12/04/2014

Migrain dan Al-kisahnya.

Oh migrain sedang melanda sebenarnya. Tapi masih lagi meneruskan sesi taip-menaip entri. Sambil-sambil tu update list peserta GA. Nak menjengah blog para peserta tak mampu lagi. Terpaksa hold dulu. Ha, yang tak join lagi 3rd Anniversary Giveaway boleh lah join cepat-cepat sebelum 11th May nanti. 

Berbalik semula kepada topik utama kita, migrain. Kalau migrain dah melanda, memang rasa nak terbaring atas katil dan tidur je. Pernah sekali migrain menyerang masa tengah drive malam-malam. Silau lampu menyebabkan I mampu drive 40 km/h je kat highway. Maaf lah, time tu memang gigihkan diri jugak drive sampai rumah. 

sumber : Google

Iolls sempat lah google sikit apa sebenarnya punca yang menyebabkan migrain ini. Mungkin ada lagi causes yang lain tapi antaranya adalah :-

Alahan dan tindakbalas alahan.
Lampu yang terang, suasana yang bising dan haruman atau bau yang tertentu.
Tekanan emosi dan fizikal.
Perubahan corak tidur atau tidur yang tidak teratur.
Merokok atau terdedah kepada asap rokok.
Makan yang tidak teratur.
Alkohol.
Perubahan hormon.
Makanan yang mengandungi tyramin, MSG dan nitrat.

Menurut Dr. Robert Sheeler, kekerapan migrain boleh dikurangkan dengan mengubah gaya hidup anda. Ini termasuk lah :- 

Tidur yang mencukupi.
Mengurangkan tekanan.
Minum banyak air masak.
Mengelak pengambilan makanan tertentu.
Melakukan senaman fizikal dengan lebih kerap.

Kalau uolls nak baca lebih lanjut mengenai apa itu Migrain? Simptom migrain atau macam mana untuk merawat dan mencegah penyakit migrain, uolls boleh baca kat SINI. Iolls dah tak larat nak extract satu-satu. Pening. 

p/s : Terima kasih Blogger Sally sebab bagi Iolls TopUp RM5 sebab menjadi salah seorang blogger bertuah dalam segmen INI

Sumber : INI

22 comments

4/12/2014 12:15:00 pm

Assalamualaikum.

Aigooo..

Elok rehat dulu aisya..walaupn gigih nak smpai rumah.. marah org lain, bawk 40km/h tu,hahaha, jgn marah lana ya.. :D

Lana jarang sakit kepala..biasa, bila terlalu tertekan, lana mesti sakit perut..mcm ada taufan je dlm perut,hoho

4/12/2014 12:34:00 pm

yaya pon selalu pening pale tp xtau tu migrain ke skit pale biase..huhu skit pale biasa kot ^,^

4/12/2014 12:59:00 pm

semoga cepat sembuh migrain tu.

4/12/2014 01:06:00 pm

Saya ada migrain. Sakit sangat kalau die serang T.T

4/12/2014 01:40:00 pm

Susah tok mun migrain..

4/12/2014 04:31:00 pm

get well soon!

4/12/2014 04:43:00 pm

bahayanya kak.. nasib baik xjadi apa2... amalkan gaya hidup yang sihat ye kak :)

4/12/2014 05:20:00 pm

Pyka slalu jugak kna migrain nie . Time tuh kalau tgh skit kira nak mrah org je . Hehe .

4/13/2014 08:41:00 am

migrain...xtertahan kot sakit kepala...

4/13/2014 08:54:00 am

@Sally Yatiey
nang pun. huhu

4/13/2014 08:56:00 am

@Sally Samsaiman
tq sally! :D

4/13/2014 09:04:00 am

@Nurul Farahizzati Zakaria
betul betul betul :D

4/13/2014 09:12:00 am

@Pykaa Pdott
tak rase nk marah org. tp rasa nak baring je. hehe

4/13/2014 09:12:00 am

@Aishah Jahirah
tau takpe. huhu

4/13/2014 09:16:00 am

@Tinta Lana
wslm..
hahaha! time tu dah half way, ingatkan larat nk drive tapi tambah dgn lampu kereta jadi makin teruk.

yg tu kena tepuk dada tanya selera sendiri. sebab tu highway diwujudkan bukan hanya dgn satu lane. nak bawa laju, bagi signal masuk lane tengah atau kanan, takpayah nak buat perangai follow dan cucuk lagi kereta kat lane kiri bila lane tengah dan kanan tu kosong. itu kurang ajar dah namanya. hehehe

4/13/2014 09:16:00 am

@Cik Yaya
migrain selalu sakit sebelah kepala je. pastu tak tertanggung rasanya. huhu

4/13/2014 09:17:00 am

@aswadz
thanks. huhu

4/13/2014 09:18:00 am

@Karimah Zulkafali
memang pun. huhuhu

4/13/2014 11:07:00 pm

dua hari lepas sis kena migrain..memang sakit..memang masa tu rasa nak tidur je..takmo buat kerja lain dah

4/14/2014 01:45:00 pm

Kekadang k nrl kena migrain jgk, esp bila tidur x cukup... ^__^

4/15/2014 09:52:00 am

bila sudah penat bekerja Allah nak rehatkan kita.

4/18/2014 10:03:00 am

Payah jgk kan klu ada migrain...aisya tryla ubah lifestyle. .mgkn membantu. .

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...