu datang kemudian. Siapa kata sayang itu tak boleh dipupuk?

p/s : soalan-soalan cepukcemas sila tanya direct kat En. Barney sebab Iolls pun senang menunggu jawapan untuk soalan yang sama. Ehem. 

9 comments

4/27/2014 12:20:00 pm

sedap yoo aiskirm tuu

4/27/2014 12:41:00 pm

cornetto yang tu sedap !

4/27/2014 01:24:00 pm

sweet nya lok hehe.
moga berkekalan!

4/27/2014 07:56:00 pm

ok. tggu entri drpd dia lak. hehehe...

4/27/2014 09:34:00 pm

Congratulations.. Best na eh ^_^

4/28/2014 07:49:00 am

hahah.. kita sama.. sep sket!

4/29/2014 11:48:00 am

Hihi...slmt ulangtahun ke 4 bt korang bdua...moga pjg lagilah kasih syg antara korang...

4/29/2014 08:41:00 pm

askem aru tu mmg kelihatn anggun....
ehh... ^o^ nmpk sedap..xrase lagi..dah la suke stwberi.. =D

4/30/2014 02:24:00 am

happy annvsry dear :)
moga happy2 selalu k :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...