31/03/2014

Bulussss

Entri Autopublish.

Hari ahad, I busy nak kemas barang. Pindah rumah yang lagi dekat dengan office. Tak larat nak drive balik kerja for almost 2 hours gara-gara jammed. Dengan tol lagi nak dibayar. Kalau gaji beribu-ribu lemon at least boleh lagi pejam mata bayar tol kan. So konklusinya pindah rumah.

Eh, dah melencong lagi.

Sebenarnya I nak cepat. Banyak lagi barang nak dikemas. Anyway bagi siapa-siapa yang merindui Cik TengTeng dan Abang E'el macam I ni, ada dua gambar yang Mak whatsapp pagi semalam. 



Makan dan tidur saja kerja. Mana tak makin bulat, makin gemuk. Fur and Fat berlambak-lambak. Eee, geram!

30/03/2014

Captain America : The Winter Soldier

Semalam, macam biasa ke KL Festival City untuk tengok movie lepas balik dari bengkel betulkan kereta. Wiring problem sebenarnya. Berbalik semula ke topik asal. Harus lah weolls pergi tengok movie yang ditunggu-tunggu, Captain America : The Winter Soldier.



Kalau movie yang sebelum ini (The First Avenger) berkisar tentang Steve Rogers yang asalnya tidak diterima untuk menjadi tentera kemudian dengan sekelip mata menjadi Super Soldier setelah terlibat di dalam satu penyelidikan rahsia. Bagi movie The Winter Soldier ni pulak mengisahkan apa perancangan Captain America untuk menumpas The Winter Soldier. Siapa dan apa motif Winter Soldier ni sebenarnya? Dan dengan siapa dia bekerja? Dalam pada masa yang sama, SHIELD menghadapi masalah dalaman yang menjadikan agensi tersebut porak peranda, dipercayai ada musuh dalam selimut. 


Honestly, I tak fokus sangat pun tengok movie ni. Tak tau kenapa. Anyway, overall movie ni not bad lah. Best jugak. Cuma ada part tu patut lebih suspens lagi, baru lagi syok. Tapi I suka action dalam Winter Soldier compare to First Avenger dan The Avengers. Lebih sharp and brutal kot. Especially time awal-awal movie. Dan I tengok, 'Falcon' tu style habis lah! Ha, nak tau apa tu 'Falcon' kena tengok sendiri lah. I bagi 7/10 untuk Captain America : The Winter Soldier.


p/s : Pindah-memindah. Nomad.

29/03/2014

Bagaimana menangani stress?

Masih dalam mode Stress ya kawan-kawan. Sebab apa stress? Rujuk kembali entri yang INI. Sebab yang utama, haruslah kereta Iolls tu. Siapa lah yang tak risau kan. By the way, thanks Blogger Aswadz for the tips. 

Ha, bila cakap pasal stress ni Iolls pernah ditanya satu soalan mengenai stress semasa interview. Ni kira tips bagi yang hendak menghadiri temuduga. Uolls mungkin akan encounter soalan yang berbunyi seperti ini ;

"Bagaimana anda menangani stress"

Setiap individu ada cara yang tersendiri untuk menangani stress bukan? Basically, list di bawah ni apa yang Iolls selalu buat bila stress. 

1. Membaca novel.
Ini adalah jawapan Iolls bila ditanya masa interview. Sebabnya, bila khusyuk baca novel segala sebab musabab stress tu akan hilang. Lenyap. Dilupakan dan digantikan dengan jalan cerita novel tersebut. Tapi time macam ni Iolls memang tak boleh baca novel jiwang-jiwang atau santai. Biar novel yang memerlukan daya berfikir yang tinggi sikit. Baru lah fokus. Tapi untuk yang ini, mungkin ada sesetengah orang akan jadi lebih stress. Betul tak?

Orang lain pergi lunch, Iolls pulak lunch dengan novel. Stress!

2. Capai kunci kereta dan drive
Oh, seharusnya bukan macam lagu Rihanna, Shut Up and Drive tu ya. Bukan. Tapi seharusnya elak kawasan jammed. Kalau tak lagi stress lah jawapannya. Drive cuma di area yang berdekatan. Bila balik nantik elok lah. 

3. Meluahkan perasaan pada sahabat yang dipercayai. 
Yang ini bagi I susah sikit sebab I ni jenis yang tertutup. Susah nak percaya orang dan mencari orang untuk jadi tempat I luahkan perasaan tu payah sikit. Dalam ramai-ramai kawan I, hanya ada seorang je yang I senang dan selesa untuk menangis dan mengadu itu ini. Dengan orang lain banyak tapis lagi. Kalau I mengadu itu ini dekat uolls sedarlah bahawasanya kamu insan yang terpilih. Tapi kalau Iolls tak cakap apa-apa, tiba-tiba uolls yang terhegeh-hegeh datang nak comfort kan I dengan kata-kata nasihat whatsoever tu. Duhhh, I tak mengadu apa-apa pun kat you. So what? Kurang berkenan dan kurang senang dengan cara begitu melainkan uolls approach dengan soalan terlebih dahulu bukannya terus dengan kata-kata nasihat yang kononnya untuk menyedapkan hati. Sorry to say, menjengkelkan hati adalah. 

