Hari isnin yang lepas, bapa Chipmunk bawa kitorang satu family makan kat luar. Tambah pulak adik-adik Chipmunk kebetulan tak ada kelas tuisyen pulak malam tu. Jadi sekali-sekala boleh lah makan sama-sama kat luar before Chipmunk fly balik semenanjung untuk sambung study.
Chipmunk kalau tempat makan yang best-best kat Miri ni memang fail. Ada certain tempat je yang Chipmunk tau, contoh macam Kinky Fat Chef Kitchen. Itupun kalau nak makan burger lah. Yang lain memang Chipmunk tak tau. Jadi, bapa Chipmunk pun main belasah je lah makan kat mana. For sure restoran melayu yang halal eh.
Pusing-pusing Bandaraya Miri malam-malam sangat best. Penuh dengan lampu warna-warni. Jadi kononnya nak makan bertemankan sinaran lampu yang warna-warni ni, bapa pun pilih lah satu restoran yang dinamakan Restoran Serai Wangi. Restoran ni berdepan dengan Ming's Cafe, tempat tumpuan pelancong asing yang datang ke Bandaraya Miri. Tapi Ming's Cafe ni tak tau la halal ke tidak. Macam tak je, dah tu bersebelahan dengan Barcelona (Barcelona ni tak tau la sama ada restoran ataupun bar ataupun benda-benda macam tu tapi yang sure bukanlah tempat untuk kita umat islam ni untuk menjejakkan kaki). Kalau nak cari Restoran Serai Wangi ni senang je, cari Ming's Cafe ataupun Barcelona. Restoran ni seberang jalan je. Berdekatan jugak dengan Imperial Mall Miri.
Ni adik perempuan Chipmunk, nak SPM dah tahun ni tapi orang selalu cakap dia kakak. Sebab apa entah, mungkin dia tinggi sikit kot. Alah, sekadar beza 3cm je pun.
Yang ni pulak adik bongsu Chipmunk, UPSR tahun ni. Tapi main-main lagi. Harap-harap boleh jawab soalan-soalan UPSR nanti sama macam dia nyanyi lagu-lagu BIG BANG dengan jayanya. Dalam gambar ni boleh nampak sikit bangunan Imperial Mall Miri. Barcelona pun ada. Adik perempuan Chipmunk cakap orang Miri tak payah susah nak pergi Barcelona kat Spain sana tu. Kat Miri ni pun ada. Pergi lah kau dik tapi jangan heret kakak sekali. Kakak tak berani tanggung kalau bapa kejar kau dengan parang satu Miri ni.
Chipmunk dan kakak adik kesayangan. Tengok balik gambar ni, hati terus cakap Oh serabainya gambar aku! Serabai-serabai tetap tepek dalam blog jugak kan. Alah, keluar makan je pun. Bukan nak pergi jumpa bakal mertua. Eh!
Mak cakap gaya adik posing tu dah ketinggalan zaman. Kau ni dik, sampai mak pun cakap macam tu. Tiru tarian BIG BANG bukan main lagi tapi posing depan camera failed!
Susah sangat mak dan bapa ni kalau disuruh tangkap gambar berdua. Jadi apa lagi candid je lah. Lepas tu kitorang tiga beradik bantai gelak. Apa yang lawak tu tak tau lah.
Dah puas tangkap gambar manusia-manusia baru ambik gambar makanan pulak. Yang ni Mee Goreng kepunyaan adik bongsu Chipmunk dan Nasi Ayam yang mak order. Boleh lah kalau nak compare dengan tempat-tempat lain. Next time boleh lah pergi lagi. Menunggu pun sekejap. Tak macam ada satu restoran yang Chipmunk pernah pergi di area perumahan Chipmunk ni, sejam lebih menunggu sahaja! Makanan pulak entah apa-apa.
Chipmunk, adik perempuan dan bapa makan satay je. Petang tu Chipmunk dan adik-adik dah melantak Spageti Carbonara sebenarnya. Tapi satay ni kecik je. Nasib baik kenyang, kalau tak memang tak puas makan.
Kalau nak komen pasal harga Chipmunk tak tau lah pulak. Of course lah bukan Chipmunk yang bayar kan. Standard je kot sebab tak ada pulak bapa complain harga mahal. Bapa Chipmunk ni jenis yang outspoken, kalau dia tak puas hati depan-depan orang tu jugak lah dia cakap. Tapi kali ni senyap je, okay lah tu.
Oh ya, lupa pulak nak bagitau. Di Restoran Serai Wangi ni ada jugak masakan pantai timur. Siapa-siapa yang ada di Miri ataupun berkunjung ke Miri boleh lah try makan kat sini. Tapi Chipmunk tak lah cakap best, cuma boleh lah.
