20/09/2012

Pecah Masuk Bilik Sendiri?

Dah lama Chipmunk tak story-story pasal Ken Si Otai kan? Asyik Cik TengTeng dan Baby E'el je. Bagi yang tak tau Ken Si Otai ni kura-kura. Nak tau kenapa Chipmunk panggil dia Ken Si Otai boleh baca kat SINI. Tapi sekarang dah hilang dah sifat ke'otai'an Ken sebab kura-kura yang lagi dua ekor dah nak sama besar dah dengan dia. 


Malam semalam, Chipmunk rasa tak berapa sihat sikit. Pening kepala. Maybe sebab cuaca panas kot. Puteri Lilin yang sorang ni bukannya boleh berpanas sangat. Nak tido awal, bekas Ken tak basuh lagi. Bekas Ken tu Chipmunk memang basuh tiap-tiap hari. Kalau follow dari awal blog ni dulu, mesti perasan bekas Ken dah banyak kali tukar. Sebab kura-kura tiga ekor tu dah membesar! Selalunya lepas bagi mereka bertiga makan, Chipmunk lepas je Ken dan anak-anak dalam bilik. Ikut suka la nak jalan pergi mana-mana. Lagipun sekarang Chipmunk duduk bilik single, sorang-sorang je jadi senang sikit. Tapi dengan syarat semua kawasan yang susah nak ambik kalau siapa-siapa antara mereka ni sembunyi kat tempat tu, semua Chipmunk tutup. Kalau tak, tunggu lah sampai tahun depan baru dia keluar dari tempat persembunyian tu.

Ada masa mereka bertiga pandai keluar dari bekas ni. Jadi tak berani nak ambik risiko letak bekas atas meja. Jadi letak je lah atas lantai.

Jadi dalam pukul 9.00 malam macam tu, dengan gigih la Chipmunk bawa bekas besar tu pergi bilik air. Basuh punya basuh nak balik bilik, cari dulu mana Chipmunk letak kunci. Dalam poket seluar tak ada, atas sinki tu pun tak ada. Positif, maybe tertinggal dalam toilet sebab before tu ada masuk toilet jugak. Sekali tengok tak ada. Memang sah Chipmunk keluar bilik tak bawak kunci! Positif lagi, mungkin Chipmunk keluar bilik tadi tak kunci pintu kot. Berdebar-debar Chipmunk pulas tombol pintu. Sah kuasa dua, Chipmunk terkunci dari luar. Kunci ada dalam bilik, pintu terkunci dan Chipmunk nak masuk bilik macam mana? 

Terus ketuk pintu bilik kawan kat sebelah, nak pinjam phone. Nak call En. Barney. Masa awal-awal dapat kunci tu, Chipmunk dan En. Barney dah buat kunci spare siap-siap. Kunci spare Chipmunk ada kat En. Barney. Tapi yang paling bestnya time tu En. Barney kat luar, kerja part-time. Tak kan nak tunggu En. Barney balik pukul 12 tengah malam kot. 

Sebenarnya kunci tu cantik je tergantung kat sini. Sekali dengan kunci kereta.

Berbekalkan pengalaman kawan Chipmunk pernah terkunci dari luar jugak, kitorang pun try la cara-cara yang kitorang tau macam mana nak pecah masuk bilik sendiri ni. Chipmunk ulang, pecah masuk bilik sendiri! Ambik card yang tak guna dah dan senang nak bend dan cucuk kat area tombol pintu tu. Dalam setengah jam jugak mencuba, datang sorang kakak kat bilik hujung ni tolong. Dia pun ada jugak pengalaman pecah masuk bilik sendiri ni. Kes-kes macam ni memang dah biasa bagi budak-budak yang duduk bilik single. Tapi tak tau kenapa pintu bilik Chipmunk macam payah sikit. Kemudian datang sorang junior Chipmunk ni, tapi Chipmunk panggil kakak sebab lagi tua dari Chipmunk. Kebetulan yang tolong Chipmunk tu kawan dia. Entah macam mana diorang buat, lepas sejam terkunci kat luar finally dapat jugak masuk bilik. Terima kasih buat mereka bertiga yang sudi menolong. Kalau mereka ni tak ada memang kena tunggu sampai pukul 12 tengah malam la jawabnya.