Thank you Sally! Sayang lebih! Hiks. 

4. Maraton Running Man berjam-jam.
Mostly akan buat begini kan? Iolls tak terkecuali. Bila tengah stress tengok Running Man berpuluh episod pun tak sedar. Dah bantai gelak je. Mana nak ingat masalah lagi dah kan? 

Memang lain orang, lain cara mereka untuk menangani stress. Bila stress apa yang uolls buat untuk meredakan keadaan supaya kembali tenang? Bagi I adalah empat yang di atas ini. Uolls macam mana? Mungkin ada orang yang bila stress nak makan banyak-banyak? ataupun mungkin shopping? Ataupun makin tinggi level stress, makin banyak tidur? Anda yang bagaimana?

p/s : Nak ke bengkel betulkan kereta. 

28/03/2014

Bad bad bad Day

Semalam. Tak tau nak cakap apa. Dalam erti kata lain, speechless. Tak tertanggung oleh hati dan perasaan

Bad Day
Daniel Powter

Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to grey
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee to go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces every time
And I don't need no carryin' on

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day
You had a bad day

Well you need a blue sky holiday
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on

You had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day

(Oh, on a holiday)

Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I'm not wrong

(Yeah,yeah,yeah,yeah)

So where is the passion when you need it the most
Oh you and I
You kick up the leaves and the magic is lost

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
You've seen what you like
And how does it feel for one more time
You had a bad day
You had a bad day

Had a bad day
Had a bad day
Had a bad day
Had a bad day
Had a bad day

 1. Jammed yang over mengarut!
Office kat area Bukit Jelutong, rumah di Mutiara Damansara. Lalu NKVE, super duper jammed dari keluar toll NKVE dari Bukit Jelutong sampai lah Persiaran Surian. Jammed lebih mengarut dari hari Jumaat yang sememangnya jammed yang agak mengarut. 

2. Saya bawa kancil manual je, tak kaya macam awak Audi putih suci dan bersih. 
Hipotesis seseorang yang lebih banyak makan garam yang tidak dapat dinyatakan di sini, "Lebih mahal kereta, lebih kecik dan sempit pemikiran." Duduk area orang kaya-kaya, kondo kiri kanan hipotesis setakat ini boleh disimpulkan sebagai diterima. Tak bagi signal, tersangat lah checked. Suka hon orang sesuka hati sebab lambat padahal Iolls dah drive minimum 60 km/h di selekoh, checked. Dia keluar simpang tapi kita yang perlu beri laluan, checked. Saya tahu lah awak banyak duit, kalau cium kereta orang lain pun pejam mata je boleh bayar cash. Oh, sila buktikan bahawasanya hipotesis ini tidak boleh diterima. 

3. Park kereta jauh sangat dari blok. 
Seperti yang I nyatakan di atas, Iolls drive kereta manual. Jammed selama sejam setengah jalan gear 1 dan gear 2 sangat menyeksakan jiwa raga. Balik-balik tak ada parking dekat, nak kena jalan dalam 5-7 minit baru sampai blok sendiri. Lepas tu kena naik tangga naik tingkat 4. Kaki kebas dan lenguh jadi terlampau lenguh sampai tak berdaya nak berjalan. 

4. Buka pili air tapi tak ada air pun yang menitis. 
Sampai rumah 7.45 malam, mengemis saki baki air yang ada. Azan maghrib dah lama berkumandang. Nak mandi pulak macam mana? Paling-paling pun esok siang baru ada air kot. Nak pergi kerja tak mandi? No no no. Dalam seminggu ni air ada je walaupun catuan air masih diteruskan. Itu yang tak expect tak ada air tiba-tiba petang semalam. 

5. Kebulur macam kucing lapar. Meoww.
Macam mana nak masak nasi kalau tak ada air? Makan telur mata sebiji? Owh, tak cukup. Fikir lagi, pinggan mangkuk dah sedia menimbun nak ditambahkan lagi. Semak. Malam-malam begini penat drive dan mengadap jammed yang mengarut nasi itu satu keperluan. Nak beli, rasa malas dah nak turun tangga dan menapak ke kereta. Kebas pun tak hilang lagi.

