03/07/2012

Review : Curi-Curi Suka oleh Liyana Zahim


Entri ini dah lama Chipmunk nak buat, tapi apa kan daya mood tak sampai-sampai. Hilang mana entah. Disebabkan kali ni idea kering kontang tak tau nak update pasal apa, korek-korek beg ternampak pulak novel-novel yang  susun dalam almari lagi lalu teringat yang ada lagi 2 buah novel yang Chipmunk beli masa PBAKL april lepas Chipmunk tak review lagi.

Cukup dengan intro panjang dan merapu tu. Kali ni Chipmunk nak review novel Curi-Curi Suka oleh Liyana Zahim, seorang penulis novel yang juga merupakan seorang blogger. Dan ini adalah novel ketiga karya Liyana Zahim yang ada dalam simpanan Chipmunk. Tapi before tu, Chipmunk bagi sinopsis dulu ye. 


Curi-Curi Suka oleh Liyana Zahim

Walaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah.

Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!

'Malapetaka' makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Rupa-rupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. 

Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintainya itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi itu seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang behak dikasihinya. 

Novel ni Chipmunk boleh bahagikan pada dua part (suka hati je nak bahagi-bahagi kan?) iaitu before dan after. Untuk part yang pertama tu agak santai, kelakar dan Chipmunk rasa comel je jalan ceritanya. Pendek cerita memang kalau baca boleh senyum dan gelak sorang-sorang lah. Tapi part yang kedua tu, jalan ceritanya macam agak berat sedikit. Biasalah, konflik itu, konflik ini semua muncul kan? Rasa kesian, sebak semua bercampur baur. Silap-silap boleh menangis macam orang frust menonggeng tau. Tapi peralihan dari part satu dan part dua tu Chipmunk rasa sweet pulak. Bagi yang dah baca faham rasanya faham apa yang Chipmunk sampaikan ni. 

Tapi kalau nak tau siapa yang Wisya pilih antara Daniel, Ezroy ataupun Ezril (kembar Ezroy) kena baca lah novel ni. Dan siapa orang yang tak disangka-sangka yang menjadi dalang disebalik semua kejadian buruk yang menimpa Wisya? Ha, apa pulak yang berlaku kat Wisya ni kan? Yang tu, kena lah baca sendiri ye.

Review novel Sekebun Bunga Cinta oleh Liyana Zahim, klik SINI.

Lepas ni nak review novel yang di bawah tu pulak. Boleh teka novel apa?

p/s: Dengar-dengar kak Liyana tengah siapkan manuskrip untuk novel keempat. Good luck and all the best ye kak! =)

24 comments

7/03/2012 12:25:00 pm

Mcm best jalan cerita ni..
Mesti dia pilih Ezrilkan.. :)

7/03/2012 12:40:00 pm

macam best je sinopsis dia.. suka jgk bc novel.. huhu

7/03/2012 01:08:00 pm

hehe.. menarik pula novel ni.. tp pet xleh baca novel.. nnti pet tido :D

rasanya aisya suka novel awang murshid tu kn.. mesti next review dri penulis tu :D

7/03/2012 04:38:00 pm

mcm best je sinopsis novel ni..hehe dh lm sy xbc novel..;p

7/03/2012 06:25:00 pm

TQVM my sweety.. U always make me tharu.. InsyaALLAH yg ke 4 tahun dpn lak kalau alaf aprove manuskrip yg tgh tulis ni.. May ALLAH bless u n ur loved ones.. Amiin :)

7/03/2012 06:55:00 pm

akak, novel ni best ke?

7/03/2012 07:40:00 pm

mcm best...ada ternampak dlm majalah n0vel ni..:)

7/03/2012 10:59:00 pm

bestnya... nak beli jugak lah..hehe

7/04/2012 12:49:00 am

baru ptg tadi sis gi shopping novel dan terjumpa novel ni...hehe

7/04/2012 02:39:00 pm

mesti ezroy yg jadi pilihan kan..biasanya yg dibenci tu la yg melekat di hati hehe

7/05/2012 10:43:00 pm

@LiLy @ MumMyQiStInA

hehe.. sape ye?

7/05/2012 10:44:00 pm

@NURULHANIF

best2! =)

7/05/2012 10:45:00 pm

@~~oOpEt~~

novel RAM dh habis baca sume la pet.. novel lain plak ni. hehe

7/05/2012 10:47:00 pm

@miss fluffy

best.. try la bace.. hehe

7/05/2012 10:49:00 pm

@Liyana Zahim

hehe.. same2.. akak, novel baru kuar roger2 ye..

7/05/2012 10:49:00 pm

@FaLya

best.. try la bace.. =)

7/05/2012 10:50:00 pm

@Alynn Nyzaa

memang best pun.. =)

7/05/2012 10:50:00 pm

@azizah :)

beli jangan tak beli kak jijah.. hehe

7/05/2012 10:51:00 pm

@puteri kasih

sis beli tak?

7/05/2012 10:52:00 pm

@kaishin

selalu mmg mcm tu la kan? hehe

7/06/2012 12:32:00 am

macam best je...nak beli novel ni la lepas ni...:)

7/07/2012 12:24:00 am

@-imah-

mmg best! =)

12/06/2013 09:04:00 am

novel ni bes sgt <3

1/01/2014 01:18:00 pm

@ku nur zawani

yup2
hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...