30/04/2014

Thanks Mr. Nufffnang : KFC Zinger Reloaded

Nak membebel kejap dengan line Maxis kat area rumah Iolls ni. Ya Allah, menguji kesabaran sungguh. Chipsmore agaknya. Internet tak payah cakap lah. Dah la menyiput. Sebab tu lah blogwalking dalam masa sejam paling banyak pun 3 blog je yang mampu I singgah. Orang lain blogwalking guna gear 5 dah, Iolls baru tekan clutch nak masuk gear. Memandangkan Iolls ni menyewa dan duduk sekali dengan tuan rumah, keputusan di tangan tuan rumah. Takkan lah I pulak yang terhegeh-hegeh nak itu, nak ini kan. Sampai masa nanti siap lah Maxis. Memang diduakan lah dengan yang lain. 

Er, sorry. Terbebel lebih pulak. Tak sangka sebenarnya bila buka Nuffnang, tengok-tengok ada CPUV baru. I punya rutin blogging berbulan-bulan ni kelaut dengan banyaknya. Tak expect pun akan menyangkut jugak CPUV. Tapi alhamdulillah, rezeki.


KFC Zinger Reloaded

Dah lama sebenarnya teringin nak rasa KFC Zinger Reloaded ni. Tapi sampai ke hari ini hajat masih lagi belum kesampaian. Bila dapat CPUV KFC Zinger Reloaded, membuak-buak pulak rasa nak mencuba. Ada jugak lunch hour nanti perempuan ni pergi KFC cari Zinger Reloaded. Nasib baik lah ada KFC yang dekat dengan office Iolls ni. 

Terima kasih buat Nuffnang dan juga KFC. Tidak lupa juga terima kasih ye buat uolls yang ringan-ringan jarinya itu. Hiks. 

29/04/2014

Cuci Mata Tengok Gambar

Pening lalat tengok data. Hujung bulan start la report melambak- lambak nak kena settle. Nak taip entri autopublish pun tak mampu. Jadi buka instagram kejap cuci mata tengok gambar. Gambar makanan, gambar pemandangan, gambar wedding.

Cakap pasal gambar wedding, teringat satu gambar yang I snap masa kat wedding kawan ahad lepas.


Comel je budak ni. Mulut comot dengan aiskrim. Dongak atas macam tengah memikirkan masalah dunia je. Pandang apa lah agaknya tu.

Okay dah. Dah cukup masa berfoya-foya. Mentang-mentang boss keluar meeting, department kosong. Perempuan ini pun rasa senang hati je nak goyang kaki. Ish ish ish. 


28/04/2014

Transcendence

Sabtu lepas pergi tengok wayang dengan En. Barney. Actually tak plan pun. Punya la jauh pergi tengok wayang sampai ke Alamanda Putrajaya. Sebab dah alang-alang dan pergi somewhere (yang ini later Iolls cerita). 

Sampai-sampai GSC Alamanda, google-google kejap sebab nak tengok movie mana yang rating tinggi sikit baru beli. Last-last tengok movie Transcendence sebab En. Barney kata, I mesti nak tengok aktor favourite Iolls, Johnny Depp



Dr. Will Caster (Johnny Depp) merupakan penyelidik Artificial Intelligence dan salah seorang pasukan saintis yang berusaha untuk mencipta sebuah mesin yang Caster namakan sebagai Transcendence. Dalam sebuah majlis, Will Caster telah ditembak oleh ahli kumpulan extremis yang menentang teknologi. Biarpun Will Caster terselamat, peluru yang disaluti elemen radioaktif menyebabkan organ-organ penting dalam badannya berhenti berfungsi dengan perlahan-lahan. Dengan menggunakan processor kuantum projek P.I.N.N, Evelyn Caster (Rebecca Hall) berjaya 'menghidupkan' semula suaminya. Akan tetapi dalam bentuk digital. Persoalannya, adakah Will Caster yang hanya boleh dilihat disebalik skrin itu betul-betul Will Caster yang sebenar ataupun hanyalah sebuah ciptaan manusia yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap manusia sendiri?
Evelyn Caster

Honestly, I rasa movie ni sedih sebenarnya. Tapi sayang, jalan cerita agak slow jadi plot nya nampak mendatar. Kalau touch up sikit jalan cerita, cerita ni boleh jadi sangat sweet dan sangat sedih. Story line dah menarik dah. Memang lain dari cerita lain. Kurangnya movie ni sebab ceritaya agak slow, so penonton jadi bosan. But Iolls tetap suka. Kalau suntik sikit lagi pada jalan ceritanya, I rasa Iolls boleh nangis tengok cerita ni kot. Will Caster benar-benar 'hidup' ataupun itu hanya mesin semata-mata? 