6. Kereta tak boleh lock. Great!
Alarm problem, tekan-tekan ada bunyi menandakan masih lagi berfungsi. Tapi lock kat pintu kereta tak turun-turun pun. Okay, kunci manual saja. Masukkan kunci di dalam lubang kunci. Yang terkunci hanya pintu driver saja. Pintu lain elok je tak berkunci. Satu cara lagi. Tekan lock siap-siap, dan tutup pintu. Sekali kena tendang balik pulak dah. Habis tu takkan nak biar kereta tak berkunci. Biarpun uzur dan tua, tetap harta jugak tu. Beli guna duit jugak, bukan guna kertas. 

7. Rasa down tiba-tiba. Merempat. Sadis. 
Stress dengan bilik kecik yang dikongsi dua orang dan penuh dengan barang. Kesukaran untuk bergerak. Itu paling nyata. Sangat rimas sebenarnya dengan ruang yang sempit. Malam tadi emergency keluar ke bengkel sebab kereta tak boleh lock. Abang mekanik tu kata kena datang siang. Mungkin ada masalah dengan wiring. Malam tak boleh nak buat sebab gelap. Mana nak nampak wayar-wayar tu semua. Balik dah hampir tengah malam. Berbekalkan seluar masa pergi kerja siangnya. Dengan tak mandi lagi. I is penat you know. Bukan balik terus terbongkang atas katil dengan seluar slack tak bertukar dari pukul 7 pagi. So konklusinya, angkat semua barang-barang perlu ke ruang tamu. Ambik, terus rasa lapang dan luas. 

Ehsan Pakcik Google. 

Ini bukan merungut ya kawan-kawan. Sila ketepikan persepsi yang sebegitu dan jangan salah faham. Rasa semalam macam over stress. Tapi persoalannya apa yang menyebabkan Iolls stress? Rasa macam banyak sangat tapi apakah ia? Rujuk semula point diatas. 

Ehsan Pakcik Google

Indeed! Dalam hidup ini, sikap toleransi yang tebal dalam diri tu wajib ada. Jangan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Sentiasa tanya pada diri sendiri satu soalan ini, "Kalau aku buat begini, adakah aku akan menyusahkan orang lain?". Kalau YA jawapannya, cari lagi cara lain yang akan memberikan jawapan TIDAK kepada soalan tersebut. Kalau kita tak menyusahkan orang lain pun, at least we can minimize kesusahan orang lain disebabkan oleh diri sendiri. Sebagai contoh, Abu (bukan nama sebenar) drive kereta macam pelesit sebab nak kejar masa. Sebelum masuk ke lane sebelah, tanya pada diri sendiri "Adakah pemandu lain akan mendapat susah kalau aku tak bagi signal nak masuk lane sebelah?" Kalau jawapannya YA, anda tahu lah apa yang anda perlu lakukan. Betul tak? Kita hidup sebagai satu komuniti masyarakat. Biar hubungan tersebut mutual dan bukannya berat sebelah. Fikir tentang diri, fikir juga tentang individu lain. 

p/s : Dari kecil lagi parents ajar, biar sendiri susah asalkan kita tak menyusahkan orang lain. Dan itu yang dipegang sehingga sekarang. Tapi kalau dah pijak kepala, kejap lagi Iolls baling lah dengan kuali once the red button tu dah ditekan. 

27/03/2014

Spontaneous Thursday : Pekerti dan peribadi

Usah cari alasan untuk berkasar, 
Usah pandang umur untuk berbahasa, 
Usah meninggi bicara kata, 

Biar kaki pijak di tanah, 
dari asyik terbang di langit tinggi, 
Biar diam tanpa bahasa, 
dari menjadi tin yang banyak bunyi, 

Biar diri susah sendiri, 
Jangan susah yang kanan dan kiri, 
Dan biar rendah diri, 
Jangan kita berpijak di tempat tinggi.

Sekadar gambar hiasan (Seeing Reds by Daniel Zvereff)

p/s : Note to self. 

26/03/2014

Wordless Wednesday : Be Strong #MH370

The Curve, 23rd March 2014

Ehsan pakcik Google

P/s : Mode : Sebak. Al-fatihah.

25/03/2014

Masalah Tempat Kerja

Iolls menghadapi satu masalah yang sangat memeningkan kepala kat office. Sampaikan nak pergi toilet pun kena fikir banyak-banyak kali. Yang paling tak best, masalah ini boleh mencacatkan attendance Iolls. Dah sampai awal, tapi itu masalahnya. Nak balik awal, itu juga masalahnya. 

Ehsan pakcik Google

Masalah Iolls terletak pada cap jari. Office guna fingerprints biometric system. Tak main lah cara konvensional punch card segala bagai ni. Kena scan cap jari masa datang dan juga time nak balik. Yang tak bestnya bila turn I, mesti akan tertera "Invalid Access". Tak pun,  "Unknown Fingerprint". Sebab tu lah bila nak balik memang payah lah sekali scan je dah boleh lepas. Sadis.