42 comments
kalau sis sampai miri nanti...aisya kena bawa sis jalan jalan :P
muka adik bradik semua nmpk same je. hihi
btw gmbr sate tu nmpk tempting la. hee ^^
@puteri kasih
boleh2.. hehe.. tp jgn pulak sis dtg time sy xde kat miri.. =)
@haz
itu la, tgk skrg pun rasa mcm lapar balik je.. haha
oooo..rasanya pergi ke restoran ni masa di Miri ari tu..
femes dgn satey kan..
bestnya mkn satu family..:)
memang 3 beradik je ke?
dok berangan je nk pegi sabah / sarawak tp tak tercapai lg. huhu..
sedapnya satay..hehehe best makan bear ni..
@Arjuna Silvera
tak tau pulak tp yg famous dgn satay tu Madli's Corner rasanya. Dekat area tu jugak. =)
@normi nieza
bukan selalu pun.. hehe
@Chic Na
a'ah.. hehe.. xpe, nnti2 smpai jugak tu.. =)
@azizah :)
tp ttap xleh lawan sate kajang kak jijah.. teringin pulak. haha
Bestnye mkn2 satu Family...
Muka adik sama jer dengan Aisya..mcm akak juga selalu orang cakap akak adik dari adik akak..sebab adik akak seorg tu lagi besar dr akak..
Bilalah nk jalan2 kat miri ni..hubby org srwk tapi tak abis jalan2 lagi kat srwk kecuali sibu.. :)
tah bila plak nk ke miri ..aisya oii huhuhu..jauh tu!
@LiLy @ MumMyQiStInA
sy sendiri pun tak habis pusing lg Sarawak ni kak.. Bhgn Miri sendiri pun byk lg tempat sy belum pergi.. hehe
@shidaR
mane la tau ade rezeki esok lusa sampai miri.. hehe..
Lapar la tengok :)
kelak kmk dtg miri,belanja kmk makan erk,, hehe ~~
good luck utk adik2 ktk yg mok exam ya :)
@NUR AIN AZMAN
g la makan.. hehe
@Michelle Hopell
lom kerja gik tok mcm ne mok blanja makan.. hehe
Sik pernah makan kat kedai tok lalu lmk2 tok ;D hee.
Aisya.. Muke aisya dgn adik2 same sjibik kopi pasta! Hahahaha..
@Sally Yatiey
sama lah.. tok la 1st time.. mun madli's corner sia pernah la juak brapa kali..
@Liyana Zahim
fotostat kak.. bese lah.. hahaha
muka sama la :D hehe.. nmpk sedap sate tu.. hehe :D
wahhh sedapnya sate (n_n) naakkk nakk, haha :p
bile lahh nak sampai miri
ha'ah kan? gaya pistol mase amik gmbr dh ketinggalan zamn...baru pasan dah lama diri xbuat gaya cmtu:)
@~~oOpEt~~
hehe.. boleh la.. xla sedap mane pun.. biasa2 je.. =)
@lynndAmya
nahhhh.. *sambil hulur 1 cucuk* hehe =P
@amy syahiera
ade rezeki insyaAllah sampai jugak.. =)
@Ayumi Comot
itu la.. dulu2 punya gaya.. hehe
WAH..TERINGIN NK KE SARAWAK :)mknan semua sodap2 :P
bestnya nmpak mknn...
nmpk smua best sbb pose hari ini..=)
xtau ble bleh jejak miri..
@Pecinta pink^^
hehe.. jom2!
@miz ruha
hehe. biasa la kalau puasa tu.. semua teringin.. hehe... ade rezeki sampai la tu.. =)
Barcelona..kt kl pon ade kot..another ctegory club yg for sure kita xboleh jjkkan kaki ke sane..haha.
wahh..lame da yaya pon xmkn 1fmly cm cik aisya..last mkn kt lua 1fmly time rye cine awl thun..hehe..insyalh thun dpn pon wt lg..^o^ almklumla..ank2 smua da beso..pyh nk bkumpul..heeee
@Cik Yaya
x ambik port pun pasal club2 ni.. hehe.. tau pun kwn2 yg non muslim selalu mention.. hehe.. ktorg 3 beradik je.. tu pun jauh beza.. 2 org tu pun skolah lg.. tu yg senang nk kuar mane2 skali.. hehe
kuar mkn 1 family..hihi dh lm xkuar mkn gn fmily cmni...msg2 jauh;p
@miss fluffy
ktorg yg jauh sy sorg je.. tu yg boleh kuar same2 tu.. hehe
tu la kan..beshnyer ade adik..
yaya pon 3beradik je..yaya yg last..hoho..^o^
@Cik Yaya
ade time best ade adik.. ade time tu terasa nk jadi adik.. hehehe