Biarpun agak slow, tak ada lah rasa macam tak berbaloi je tengok. Not bad lah. Cuma bagi yang tak minat movie yang bergenre Sci-Fi mungkin kurang berminat tengok movie-movie begini. Haish, sayang pulak slow. Kalau tak, mesti best gila kot movie ni. Secara peribadi, I bagi 6.3/10 untuk Transcendence

Gambah Ehsan Pakcik Google

27/04/2014

Selamat Empat Tahun!

Pejam celik, pejam celik. Genap empat tahun sudah. 

Buat kali yang seribu dan satu dinyatakan di sini, bahawasanya perempuan ini bukan lah seorang manusia yang jiwang mahupun romantik. Biarpun baca juga novel cintan cintun penuh bunga-bungaan, skip pages adalah perkara wajib. Sebab itu lah novel-novel Ramlee Awang Murshid lebih sebati dengan jiwa.

Kata ganti diri. 
Baby? Bie? Whatever lah yang sewaktu dengannya. Maaflah, Iolls geli dengan panggilan-panggilan sebegitu. Saya dan awak itu bunyinya lagi manis bergula. Sayang itu bukannya diukur hanya pada panggilan semata-mata bukan?

Oh, siapa kata bercinta kerana aiskrim Cornetto itu hanya iklan semata-mata. Terima kasih aiskrim Cornetto

En. Barney, bila nak belanja yang ini pulak? (sumber : Google)

Pakcik Gemuk, Happy 4th Anniversary lah. Semoga mampu menguruskan diri dengan jayanya supaya saya boleh panggil awak Pakcik Kurus pulak. 

Jujur, couple dengan En. Barney bukan sebab jatuh hati dekat dia pun sebenarnya. Tapi sebab rasa selesa. Sayang itu datang kemudian. Siapa kata sayang itu tak boleh dipupuk?

p/s : soalan-soalan cepukcemas sila tanya direct kat En. Barney sebab Iolls pun senang menunggu jawapan untuk soalan yang sama. Ehem. 

26/04/2014

Sabtuday

Sabtuday.

Hari bermalas-malasan sedunia. 

Ditambahkan lagi dengan catuan air dua hari. Makin bertambah malas. Nasib baik rumah ni duduk berdua saja. Iolls si penyewa dan juga kakak cantik si tuan rumah. Toilet sorang satu makanya tangki pun sorang satu. Tak perlu susah-susah nak cari baldi berlemon-lemon, takung air guna tangki terus. Alhamdulillah, cukup lah untuk dua hari. 


Setiap pagi atau petang mesti ada je nampak orang jogging kat taman sebelah blok. Kadang-kadang anjing pun join tuan dia jogging sekali. 


Ada orang hari Sabtu adalah hari untuk tidur. Hari untuk bangun lewat sikit berbanding kebiasaan. Tapi kalau macam Abang E'el, setiap hari setiap masa adalah hari tidur. 

Sabtuday. Malas nak buat entri, malas nak buat apa-apa.  Nak sambung tidur pun bukan boleh. Dan terjaga bukan boleh tidur balik. Dan hasilnya ini lah, kemerepekan tanpa hala tuju. 


Cik TengTeng dan Abang E'el macam ini lah perangai. Mula-mula bukan main lagi, lepas tu bila dah mula bertepuk tampar, tak lama kemudian berkejaran pulak. Gelas yang tersusun cantik je atas meja dapur, esok pagi dah berkecai dah atas lantai. Siapa lagi kalau bukan Cik TengTeng dan Abang E'el punya kerja. Malam-malam bila semua dah tidur, start lah si bulus tu memulakan operasi kejar-mengejar tu. Ish, ish, ish. 