Lagi tak best bila nak pergi toilet atau pantry. Work station dipisahkan dengan toilet dan pantry dan juga lif oleh satu pintu kaca. Nak lalu pintu kaca wajib scan jari dulu baru boleh lepas. Di sini lah masalah I ni jadi makin meruncing. Time desperate nak pergi toilet tu, memang azab! Sabar je lah. 

Ehsan Pakcik Google

Sebab apa masalah ni timbul? Iolls punya tapak tangan ni memang sensitif. Orang selalu cakap tapak tangan I ni selalu bersalin kulit. Asyik mengelupas je. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kulit tapak tangan mengelupas. Satu, sabun. Macam yang Kak Farah Bubblynotes membebel dalam entri beliau yang INI. Dua, Iolls jenis yang tak boleh simpan kuku panjang. Panjang sikit, wajib potong kuku. Kalau tak kulit lagi teruk mengelupas. Yela, bila kuku panjang kan banyak kuman-kuman dan bakteria yang ada di bawah kuku tu. Jadi kurang hygiene kat situ dan seterusnya membawa kesan kepada kulit I yang sememangnya sensitif. Tiga, kalau Iolls makan udang memang makin menjadi-jadi lah teruknya. Dah la dengan gatal lagi. 

Tips yang kakak office bagi, tiap kali nak scan fingerprint mesti letak lotion dulu. Tapi masalahnya yang itu pun kadang-kadang tak jalan jugak. Sigh.

p/s : Ini pun boleh jadi masalah jugak. Sobs

24/03/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Digi - Project Red

Bila menginjak ke hari Isnin ni, lemau sikit. Biasalah, orang putih kata Monday Blues. Lagi-lagi bila memikirkan nak kena drive Damansara - Shah Alam selama lima hari pada waktu puncak. Tak ada masalah jammed sangat dekat highway, except for Friday lah dari tol NKVE Bukit Jelutong sampai lah ke exit Kota Damansara. Rasa nak menangis dalam kereta tambah lagi I drive kereta manual! Rasa macam nak patah kaki. Ditambahkan lagi dengan perangai-perangai drivers yang punya pemikiran kecik lagi sempit. Lagi satu di Persiaran Surian ni ha. Tepuk dahi bila stuck setengah jam setiap petang padahal sekangkang kera je pun nak sampai rumah. 

Eh, Sorry. Termelencong dari laluan yang asal.

Anyway, last week dapat lagi satu CPUV dari Mr. Nuffnang. Syukur alhamdulillah. Ini mesti Nuffnang dapat banyak job untuk this month, sebab tu CPUV yang bloggers dapat pun banyak. Hopefully semakin dimurahkan rezeki dapat CPUV banyak-banyak lagi bulan-bulan yang akan datang. Hiks.


DIGI - Project Red

Thanks buat Mr. Nuffnang dan tak lupa buat DIGI. Iolls tak sure pulak iklan Project Red ni mengenai apa. Mungkin plan baru dari DIGI kot? Mungkin plan mobile internet? Atau pun lain-lain lagi?


Kalau uolls nak tahu lebih lanjut boleh lah klik iklan tersebut. Mungkin ada sesuatu yang menarik ataupun tawaran hebat menanti anda. 

p/s : Ada apa dengan hari Isnin? Sigh.

23/03/2014

Bookerville/Pekan Buku @ Putrajaya International Book Fair 2014

Semalam berkesempatan untuk ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya Tahun 2014 (PIBF). Pada asalnya, tak sure sama ada nak pergi atau tak. Tapi bila dah dapat tahu ada slot Temu Mesra Bersama Ramlee Awang Murshid, terus pujuk En. Barney ajak pergi. 

Latest, Sunan Nanggroe Sang Kembara.

Dalam entri INI tempoh hari, Iolls kan bagitau ada beli satu novel di MPH The Curve. Ha, novel ini lah. Sampai merajuk dengan En. Barney. Nak beli hari tu jugak. Sebab takut cepat habis. Sekali tengok kat PIBF ni berlambak-lambak. Ada discount lagi. Tak kisah lah. Janji beli, yang hard cover lagi tu. 

Temu Mesra bersama Ramlee Awang Murshid, PIBF

Satu lagi novel RAM yang complete dengan sign novelis sekali. Yeay!

Semalam sempat lah rembat satu-dua lagi buku lain. Yang bestnya PIBF ni dibahagikan kepada dua section, Bookerville dan juga Pekan Buku. Bookerville menjuruskan novel dan buku berbahasa Inggeris, stationary, toys and gifts whatsoever lah. Tapi kalau fokus utama uolls nak cari novel -novel Alaf21, Karya Seni, Kaki Novel dan buku-buku Telaga Biru dan yang sewaktu dengannya itu boleh lah terus ke Pekan Buku

Capai ini di Bookerville.

