06/09/2012

Review : Venom Suria oleh Mazni Aznita

Hari ni nak buat review satu novel yang dah lama tertangguh. Dah lama Chipmunk baca novel ni tapi baru hari ni tergedik-gedik nak buat review. 


Venom Suria oleh Mazni Aznita

Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan untuk membunuhnya. Kedua-duanya sering muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan yang mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!

Novel yang ni bukanlah novel yang jiwang-jiwang macam Adam & Hawa atau Ombak Rindu tapi berunsurkan thriller. Tapi yang ni bukan thriller sebarang thriller tapi supernatural thriller. Pendek cerita ala-ala drama seram Waris tu lah. Lebih kurang je kisahnya. Watak Marisa tu lebih kurang je dengan watak Suria. Tapi yang bezanya drama Waris ada Rashad tapi Venom Suria ada Izwan dan Nazrul. Tapi apa kaitan mereka berdua ni dengan Suria? Dan sebenarnya Izwan dan Nazrul ni memang ada kaitan pun tapi apa? Pertalian antara Suria dan Mahira pulak tak sama dengan pertalian di antara keluarga Marisa dengan Waris. Kisah sumpahan Suria ni jauh lagi complicated. Chipmunk pun tak tau nak terang macam mana. Tapi yang penting best lah, sampaikan Chipmunk tak berani nak baca malam-malam. Kalau nak tau, kena lah baca sendiri kan.

Kalau jenis yang tak suka baca novel yang jiwang-jiwang boleh lah try baca novel yang ini. Dan kalau minat baca karya-karya Ramlee Awang Murshid pun sila lah baca novel yang ni. Genre lebih kurang je. Macam Chipmunk, Chipmunk ni sebenarnya prefer novel yang macam ni compare dengan novel yang jiwang-jiwang. Tapi kalau nak try baca novel yang berunsurkan thriller ni boleh jugak try baca novel ni. Tapi bagi Chipmunk agak seram jugak lah. 


Kalau nak baca review sebuah lagi novel karya Mazni Aznita iaitu Sayangku Casper boleh klik SINI.

26 comments

9/07/2012 12:35:00 am

wah novel..memang minat ni tak kira ape citer..janji 1 hari boleh habiskan 1 buku..hehehe

9/07/2012 07:42:00 am

@azizah :)

same la kak.. janji novel, mesti akan dibaca.. hehe

9/07/2012 07:45:00 am

@Best Business Brands

thnks for helping.. =)

9/07/2012 08:58:00 am

wah macam best je ni...kena cari la novel ni.

sis suka thriller macam ni :)

Anonymous
9/07/2012 12:19:00 pm

Mesti best novel tok ;D hee

9/07/2012 02:43:00 pm

novel kmk byk nak jiwang2...
mun nak thiller ya novel RAM jak me ada... kisah Laksamana Sunan...

p/s : pandey ktk review novel... mun kmk, habis di cerita mek dr depan sampey belakang buku... hehehe

9/07/2012 06:04:00 pm

wow..novel baru kutemui..hehe..nakk stu boleyy :D

9/07/2012 06:34:00 pm

macam best je kak ^^ hehehehe

9/07/2012 07:57:00 pm

zz kalau novel thriller yg seram tu mmg awl lag dh angkat bendera putih dah.. hehe

9/07/2012 10:39:00 pm

wahh..bile bc sinopsis dier cm bole thn jgk ye cik aisya...heeee =D

9/08/2012 01:06:00 am

elie baca novel bila betul2 ada mood je. kalau takde mood, buku apa pun takkan pegang. :)

9/08/2012 12:10:00 pm

Ee kalau baca novel mesti tak habis. Ee prefer comic. hehe =D

9/08/2012 10:35:00 pm

@puteri kasih

thriller ni mcm best ckit.. byk idea2 baru.. kalau love story ni byknye klise.. huhu

9/08/2012 10:38:00 pm

@Sally Yatiey

nang best... rasa ngutik pun ada juak.. haha

9/08/2012 10:38:00 pm

@Masz Sidek

kmk mun novel jiwang on juak.. hehe.. baca jak..

9/08/2012 11:25:00 pm

@Yana Syntax

dah mmg ade satu je mcm mane? hehe

9/08/2012 11:26:00 pm

@Detective Fiqa

mmg best pun.. hehe

9/08/2012 11:28:00 pm

@Zierwa Zainal

agak seram jugak yg ni.. hehe

9/08/2012 11:28:00 pm

@Cik Yaya

mmg best pun. cuma seram je lah.. hehe

9/08/2012 11:30:00 pm

@Elie Lily

mood mmg pntg.. hehe.. minat cmne pun klau xde mood pun xjd jugak.. hehe

9/08/2012 11:32:00 pm

@Nurulee

xsuke komik.. xboleh nak berimaginasi sgt.. hehe.. terikat dgn lukisan komik tu.. hehe

9/10/2012 06:59:00 am

owh..ade msukkan unsr seram jgk ke..
seram sebb ade psl pembunh ke or 'something'..hehehehe..lau ade something xmaw la yaya bce..kang xble tido..hoho ;p

9/10/2012 10:41:00 am

shida ada lg novel xbaca..huhuh xyau la bila bpluang nk baca asik bz jerh huhuhu..

9/10/2012 11:53:00 pm

@Cik Yaya

pembunuhan oleh something.. hehe.. tu yg bace siang2 je..

9/10/2012 11:53:00 pm

@shidaR

sy ni pun sbab time cuti ni.. tu yg sempat nk bace.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...