So, apa plan uolls untuk hari ini?

p/s : hari ini cuba untuk jenguk peserta-peserta giveaway. 

25/04/2014

Salam Jumaat #2

Daripada Abu Hurarirah r.a, Rasulullah SAW bersabda, 

"Barangsiapa ditanya tentang sebuah ilmu lalu ia menyembunyikannya, nescaya Allah akan mengikat mulutnya dengan tali kekang dari api neraka pada hari kiamat."

(Hadis riwayat Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban, Ath-Thayalisi, Ibnu Abi Syaibah, Al-Baghawi dan Hakim)

Sumber : Google

24/04/2014

ALDO, Khas buat Si Penggila Kasut

Siapa yang suka shopping kasut kat sini sila angkat tangan? Boleh lah geng dengan Iolls. Pantang nampak kasut cantik mula lah meroyan nak beli. Sebab tu lah selalu kena bebel dengan En. Barney, kasut dah seguni masih lagi nak beli lain. Haish.

So for those yang memang gila kasut mesti dah pernah dengar tentang ALDO bukan? Bagi yang tak pernah dengar tu boleh lah Iolls introduce sikit. Kot-kot lah nanti terjatuh hati pulak kan.


Aldo merupakan antara salah satu jenama terkenal di Malaysia yang sebenarnya sebahagian daripada syarikat besar daripada Kanada, dikenali di seluruh dunia sebagai syarikat yang mengendalikan store kasut dan aksesori. Selepas menempuh nama di peringkat antarabangsa, kini mereka boleh berbangga dengan adanya hampir 1600 store di bawah empat jenama retail dan salah satunya sudah semestinya Aldo Malaysia.

Kemuncak populariti mereka dikecapi pada tahun 2012 apabila bekerjasama dengan Ratu Pop dunia Madonna untuk keluaran fesyen eksklusif bersama penyanyi terkenal itu. Perjalanan meluaskan pengaruh kemudiannya menjadi lebih mudah selepas menempa kejayaan besar tersebut. Nama mereka sebagai pengeluar kasut untuk pasaran dunia dengan kualiti yang cukup tinggi serta rekaan menarik telah berjaya menambat hati para pembeli.


Beli kasut Aldo daripada seleksi rekaan dan stail terkini yang menggabungkan gaya moden dan klasik. Mesti uolls akan nampak stylish sewaktu berjalan di khalayak ramai dengan sepasang kasut tumit tinggi daripada Aldo untuk wanita. Vogue gitu, bila lagi nak feeling-feeling retis kan. Manakala untuk lelaki pulak, pastinya kasut kulit lace akan menjadi pilihan sama ada untuk aktiviti kasual mahupun ke pejabat. Aldo menawarkan kasut yang bermutu tinggi untuk kedua-dua lelaki dan wanita yang mana pastinya menepati keperluan serta personaliti anda.


Bagi yang complete package of kaki shopping online dan kaki shopping kasut, Iolls ada cadangan yang best punya untuk uolls. Senang je, layari website Zalora and try usha barangan keluaran Aldo. Lebih baik kalau uolls rembat satu dua pulak lepas tu. Nak borong sampai 10 pun boleh, tak ada siapa nak halang pun. Ada pelbagai barangan Aldo yang uolls boleh cuci-cuci mata tengok kat website Zalora tu. Klik mouse je nak apa. Kasut, bags, wallets, sunglasses, topi, aksesori dan macam-macam lagi lah. Semua ini boleh didapati dengan harga yang cukup berpatutan! Sekarang tak main dah petik-petik jari, klik mouse je. Teknologi dah makin maju katanya.

So tunggu apa lagi? Cepat-cepat pergi website mereka dan dapatkan segala macam info especially koleksi Aldo terbaru. Ada juga disediakan procedure pembelian online yang cukup mudah dan selamat. Malah dalam masa yang sama anda pastinya dapat berjimat kerana penghantaran di Zalora boleh didapati secara percuma! Jom shopping online!

Jom join Iolls jenguk-jenguk apa yang ada di sana.