Girl in The Mirror kalau tak silap tak baca lagi. Tapi rasa macam dah baca cuma for sure novel tu I tak pernah beli dan tak ada dalam simpanan. Dah la cover cantik, RM10 saja pulak tu. Novel James Patterson tu pun RM10 jugak. Banyak lagi novel menanti, dah beli lagi. Haish.

Beli ini dengan harga RM25 di Pekan Buku.

Al-Quran Al-Karim : Ar-Raudhah. Dah lama sebenarnya nak beli yang pocket size begini. Senang untuk dibawa ke mana-mana dan yang paling penting senang untuk yang selalu travel macam Iolls yang kerap berulang Kuala Lumpur - Miri. Alhamdulillah, semalam terlaksana jugak niat tu. Yang bestnya Ar-Raudhah ini memang khas untuk muslimah. 319 tafsir mengikut tema istimewa untuk muslimah beserta pembahasan 4 kategori utama (Hukum, Ibrah, Tokoh Wanita dan Akidah-Akhlak). Orang selalu panggil ini 'Al-Quran Pelangi' sebab helaian-helaian dalam tu colourful. Semalam cover depan tu ada macam-macam warna. Pink, biru, hijau dan warna-warna lain lagi. Dan Iolls haruslah capai warna merah. Kata favourite colour kan. 


Putrajaya International Book Fair 2014

Bagi yang tak pergi lagi tu, masih sempat lagi uolls nak pergi serbu PICC di Putrajaya hari ini sebelum pukul 9.00 malam. Ada banyak aktiviti menarik, beli buku atau novel dengan potongan harga 20% dan ke atas, cepat-cepat ke PIBF sekarang. 

Putrajaya International Convention Centre

p/s : Hari ini boleh lah start bedah novel. Hari ahad kan. 

22/03/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Spicy Chicken McDeluxe

Memang betul lately ni Mr. Nuffnang sangat bermurah hati. Ramai yang dapat CPUV secara pukal. Kan kan kan? Alhamdulillah, rezeki. Kalau tiap-tiap bulan macam ni apa salahnya kan. Hiks.


McDonald's Spicy Chicken McDeluxe

Terima kasih sekali lagi buat Mr. Nuffnang dan juga McDonald's. Mesti uolls dah selalu dengar dah iklan kat TV ataupun radio atau kat mana-mana lah tentang Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe ni. Ada yang dah try belum? Nampak macam sedap je kan?


Anyway, sebenarnya ada hadiah bernilai RM 5000 menanti anda. Ha, untuk keterangan lanjut boleh klik-klik iklan McDonald's Spicy Chicken McDeluxe. Mana lah tau uolls lah orang yang bertuah untuk memenangi hadiah bernilai RM 5000 tu. 

p/s : Off to Putrajaya. Weee.

21/03/2014

The Baker's Cottage

Memang rutin Iolls every weekend, berulang dari Damansara ke Gombak dan dari Gombak ke Damansara. Rumah sewa di Damansara tapi hantar baju kat kedai dobi di Sri Gombak. Nampak tak betapa tak betulnya perempuan ni? Sebabnya dah puas hati dengan dobi tu, basuh baju okay siap wangi bukan main lagi. FYI Iolls ni sangat cerewet sebenarnya. Kalau dah berkenan kat satu tempat tu. Memang tempat tu je lah yang I nak pergi. Ha, ini lah yang selalu buat En. Barney pening kepala. 

Anyway, tak jauh dari kedai dobi ada satu bakery yang En. Barney suka pergi masa zaman budak-budak hingusan dulu. Sebelum pergi tuisyen, wajib singgah dulu kat bakery tu. Memandangkan bakery merupakan salah satu tempat favourite Iolls, jadi En. Barney pun bawa lah ke situ. 



Tak tau kenapa bila masuk bakery ni mesti bajet macam masuk bakery dalam movie Harry Potter je. Maybe sebab interiornya lebih kepada English style kot. Entah lah. En. Barney kata, sejak dia sekolah dulu memang suka beli Bun Tuna di The Baker's Cottage ni. Tapi ada lagi yang lagi sedap dari Bun Tuna yang En. Barney suka tu. 

Egg Tart

Egg tart paling sedap pernah I rasa. Last week beli sampai 3 sekaligus. Siap ada promotion lagi tu, kalau beli 4 harga dalam RM8 kot sebab satu egg tart kalau tak silap dengan harga RM2.50 tapi serius memang puas hati. Sangat puas hati sebab sangat sedap! 

