20/04/2014

Sunan Nanggroe Sang Kembara - Ramlee Awang Murshid

Busy sikit beberapa hari ni. Tak sempat nak blogwalking, tak sempat nak taip entri. Sebab tu semalam suruh En. Barney yang update blog. Plus semalam ada workshop sampai pukul 5.00 petang. Rasa penat bukan main lagi sampai beberapa hari ni, pukul 9.00 malam Iolls dah berbungkus atas katil dengan selimut dan berdengkur. Except, berdengkur tu bukan nature I lah. Ehem. Awal betul tidur, padahal kerja tak banyak sangat pun. Quaterly report, monthly report semua dah settle dan hantar. Penat tak banyak kerja kot agaknya. 

Er, dan sememangnya dah nature I suka melencong dulu sebelum ke topik yang utama. Maaf, maaf.

Actually dah lama dah habis baca novel yang ini, tapi tak berkesempatan nak buat entri. Sunan Nanggroe Sang Kembara ini merupakan novel yang terbaru dan novel yang ketujuh bagi siri novel Laksamana Sunan. 


Sunan Nanggroe Sang Kembara
Ramlee Awang Murshid

Dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifuddin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifuddin diangkat menjadi anak asuhan Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan. 

Ajaran Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggan persilatan. 

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menyusup ke Bumi Aceh hanya satu tujuan - membunuh Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh dari serangan Kerajaan Pulau Utara. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu mensasarkan Saifuddin dalam perjuangannya. Membunuh Saifuddin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi. 

Engku Aminah, anak kerabat Istana Pagar Ruyong yang rupawan mula jatuh kasih pada Saifuddin biarpun dalam tempoh yang singkat. Malangnya, Ratna menjadi batu penghalang. Ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.
Kisah ini adalah kisah permulaan. Permulaan seorang Laksamana Sunan. Suka duka hidup sang perantau yang banyak likunya. Apa yang menyebabkan dan bagaimana Saifuddin sedikit demi sedikit berubah menjadi Laksamana Sunan, seiring dengan masa. Novel Laksamana Sunan kali ini lain sedikit daripada novel-novel yang terdahulu. Terutamanya dari segi karakter watak Saifuddin itu sendiri. Juga diceritakan mengenai permulaan seorang Ratu Sulaman, pertemuan pertama di antara Ratna dan Saifuddin, dan permulaan kisah Luna dan Saifuddin. 

Memang terasa kelainan novel Sunan Nanggroe Sang Kembara ni berbanding novel-novel lepas. Banyak persoalan yang masih tak terjawab lagi dalam novel ini. Kena tunggu sambungan novel yang seterusnya lah. Haish, tak sabar pulak nak tunggu sambungannya.

10 comments

4/20/2014 08:26:00 am

pergh ade sambung2 lak.. rajin betul..

hiyarkkk *bunyi laksamana

4/20/2014 08:40:00 am

Assalamualaikum, dah lama saya tak ikuti novel RAM. Ya, saya akui tidak banyak penulis dalam genre ini. Jadi, pastilah RAM banyak peminatnya.

P/S: Saya ada buat promosi untuk buku saya, kumpulan cerpen remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM. Jika berminat boleh pesan dengan saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Sokongan kalian semua amat saya hargai. Terima kasih.

4/20/2014 10:42:00 am

masih belum berkesempatan nak membeli novel ni...asal gie kedai buku, x menyempat nak cari novel ni...aduhai...

4/20/2014 11:23:00 am

Kamek pernah baca duak buah jark untuk siri towk. Lepas ya alu malas. Hihi.

Anonymous
4/20/2014 11:34:00 am

Macam best sinopsis.. ;D

4/20/2014 01:26:00 pm

Novel-novel Ramlee Awang Murshid memang best ^__^

4/21/2014 09:38:00 am

wahhhh u're back on track lah kak aisya hihihi lama dah tak update novel ehehe

4/21/2014 12:42:00 pm

ika ada 6 siri laksamana sunan ni..tp yang ke-7 belum sempat beli...nak pi cari nanti.. :)

minat juga ika baca sebab novel hasil tulisan RAM memang berbeza dr novelis lain..suka :)

4/21/2014 08:06:00 pm

yg ke-7 dah..? baru sempat baca smpai yg ke-4.. hmm..
singgah menabung sini..:)

1/05/2016 10:39:00 pm

dah lama beli tapi tak baca baca lagi :( sekarang dah keluar buku lain pulak

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...