23/04/2014

Wordless Wednesday : #NowReading - Quantum


22/04/2014

Gaya Tidur Seekor E'el

Dah lama tak story-story pasal Abang E'el dan Cik TengTeng kan. Rindu pulak nak bermain dengan si bulus debab lagi gemuk dua ekor tu. 

Berapa hari lepas Mak I ada whatsapp gambar Abang E'el tengah tidur. Tidur je kerja, mana tak makin gemuk. Lemak berjaya disimpan dengan jayanya. Bangun tidur je lapar, dah kenyang makan, sambung tidur balik. Bahagia je hidup makan tidur saje.

Gaya 1

Gaya 2 

Gaya 3

Ini baru 10% dari keseluruhan gaya tidur yang ada. Dari pagi sampai petang kalau Abang E'el ni tidur, memang macam-macam posing dia tunjuk kat kita. Saja nak bagi orang geram tengok!

21/04/2014

Blues Hari Isnin

Pada asalnya tak mood nak menaip entri. Bukan apa, dengan internet yang kian menyiput. Kalau menyiput dapat hasil siput sedut satu bucket tak apa lah jugak. Boleh buat masak lemak. Tak gitu? Oh, term menyiput Iolls cipta sendiri bila internet ni makin hari makin lambat, lebih lembab dari siput. Dah habis quota haruslah lembab rasa macam nak maki je kan. Eh, sabar, sabar. 

Blues hari Isnin bukannya sebab rasa malas nak pergi kerja after cuti sehari weekend ni. Cuti sehari gara-gara workshop satu hari sabtu lepas. Tapi tak kisah lah, dapat banyak input. Dan yang penting, office belanja Nando's tu untuk lunch. Take note di sini, jangan pulak uolls suruh I rajin-rajin pergi kerja pulak. Baca betul-betul ya rakan-rakan. Iolls pukul 7.45 pagi lagi dah sampai office biarpun office hour start pukul 8.30 pagi dengan jarak rumah dan office hanya 15 minit je. Better sampai office awal daripada masuk lambat. Sharp pukul 8.30 boleh start kerja. Tak perlu lah time tu baru terhegeh-hegeh nak breakfast, nak kemas ini lah, nak kemas itu lah. Sebab I jenis yang tak suka kelam kabut pagi-pagi sebab nak kejar masa. 

Tiga bungkus nasi lemak M&M's. Eh?

Blues hari Isnin sebab I tiba-tiba rasa tak ada mood sebab nak jenguk rakan-rakan blogger pun payah. Nak jenguk peserta-peserta Giveaway pun tak menyempat lagi. Sekarang ni cuma subscribe pelan data Maxis cuma. Dah la area rumah Iolls ni line Maxis nan hado sikit. Macam Chipsmore je. 

Sekarang ni tengah berkira-kira sama ada nak ambil broadband atau tidak. Sebab kakak housemate pun tengah berkira-kira sama ada nak pasang internet atau tak kat rumah. Belum ada kata putus lagi. So buat masa sekarang terpaksa lah bersabar dengan internet yang menyiput. Blues hari ini, esok dan entah sampai bila. 

p/s : tiba-tiba rasa cuti weekend sehari tak cukup pulak. Haish perempuan ni. Cuba lah bersyukur sikit. Ada jugak cuti sehari untuk keluar dating. Eh.

20/04/2014

Sunan Nanggroe Sang Kembara - Ramlee Awang Murshid

Busy sikit beberapa hari ni. Tak sempat nak blogwalking, tak sempat nak taip entri. Sebab tu semalam suruh En. Barney yang update blog. Plus semalam ada workshop sampai pukul 5.00 petang. Rasa penat bukan main lagi sampai beberapa hari ni, pukul 9.00 malam Iolls dah berbungkus atas katil dengan selimut dan berdengkur. Except, berdengkur tu bukan nature I lah. Ehem. Awal betul tidur, padahal kerja tak banyak sangat pun. Quaterly report, monthly report semua dah settle dan hantar. Penat tak banyak kerja kot agaknya. 

Er, dan sememangnya dah nature I suka melencong dulu sebelum ke topik yang utama. Maaf, maaf.

Actually dah lama dah habis baca novel yang ini, tapi tak berkesempatan nak buat entri. Sunan Nanggroe Sang Kembara ini merupakan novel yang terbaru dan novel yang ketujuh bagi siri novel Laksamana Sunan. 