Iolls baru tau yang The Baker's Cottage ni ada banyak outlet. Yang I selalu pergi tu di Sri Gombak. Nak tau kat mana lagi lokasi outlets The Baker's Cottage yang lain boleh lah klik SINI. Tapi serius, roti-roti kat sini memang sangat meransang kelenjar air liur especially egg tart. Wangi pulak tu. Yummy!

p/s : Esok pagi memang sini lah destinasi wajib. 

20/03/2014

Thanks Mr Nuffnang : KFC - Zinger Reloaded

Syukur Alhamdulillah, dapat lagi CPUV dari Mr Nuffnang. Kalau perasaan, dalam masa berapa bulan ni agak ketandusan CPUV sikit. Mungkin memang tak banyak iklan yang masuk kot, sebab tu lah iklan Churp-churp tu je kat mana-mana. Tapi sejak beberapa minggu ni, ramai yang update tentang CPUV baru. Alhamdulillah. 


KFC - Zinger Reloaded

Terima kasih sekali lagi buat Mr. Nuffnang dan tidak lupa juga kepada KFC. Dah banyak kali jugak Iolls tengok iklan Zinger Reloaded ni, tapi masih belum tergerak lagi nak try. I tengok kuantitinya agak banyak dan melebihi daripada apa yang mampu ditampung oleh perut. Teringin jugak nak mencuba tapi tunggu bila betul-betul lapar. Kalau tak rugi je beli tapi tak habis. Perempuan ni memang punya habit makan tak habis. Kesian En. Barney, tak pasal-pasal jadi 'tong sampah' Iolls. 

Dah try belum Zinger Reloaded? Sedap tak?

Dalam entri INI, ramai jugak yang bertanya tentang CPUV Nuffnang ni. Jadi Iolls jawabkan mana yang termampu based on pengalaman sendiri. 


Dah setahun tapi masih lagi tak dapat CPUV dari Nuffnang.

Iolls dulu dua tahun menunggu CPUV dari Nuffnang. Lepas dua tahun baru dapat CPUV. Tips paling mudah dan ringkas nak dapat CPUV Nuffnang, bersabarlah. Ada rezeki tu adalah. Pernah terbaca, lebih lama blog tu lagi senang nak dapat CPUV. Betul ke? 

Tips nak dapat CPUV

Rajin-rajin lah update blog. Satu entri sehari pun tak apa. Janji ada entri baru. Bila ada entri baru, sedikit sebanyak boleh maintain trafik blog biarpun tak berkesempatan nak blogwalking. Lagi besar nombor unique visitors uolls, lagi Nuffnang suka. Selain tu, perlu rajin update survey dan hantar tiket kat Nuffnang. Yang bab hantar tiket tu, Iolls pun jarang-jarang jugak melainkan ada sebarang masalah teknikal ataupun pertanyaan.

Kalau dapat CPUV, perlu buat entri ke?

Soal yang ini, terpulang lah kepada blogger tu. Tapi kalau menurut I punya point of view, CPUV yang kita dapat tu dalam erti kata lain membawa maksud tanggungjawab yang kita galas untuk menghebahkan lagi sesuatu produk atau iklan tersebut. Sebab itu lah perlu buat entri kalau dapat CPUV baru. Sebagai satu lagi medium hebahan selain daripada iklan yang bertenggek cantik je kat blog uolls tu. Ada sesetengah mungkin terlepas pandang iklan-iklan tu semua tapi entri mereka baca.

p/s : Ada lagi sebarang pertanyaan? Hiks

19/03/2014

Wordless Wednesday : $$


p/s : Training = Kemengantokan.

18/03/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Herbal Essence

Orang lain dah lama update blog pasal CPUV baru, Iolls baru nak publish entri yang ini. Alhamdulillah, last week dapat satu CPUV dari Mr. Nuffnang. And alhamdulillah, still on going lagi. I tengok, ramai juga blogger-blogger lain yang dapat CPUV yang sama. Syukur alhamdulillah. 



Terima kasih sekali lagi buat Mr. Nuffnang dan juga Herbal Essence. Sempena pelancaran Herbal Essence : Japanese Series, ada aktiviti menarik menanti para blogger. Kalau nak tahu macam mana nak jadi peserta dan apa syarat yang uolls perlu ikut boleh lah klik-klik pada iklan tersebut ya. 


p/s : dapat lagi CPUV baru tak tak sempat pulak nak update-update. 

17/03/2014

Red Pepper Chicken @ The Chicken Rice Shop

Ini kisah semalam. Dua hari catuan air, semalam sepatutnya bekalan air dah kembali pulih seperti biasa. Tapi memandangkan Iolls ni duduk di tingkat 4 jadi petang baru lah air paip 'memunculkan' dirinya. Air yang disimpan pun dah kontang, cukup untuk masa-masa terdesak saja. 