Masuk bilik terus bebel-bebel kat kura-kura, kenapa tak tolong bukakan pintu.

Chipmunk rasa, habis belajar ni bukan setakat dapat Master Environmental Management tapi master dalam pecah-memecah masuk bilik sendiri!

p/s: Elok je Chipmunk terkunci malam semalam, siang tadi En. Barney pulak yang kena. Tapi yang ni lagi dahsyat. Selak pintu terkunci dari dalam.

46 comments

9/21/2012 12:24:00 am

aisehhh..kesiannyee..kena pecah masuk bilik sndiri lakk...

9/21/2012 12:26:00 am

comel je kura-kura ! :)

9/21/2012 12:28:00 am

hehe... chipmunk bela kura2. Cik Putih dulu ada bela jugak. Tapi bila dah besar cam ken tue dah jadi agresif ckit. Suka ggt2 tangan. Ada bela 2 ekor then mama suruh p buang kat paya sbb xder yang sanggup jaga and cuci aquarium besar rumah kura2 nie... Anw.. comel la.

9/21/2012 12:40:00 am

hahahha dasyat la awak ni heheh

9/21/2012 12:53:00 am

alahai.. cian nyer....

9/21/2012 01:20:00 am

mcm mc guyver pulak sorang2. huhu.. pernah gak ada pengalaman ms dok hostel. tercabut terus tombol pintu tu. hikhik..

9/21/2012 01:35:00 am

kalau aida mahu berpeluh2 jugak tu pintu terkunci.. hahaha.. Lawak pulak. Comey je labi2 tu..

9/21/2012 03:35:00 am

adoii baya tu..hehee..kalo dpt lepas dri xpe..kalo tprgkap..huuhuu xtau la nk ckp pe..hehee ^_^

9/21/2012 06:33:00 am

Oh... Beli la aquarium.. besaq la ski... Hehe

9/21/2012 08:05:00 am

@miss fluffy

itu lah, xpasal2.. haha

9/21/2012 08:06:00 am

@shiyda

hehe.. =D

9/21/2012 08:08:00 am

@mizsfatima

ye? Alhamdulillah, Ken diorang ni tak pernah gigit orang. baik je. suke hati orang nk buat ape kat dia.. =)

9/21/2012 08:08:00 am

@Syuhada Nasya

haha.. darurat, nak buat macam mana.. haha

9/21/2012 08:09:00 am

@Nur Atiqah Mohd Zaki

tu lah, nasib baik bleh masuk jugak kan.. huhu

9/21/2012 08:09:00 am

@Chic Na

tercabut tombol? tu lagi dahsyat.. haha.

9/21/2012 08:10:00 am

@Aida Omar

kura2 tu. hehe.. nervous jugak mula2..

9/21/2012 08:10:00 am

@shidaR

yg ni bukan terperangkap dalam bilik tp kat luar bilik! tak boleh nk masuk dalam.. huhuhuhu

9/21/2012 08:11:00 am

@Crew Fathi

taknak la beli aquarium. buat kolam terus. haha.

9/21/2012 09:03:00 am

beshnya bela kura2, kalau keyrah nak pegang kura2 pun takot hehhe

9/21/2012 09:07:00 am

@cikeyrah

ada sesetengah kura2 tu kalau org pegang dia gigit. tp diorang 3 ekor ni tak. tu yg ikut suka nk pegang mcm mana.. hehe

9/21/2012 10:26:00 am

comel kura-kura..
nasib baik boleh buka semula pintu bilik...

pernah juga pintu terkunci dari dalam.tapi bukan pintu bilik, pintu bilik air umah sewa.memang harulah.siap panggil kawan lelaku tolong bukakan.habis tombol pintu diorang kerjakan..

okayla tu,dapat 2 master..