Sunan Nanggroe Sang Kembara
Ramlee Awang Murshid

Dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifuddin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifuddin diangkat menjadi anak asuhan Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan. 

Ajaran Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggan persilatan. 

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menyusup ke Bumi Aceh hanya satu tujuan - membunuh Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh dari serangan Kerajaan Pulau Utara. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu mensasarkan Saifuddin dalam perjuangannya. Membunuh Saifuddin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi. 

Engku Aminah, anak kerabat Istana Pagar Ruyong yang rupawan mula jatuh kasih pada Saifuddin biarpun dalam tempoh yang singkat. Malangnya, Ratna menjadi batu penghalang. Ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.
Kisah ini adalah kisah permulaan. Permulaan seorang Laksamana Sunan. Suka duka hidup sang perantau yang banyak likunya. Apa yang menyebabkan dan bagaimana Saifuddin sedikit demi sedikit berubah menjadi Laksamana Sunan, seiring dengan masa. Novel Laksamana Sunan kali ini lain sedikit daripada novel-novel yang terdahulu. Terutamanya dari segi karakter watak Saifuddin itu sendiri. Juga diceritakan mengenai permulaan seorang Ratu Sulaman, pertemuan pertama di antara Ratna dan Saifuddin, dan permulaan kisah Luna dan Saifuddin. 

Memang terasa kelainan novel Sunan Nanggroe Sang Kembara ni berbanding novel-novel lepas. Banyak persoalan yang masih tak terjawab lagi dalam novel ini. Kena tunggu sambungan novel yang seterusnya lah. Haish, tak sabar pulak nak tunggu sambungannya.

19/04/2014

Yamaha FZ150i 2014

Buat peminat motorsikal jenis street naked, Yamaha telah melancarkan motorsikal FZ150i yang terbaru. Motorsikal ini mempunyai kapasiti enjin 150cc (sama macam FZ150i versi lama) tetapi mempunyai reka bentuk yang berlainan sedikit dan rasanya lebih menarik.

Harga bagi motorsikal ini adalah RM8,538 (tanpa insuran) dan bagi aku harga motorsikal ini boleh tahan la. Nasib baik lah aku baru je beli motorsikal bulan Oktober tahun lepas. Kalau takda motorsikal lagi, memang dah beli dah.

Fz150i versi lama

Fz150i 2014




Fz150i aku


Sumber : wemotor dan Google



18/04/2014

Perkara yang Merosakkan...

Rasulullah SAW bersabda, "Jauhilah dari kamu tujuh perkara yang merosakkan (As-sab'u Al-muqibat)."

Para sahabat bertanya, "Apakah gerangan ketujuh perkara yan merosakkan tersebut, wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Iaitu menyekutukan Allah, sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali secara hak, memakan harta riba, memakan harta anak-anak yatim, lari bila masa peperangan (mempertahankan agama Allah) berkecamuk, dan menuduh zina gadis-gadis mukminah."

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. 

sumber : Google

Sumber : Ar-Raudhah, Karya Bestari. 

17/04/2014

Spontaneous Thursday : Tunggu

Andai boleh dikhabarkan, 
Biar semuanya ketahuan, 
Tawa kegembiraan,
Kongsi-kongsikan.

Gatal mulut nak cakap-cakap,
ringan jari nak taip-taip,
Tapi, 
Kunci mulut, 
Ikat jari.
Tunggu dulu, 
Biar masa yang menghebahkan. 

Sumber : Google

p/s : Wink-wink

16/04/2014

Wordless Wednesday : PBAKL 2014


15/04/2014

Berita Gembira buat Peminat Anime Fairy Tail!

Sini aku nak mengkhabarkan yang Fairy Tail season baru dah keluar. Yeah! Punya lama nak tunggu season baru keluar. Setahun jugak kot. 


Rasanya  ramai juga yang follow anime ni kan. Untuk episod pertama Fairy Tail ini memang tak mengecewakan walaupun terpaksa tengok balik previous episode sebab nak ingat balik jalan cerita macam mana. 

