Linut atau Ambuyat? Apa tu?


Ingat lagi buah dabai? Boleh klik SINI untuk tau apa tu dabai. Tapi hari ni Chipmunk bukan lah nak cerita pasal buah dabai ni, tapi satu lagi makanan yang ada di Sarawak.


Kalau orang Brunei ini dipanggil ambuyat, tapi biasanya kitorang panggil linut. Tapi bagi suku kaum mirek di Miri ni, kitorang panggil jalit. Chipmunk ni boleh dikatakan sebagai half mirek lah, memandangkan bapa  pulak orang melayu sarawak. Nanti lain kali Chipmunk buat entri tentang suku kaum mirek ni ye.

Berbalik pada topik asal, linut ni pada asalnya makanan masyarakat melanau tapi sekarang linut turut digemari oleh masyarakat-masyarakat lain. Dan linut atau ambuyat ni diperbuat daripada tepung sagu. Kalau nak tau macam mana tekstur linut ni, sama je macam gam. Mak Chipmunk pernah cerita, masa sekolah-sekolah dulu bila dah tak ada duit nak beli gam guna linut je la untuk gam something. Tak macam budak sekarang, beruntung tak payah nak bersusah-susah macam tu. Kalau nak cerita pasal rasa tu Chipmunk tak pandai lah, kena lah rasa sendiri. Alah, Chipmunk tau mesti ada yang terfikir macam ni "Yuck, tak ada makanan lain ke sampai nak makan benda macam gam ni?". Betul tak? Tapi percayalah, kalau dah merasa tu mesti nak lagi. Belum cuba belum tau. 

Dan dalam entry ni jugak Chipmunk akan tunjuk proses nak masak linut ni. Terlampau simple. 


Chipmunk terlupa pulak nak ambik gambar tepung sagu. Gambar kat atas ni, bila tepung tu dah ditambah air masak sikit. Kenapa perlu tambah air masak tu Chipmunk tak berapa sure. Terlupa pulak nak tanya nenek. 


Lepas tu, just tambah je air yang baru mendidih. Part ni agak crucial lah, kena cepat dan jugak kuat. Bukan sekadar cepat tapi ada teknik nak mengacau linut ni. Kalau tak, tak menjadi. Tak menjadi tu maksudnya linut tu jadi berketul-ketul, terlampau cair dan macam-macam lagi lah. Dan terus terang, Chipmunk tak akan larat nak mengacau linut ni. Selalu serahkan pada yang pakar iaitu datuk Chipmunk.


Ha, yang ni Chipmunk tengah buat sambal untuk dimakan dengan linut. Yang ni nenek Chipmunk letak mangga muda sekali. Buat pedas-pedas ni, fuhhh sedap!


Finally, siap untuk dimakan! Nampak mangkuk kecik tu? Linut dan sambal yang sedia untuk dimasukkan ke dalam mulut. Kalau ada kesempatan bertandang ke Sarawak atau terjumpa linut ni dimana-mana haruslah mencuba ye. Tak rugi.

p/s: boleh pulak terliur masa taip entry.

24 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Salah satu maknan Fav hubby..hubby org melanau..asal balik KG mesti carik maknan ni..ajak akak mkn..tapi akak tak reti..akak tgk mcm gam...ada juga belajar dgn MIL masak mende ni..tapi tak pernah menjadi.. :)

ririn aieza said...

wah..chipmunk...kite xpenah merase nak makan linut tu,...nmpak cam sedap bile da cecah sambal tuh sume..wah..nyum3..

~~oOpEt~~ said...

ritu kt rumah family angkat, diorg jamu linut.. tp pet xmkn la pula :D err.. haha.. nnti balik sna, nk try mkn la..

Sis Eiyan Azian said...

saya bangsa kedayan brunei tp x pandai makan ambuyat,,,family sy smua pandai, sy sorg sj x tau makan.. :( huhu

azizah :) said...

org sabah pon ada makan ambuyat ni.. adik akak kata sedappp.. tapi akak tak try lagi... emm benda pelik2 ni akak jarang makan..hehe

mdmZ said...

linut nang sedap....hihihi..

miss fluffy said...

pernah bc pasal ambuyat tp xegt kt blog sp..hehe emmm xpenah lg mkn...teringin gak nk try..;p

Trah Zain said...

mcm best je pedas2 ni..hehe

cikeyrah said...

alaaa..mcm sedap jek, teringin pulak nak makan linut nie ;)

babycomel said...

rasa pe eh? sbb tak pernah tengok scara real apatah lg nk merasa

puteri kasih said...

sis tak pernah try lagi..tapi member sis selalu kata sedap

MaMa Rey said...

ambuyat..sy org kadazan.dl x tahu apa itu ambuyat apalagi nak makan..bila dah kawen baru pandai makan..sedap makan dgn kuah sardin..pertama kali dengar linut..

aisya said...

@LiLy @ MumMyQiStInA

akak try la makan.. sedap! hehe.. tu la kak.. susah betul nak buat.. even mak pun, kdg2 jadi kdg2 x.. huhu..

aisya said...

@ririn aieza

mmg sedap pun.. lg2 buat cecah sambal yg pedas2.. hehe

aisya said...

@~~oOpEt~~

try la mkn nanti... sedap.. hehe

aisya said...

@Sis Eiyan Azian

la, nape pulak? rugi tau.. =)

aisya said...

@azizah :)

suruh la hasben akak bawa dari sabah kak.. jgn tak merasa.. hehe

aisya said...

@miss fluffy

nanti kalau ada terjumpa kt mana2 try la.. rugi kalau tak try.. hehe

aisya said...

@cikeyrah

meh la dtg sini.. hehe

aisya said...

@babycomel

tak reti nak explain macam mana rasa dia.. kena rasa sendiri.. hehe

aisya said...

@puteri kasih

sis kena dtg sini la.. boleh try makan linut.. hehe..

aisya said...

@MaMa Rey

1st time pulak dengar makan dengan kuah sardin.. kitorang panggil linut.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...