Anyway, ajak En. Barney ke The Curve kejap. Sebab yang pertama, nak pergi kedai buku MPH. Ada something yang I nak cari. Kedua, sebab nak lunch. Novel apa yang Iolls beli kat MPH tu nanti I story-story ya. Kita cakap-cakap pasal hal makan dulu. 


Sebab tahap kebulur tu berada di paras yang lebih tinggi dari kebiasaan, perut harus diisi dengan butir-butir nasi. Jadi malas nak pening kepala nak cari tempat makan yang bersepah kat The Curve tu, senang cerita The Chicken Rice Shop sudah. Settle. Lagipun ada orang tu macam teringin nak makan kat sini. 


Try ayam baru iaitu Red Pepper Chicken. Cili kering bukan main lagi berlambak. First tu takut jugak, sebab perut Iolls yang manja ni tak boleh disumbat dengan makanan yang pedas-pedas. Tapi Alhamdulillah, cili-cili kering itu hanyalah sekadar hiasan sahaja tanpa meninggalkan sebarang rasa yang signifikan. Melainkan uolls dengan senang hati kunyah cili kering tu macam makan Twisties. 


Iolls tak tau pulak Red Pepper Chicken ni ada sejak bila. Yela, bukan selalu pun makan di Chicken Rice Shop. Tapi Red Pepper Chicken boleh tahan lah. Nak kata tak sedap, sedap je. Cuma rasanya tak memberikan impak yang kuat terhadap deria rasa. Senang cerita, so-so je lah tapi tetap sedap jugak. 


Sebenarnya ada kisah disebalik cerita Red Pepper Chicken ni. Iolls ni jenis yang sangat tak suka makan sorang-sorang. Housemates masing-masing keluar. Nak masak, air tak ada pulak plus tak ada selera bila mengenangkan nak makan sorang diri. Makan sorang? Tak best lah. Feel nak makan pun tak ada. Tak sedar diri yang dia tu gastrik, ada hati lagi nak skip makan. 

p/s : bila masa nak habiskan novel baru ni. Jangan sampai terlupa nak tido sudah. 

16/03/2014

Review : Need For Speed

Mesti yang ramai tertunggu-tunggu cerita ini kan? Chipmunk dan aku dah tengok (Saja bagi korang jealous). Ni poster Need For Speed.



Cerita ini berkisarkan tentang perlumbaan kereta yang melibatkan dendam dan juga maruah seorang pelumba. Tobey Marshall (Aaron Paul) adalah seorang mekanik dan pelumba kereta yang handal. Selepas 10 tahun, musuh lamanya, Dino Brewster (Dominic Cooper) kembali ke kampung halaman dan menyuruh Tobey Marshall modify kereta Ford Mustang kerana Dino mahu menjual kereta tersebut dengan harga yang tinggi. Julia Maddon (Imogen Poots) adalah pembeli kereta tersebut. Dia meletakkan syarat sekiranya kereta tersebut boleh mencecah kelajuan 230km/j dia akan membeli kereta itu. 

Disebabkan beberapa konflik, Dino tidak berpuas hati dengan Tobey Marshall lalu mengajak beliau berlumba dan juga disertai oleh Little Pete (Harrison Gilbertson) yang merupakan kawan Tobey. Dalam perlumbaan tersebut, Dino bermain kotor dan menyebabkan Pete mati dalam kemalangan. Tobey berniat untuk membalas dendam. Macam mana Tobey mahu melakukannya? Adakah dengan cara seorang pelumba atau bunuh je si Dino tu? Itu korang kene tengok lah aksi yang seterusnya.



Cerita ini secara jujurnya aku cakap memang gempak lah! Jalan cerita yang menarik. Kadang-kadang sampai chipmunk sendiri terkejut dengar bunyi kereta yang kuat secara tiba-tiba. Watak cerita ini pelbagai. Ada yang suka melawak, serius, antagonis, romantik dan lain-lain la. Kalau masa tengah serius, memang menjadi lah. Kalau tengah serius itu, ada juga lawak yang diselitkan. Kereta yang diorang guna semua boleh dikategorikan sport car dan super car. Memang best gila masa diorang tengah berlumba. Cara polis bercakap pun sama macam dalam game (bagi siapa-siapa yang pernah main game ini la). Tak tahu nak gambarkan macam mana. Apa lagi, pergilah tengok cepat-cepat cerita ini. Overall rating 7.5/10.








Sumber : IMDb dan Google

15/03/2014

Jerebu

Hanya ada dua titik utama yang menjadi fokus dan modal percakapan orang dalam masa beberapa hari ini. Haruslah Iolls pun tidak terkecuali. Toleh kiri, toleh kanan. Orang sekeliling semua bercakap soal perkara yang sama. 