Jadi siapa-siapa yang baru tahu Fairy Tail season baru ni dah keluar, pergi cari cepat-cepat. Memang best lah. Tak rugi tunggu lama-lama. Kalau tak tahu kat mana nak download anime ni, boleh download Fairy Tail di SINI.

Download Fairy Tail

Selamat menonton!




Sumber gambar : Google

14/04/2014

Lipton Pear & Peach Ice Green Tea

Semalam, En. Barney ajak ke kenduri kahwin member dia. Janji datang jemput I kat rumah pukul 12 tengahari. Tapi 20 minit before 12 noon lagi dah sampai. Cepat-cepat sarung tudung dan dengan ekspresnya touch up make up, sana sikit, sini sikit, sapu lipstick. Ok dah, selesai. Capai heels, terus kunci pintu dan pagar rumah. Alamak, terlupa sesuatu. Terpaksa masuk rumah semula. Beberapa langkah lagi nak sampai kereta, selongkar-selongkar handbag baru perasan ada lagi barang yang tertinggal dan naik lah semula ke tingkat 2. Habis cair make up Iolls turun naik tangga tengahari buta. 

Sebelum En. Barney gerak tu sempat lah pesan suruh belikan Iolls Egg Tart sedap. Before nak ke destinasi yang dituju sempat lah melantak egg tart seketul. Egg tart seketul tanpa air memang mengundang kecelakaan. Tersedak, tercekik dan semua yang sewaktu dengannya. Cepat-cepat suruh En. Barney singgah Petrol Station yang terdekat. 

Kebiasaannya kalau singgah kat mana-mana nak beli air ni, baik 7E, ataupun kat Petrol Station, Iolls akan cari Lipton Ice Tea (Red Tea). Tapi semalam, masa tengah cari-cari botol Lipton Red Tea nampak satu botol yang I tak pernah tengok before ni. Mungkin produk terbaru dari Lipton agaknya. 


Lipton Pear & Peach Ice Green Tea

Tak pernah tengok pun sebelum ni. Sebab tu lah capai sebotol sebab nak rasa sedap tak. Well, perfect blend of rasa manis, masam dan pahit teh hijau. Sedap! Pear and Peach satu kombinasi yang menarik. Tambah lagi dengan Green Tea, memang I double triple suka lah. Cuma kalau ada yang less sweet tu lagi best. Tapi yang ini pun tak ada lah manis sangat pun sebenarnya. Hiks.

13/04/2014

Senarai Hadiah 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney

Setelah beberapa hari 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney ini berlangsung, Iolls tak officially announce lagi hadiah-hadiah yang sedang menanti uolls semua. Seperti yang I katakan sebelum ini, masih berkira-kira lagi nak tambah hadiah. So semalam, sempat la capai something cute untuk dijadikan hadiah. Hadiah biasa-biasa je pun, lagi-lagi sponsor sendirian berhad ni kan. 

Bracelet

Keychain

Cute Ladybird Magnet. 

Senarai Hadiah

Hadiah Utama :
Bracelet (2x) + Keychain x 2 pemenang

Saguhati :
Keychain x 5 pemenang
Ladybird Magnet x 8 pemenang
Secara totalnya Iolls mencari 15 pemenang bertuah. Siapa tahu mungkin anda di antara 15 blogger bertuah tu kan. Hiks. 

Yang tak join lagi boleh lah KLIK SINI
Bagi yang dah hantar URL penyertaan boleh KLIK SINI untuk semak nombor bertuah anda. 

Tarikh Tutup : 11 May 2014

12/04/2014

Migrain dan Al-kisahnya.

Oh migrain sedang melanda sebenarnya. Tapi masih lagi meneruskan sesi taip-menaip entri. Sambil-sambil tu update list peserta GA. Nak menjengah blog para peserta tak mampu lagi. Terpaksa hold dulu. Ha, yang tak join lagi 3rd Anniversary Giveaway boleh lah join cepat-cepat sebelum 11th May nanti. 