Anonymous
9/21/2012 10:45:00 am

Hee. Cute kura2 ..

9/21/2012 10:51:00 am

ya ampun sabar jelah..pasni hati2 dear..syg pntu tu kena pecah..heehhee

9/21/2012 12:28:00 pm

lain kali jangan lupa bawa kunci..takpun ajar ken buka pintu...hehe :P

9/21/2012 12:35:00 pm

hahahaha , kelakar2 , CP mase sem1 , CP pecahkan pintu terus , hahaha , dasar gadis ganas CP nih , hahah !

9/21/2012 12:43:00 pm

jd pemecah rumah sendiri? biasa, ramai yg kena.. hehehe
jangan rumah orang dah :()

9/21/2012 01:49:00 pm

Nasiblah ada yg teror buka pintu tu...

Teringat time Qis terkunci seorg2 dalam bilik...time tu akak tgh mandi dia main seorg pastu p kunci pintu bilik..dah kunci baru dia tak tau nk pusing tombol tu...kunci bilik tu plak dah ilang..apa lgi nangis melalak dia kat bilik tu..akak pun dah panik..dengan sekuat tenaga akak p tolak jer pintu tu..skrg pintu bilik tu dah rosak gara2 Qis.. :)

9/21/2012 01:57:00 pm

@miz ruha

bahaya betul kan part2 terkunci ni.. kalau sorg2 lg lah.. huhu

9/21/2012 01:57:00 pm

@Sally Yatiey

hehe =D

9/21/2012 01:58:00 pm

@azizah :)

tak pecah pun.. guna card cucuk2 area tombol tu.. cm mane ntah diorg buat.. huhu

9/21/2012 01:58:00 pm

@puteri kasih

itu la sis.. nak kena ajar jugak ken buka pintu ni.. hehe..

9/21/2012 01:59:00 pm

@cweet pinky

takleh. bahaya.. hehe..

9/21/2012 01:59:00 pm

@Sop

haha.. jangan2..

9/21/2012 02:00:00 pm

@LiLy @ MumMyQiStInA

kak lily, sy kecik2 dulu penah jadi mcm Qis.. tp tkunci dalam rumah.. nenek pergi mana ntah time tu.. nenek cerita memang meraung lah.. last2 orang pecahkan pintu.. huhu

9/21/2012 05:34:00 pm

comeyy nya kura2 dia..heee

9/21/2012 08:10:00 pm

@jaakechik

hehehe.. =D

9/21/2012 08:28:00 pm

huhu..xpela lau ramai yg dtg tolng ye.. smela dgn yaya..dulu mse blaja..rase nak gelak lau teringt..

-pakai sudu besi pech msuk blik sdri..^,^-

9/21/2012 10:01:00 pm

Teringat pulak dulu Ee dgn kengkawan ada bela kura2. Boleh pulak main kawin2kan kura-kura ni. kehkeh =D

9/21/2012 11:01:00 pm

@Cik Yaya

mesti sudu besi yg nipis tu kn? huhu

9/21/2012 11:02:00 pm

@Nurulee

main kawin2kan kura2? hehe

9/22/2012 01:41:00 am

selamat tak sampai kena pecah pintu kan..ken la ni lupa bawa kunci hehe

9/22/2012 11:13:00 am

@kaishin

ken yg terkunci dalam bilik.. sy yg tkunci kat luar.. ken la yg xpandai nak buka pintu ni.. hehe

9/22/2012 12:29:00 pm

haha..btol2.. ^o^

9/22/2012 05:18:00 pm

@Cik Yaya

haha.. dahsyat..

9/30/2012 07:56:00 pm

standart la tu.

10/01/2012 01:23:00 am

@TiranaAduka

tau xpe. baru je kejap tadi budak bilik depan terkena jugak.. huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...