Satu. 

Kehilangan pesawat MH370. Bangun pagi, balik kerja dan sebelum tidur. Check latest news. Adakah ada perkhabaran terbaru? 

Dua.

Jerebu. Semalam, sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang diarahkan tutup serta merta berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200.

Tempat kerja Iolls semalam pun keadaan jerebu agak teruk jugak. Nasib baik I naik kereta. Kesian tengok penunggang-penunggang motorsikal, lebih terdedah dengan keadaan yang berjerebu ni. En. Barney awal-awal lagi I dah pesan, jangan lupa pakai mask. Sebelum I belikan terus satu kotak mask RM5 dekat Daiso tu untuk dia, adalah lebih baik dia pakai dulu sebelum I ambik apa-apa tindakan. First warning secara verbal dan secara tidak langsung ini adalah last warning. Ehem. 

Nampak putih. Bukan sebab cuaca mendung tapi jerebu!

Office, Aras 3, Bukit Jelutong Industrial Park. 

Naik kereta pun tetap terasa sakit dada, sakit mata, sakit hidung. Sesak nafas! Time macam ni harus extra jaga sikit kesihatan. Banyakkan minum air masak especially yang tak suka minum air masak macam Iolls ni, kurangkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan uolls keluar rumah dan kalau nak keluar rumah pun make sure mask ada dalam simpanan, Dan tolong sangat-sangat jangan lakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka. Saling bantu satu sama lain. Bukan bantu sesama manusia saja tapi bantu alam sekitar untuk kembali sihat juga. 

p/s : Banyakkan berdoa. Itu saja yang kita mampu lakukan. 

14/03/2014

Posto! Posto!

Frozen.

Oh, jangan salah faham. Bukan movie Frozen tu. Yang tu Iolls pun tak tengok lagi. Tapi orang cakap best. Memang best ke? 

Termelencong sekejap. Actually, dari tadi asyik taip dan padam. Tapi satu ayat pun tak settle lagi sehingga ke noktah yang pertama. Frozen dalam erti kata yang itu. 

Sebenarnya Iolls ni nak mengkhabarkan kepada yang berkenaan. Iolls ada janji nak bagi something sebagai tanda penghargaan. Tapi disebabkan hidup sekarang ni tak berapa nak stabil sangat, terumbang-ambing lagi dalam semua aspek maka Iolls pun hold dulu sesi mengepos hadiah kenang-kenangan tersebut. 


Alhamdulillah. Dah settle dah, hopefully sampai lah. Maaflah sebab lewat pulak pos. Sekarang bulan march dah baru nak poskan hadiah untuk top 3 pengomen tegar tahun 2013. Ketinggalan zaman betul perempuan ni. Nak kata busy woman, macam lah dia sorang je busy woman kan. 

p/s : Agak-agak nama siapakah yang tertera pada 3 sampul surat ini ya? Hiks. 

12/03/2014

Wordless Wednesday : Save the date (March 2014)



p/s : Untuk keterangan lanjut mengenai Sushi Bonanza March 2014 klik SINI dan SINI untuk 6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014


11/03/2014

Makan-makan @ Go Mo Ne Korean Restaurant, Ampang Point

Iolls malas sikit nak blogwalking, balas jejak dan segala macam hal yang berkaitan buat masa sekarang. Siang kerja, malam pulak melekat depan TV sebab nak tahu perkembangan terkini mengenai pesawat MH370 yang hilang. Tak menyempat nak buka blog, cuma rajin nak update entri je. 

Anyway, seperti yang I dah janji nak story-story. Ahad lepas date sebentar dengan Blogger Sally. Date ke mana? Haruslah pergi melantak. 


Dari hari tu lagi minta Sally bawakan ke sini. Alhamdulillah, sampai juga ahad lepas. Go Mo Ne Korean Restaurant di Ampang Point. Level berapa Iolls tak ingat. Level 2 rasanya. 

First time minum teh jagung. 


Actually, En. Barney bukan lah peminat Kimchi. Tapi kali ni I terkejut tengok dia boleh habiskan kimchi yang ada. Selalunya tak terusik pun. Tapi ayam dia sedap lah. Iolls order bulgogi tapi dek kerana nafsu makan yang tak tertahan, terlupa nak snap gambar. Sedap! Cuma iolls yang tak makan bawang ni memang membukit lah bawang tak dimakan. 

Pemandu pelancong untuk hari ini. Hiks

Yang tak best nya, leka sangat menyembang sampai terlupa nak ambik gambar berdua. Alahai, tak apa lah Sally ye. Lain kali kita jumpa lagi. 

p/s : alamak, lapar pulak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...