Berbalik semula kepada topik utama kita, migrain. Kalau migrain dah melanda, memang rasa nak terbaring atas katil dan tidur je. Pernah sekali migrain menyerang masa tengah drive malam-malam. Silau lampu menyebabkan I mampu drive 40 km/h je kat highway. Maaf lah, time tu memang gigihkan diri jugak drive sampai rumah. 

sumber : Google

Iolls sempat lah google sikit apa sebenarnya punca yang menyebabkan migrain ini. Mungkin ada lagi causes yang lain tapi antaranya adalah :-

Alahan dan tindakbalas alahan.
Lampu yang terang, suasana yang bising dan haruman atau bau yang tertentu.
Tekanan emosi dan fizikal.
Perubahan corak tidur atau tidur yang tidak teratur.
Merokok atau terdedah kepada asap rokok.
Makan yang tidak teratur.
Alkohol.
Perubahan hormon.
Makanan yang mengandungi tyramin, MSG dan nitrat.

Menurut Dr. Robert Sheeler, kekerapan migrain boleh dikurangkan dengan mengubah gaya hidup anda. Ini termasuk lah :- 

Tidur yang mencukupi.
Mengurangkan tekanan.
Minum banyak air masak.
Mengelak pengambilan makanan tertentu.
Melakukan senaman fizikal dengan lebih kerap.

Kalau uolls nak baca lebih lanjut mengenai apa itu Migrain? Simptom migrain atau macam mana untuk merawat dan mencegah penyakit migrain, uolls boleh baca kat SINI. Iolls dah tak larat nak extract satu-satu. Pening. 

p/s : Terima kasih Blogger Sally sebab bagi Iolls TopUp RM5 sebab menjadi salah seorang blogger bertuah dalam segmen INI

Sumber : INI

11/04/2014

Salam Jumaat : Hawa, Wanita Pertama di Syurga

Allah SWT memberitahu kemuliaan yang diberikan kepada Adam selepas Dia menyuruh malaikat bersujud kepada Adam. Maka Allah memerintahkan Adam untuk tinggal di syurga, makan dan minum sepuasnya. 

Abu Dzar r.a bertanya, "Apakah Adam itu seorang nabi?"

Nabi Muhammad SAW menjawab, "Ya, dia seorang nabi dan rasul yang berbicara langsung dengan Allah, iaitu ketika Allah berfirman '...Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga...'"

Adam AS sudah terlebih dahulu tinggal di syurga, lalu Hawa diciptakan sebagai wanita pertama untuk menemaninya seperti perintah Allah SWT. Pada suatu ketika, iblis berjaya menggoda mereka. Lalu turunlah perintah Allah untuk mengeluarkan Adam dan Hawa keluar dari syurga kerana melanggar perintah-Nya

Ibnu Mas'ud dan beberapa orang sahabat berkata, Iblis diusir dari syurga sedangkan Adam AS ditempatkan di syurga. Adam pun berjalan-jalan kesunyian di syurga. Tiba-tiba dia tertidur. Ketika bangun, Hawa telah berada di sebelahnya untuk tinggal bersamanya. Kemudian, Hawa ditegur oleh Adam, "Siapakah engkau?" Hawa menjawab, "Saya seorang perempuan." Kemudian ditanya lagi, "Untuk apa engkau diciptakan?" Hawa menjawab, "Untuk tinggal bersama engkau di syurga." Malaikat ingin mengetahui ilmu Adam lalu bertanya, "Siapakah namanya wahai Adam?" Adam menjawab, "Hawa." Kemudian ditanya lagi, "Kenapa Hawa?" Adam menjawab lagi, "Kerana dia diciptakan daripada benda hidup."

Sumber : Google

sumber : ar-Raudhah, Karya Bestari.

10/04/2014

Senarai Peserta 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney

First of all, terima kasih buat uolls yang dengan pantasnya meringankan jari untuk copy paste code yang I sediakan dalam entri Giveaway yang INI. Boleh semak link penyertaan anda dan anda dalam senarai di bawah ini. Kalau tak ada URL entri dan blog uolls sila bagitau ye, sepasang mata Iolls dengan bantuan sepasang 'mata' extra mungkin terlepas pandang agaknya. 

1. http://aswanazmy.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
2. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
3. http://coratcoretnurul80.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
4. http://newhusnayusof.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
5. http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
6. http://norminieza.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
7. http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
8. http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
9. http://ssurianahyana.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
10. http://sayangsyeeda.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
11. http://yangbaik.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
12. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
13. http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
14. http://wheniaminyourthoughts.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
15. http://isyapurple.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
16. http://syahiraceri.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
17. http://ohmysecondblog.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
18. http://jantungk.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
19. http://adna2029.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
20. http://manislolipop47.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
21. http://dramaticyang.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
22. http://qileh.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
23. http://www.diyanahani.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
24. http://sheerachocolate.blogspot.com/p/3rd-anniversary-giveaway-by.html
25. http://anaktayah.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
26. http://sallyadan.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
27. http://www.mizzaiza.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
28. http://cikmiew.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
29. http://tieffa19.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
30. http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
31. http://tentangyaya.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
32. http://www.mycherita.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
33. http://www.kisahsidairy.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
34. http://notaonlinesimamaqayyum.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
35. http://zenithiman.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
36. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
37. http://myimpiannaad.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
38. http://soon-2be-mrs.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
39. http://www.puterikasih.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by-chipmunkandbarney/
40. http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
41. http://www.ayuinsyirah.my/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
42. http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
43. http://aswadz.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
44. http://amirahamer.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
45. http://kaktusoren.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
46. http://kecekkira.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
47. http://myblogsantai.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
48. http://acikidah.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
49. http://gadishatikeringg.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
50. http://ciknunaberblogger.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
51. http://jombercontest.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
52. http://umikasum.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
53. http://chenachenis.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
54. http://mamamursyid.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
55. http://msermzni.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
56. http://bluepinkiey.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
57. http://atiqahamelya.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
58. http://sahbanu-mulaan.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
59. http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
60. http://rabiabiz79.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
61. http://amirkhalis.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
62. http://blogkusuperstar.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
63. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
64. http://macammacamcite.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
65. http://aliaadzam.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
66. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
67. http://intan-heartypewriting.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
68. http://cenderahation9.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
69. http://mybloggieintan.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
70. http://akuayut.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
71. http://dorayakino.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
72. http://mummysupplementshop.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
73. http://slaveofthealmightyallah.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
74. http://muhdfadil01.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
75. http://www.mamaniza.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
76. http://realiticikpin.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
77. http://mimbarhatiku.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
78. http://ceriteracintadia.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
79. http://tiefiqs34.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
80. http://thelilaein.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
81. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
82. http://mardiahdiana.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
83. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
84. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
85. http://intansaffyna.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
86. http://meomaikawaii.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
87. http://iedyaabdullah.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
88. http://nasuhanass.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
89. http://lolipopopo.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
90. http://anemzahar.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
91. http://aniesaahmad.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
92. http://geeazielove4eva.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by_27.html
93. http://kakyongzatie.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
94. http://blogjoingiveawaycontest.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
95. http://frxhain.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
96. http://fie-mi.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
97. http://thecutepurpleprincess.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
98. http://muslimahad-deen.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
99. http://asha-hana.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
100.http://darikacamataseorangwanita.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html
101. http://conan2657.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
102. http://izzahyukiko.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
103. http://idreyldreams.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
104. http://sweetmissfifi.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
105. http://www.duniashida.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
106. http://lovehim30.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
107. http://supernaddyss.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
108.http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
109. http://merahsitulip.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
110. http://i-ezzaen.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
111. http://aspireangel.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
112. http://thesupersomething.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
113. http://myraazmee.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
114. http://smileymiya.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
115. http://lovebluecloudly.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
116. http://nadcontestandgiveaway.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
117. http://impossibletothinknow.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
118. http://aimiathifah15.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
119. http://yuyuiiajer.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
120. http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
121. http://zyeerazan.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
122. http://littlestory-in-smallworld.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
123. http://www.striderbuzz.com/2014/05/1408-3rd-anniversary-giveaway-by.html
124. http://husnazahidi.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
125. http://adriana-contestga.blogspot.com/2014/05/3rd-anniversary-giveaway-by.html
126. http://nanakimie.blogspot.com/2014/04/3rd-anniversary-giveaway-by.html

Masing-masing boleh tekan Control + F dan taip URL blog masing-masing ye. Bagi yang tak join lagi tu, cepat-cepat join. Lebih ramai penyertaan, lagi excited Iolls nak tambah hadiah. Ehem.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...