15/12/2015

Kisah Semalam : Si Merah Merajuk Tak Dapat Cuti

Alkisahnya semalam kan public holiday untuk negeri Selangor. Iye lah susulan dari kemenangan pasukan bola sepak Selangor yang berjaya menggondol Piala Malaysia itu.

Tapi sayang seribu kali sayang, I dan En. Barney dua dua tak cuti. Kononnya due to company critical operational needs. Makanya terpaksa lah bekerja seperti biasa. 

Pagi pagi mulakan rutin hari bekerja seperti biasa. Dan bila nak start enjin kereta, kereta tak boleh start pulak. Ini kes mogok tak nak pergi kerja la ni. Bukan I yang malas nak pergi kerja tapi Si Merah ni ha!


Tak memasal lah orang yang kena outstation ke JB itu balik hari saja. Nak settle kan kereta kesayangan wife tersayang. Pandai eh Merah mogok time public holiday. Kalau tak ada meeting memang awal awal lagi whatsapp boss mintak EL. Tapi semua itu terpaksa lah dilupakan begitu sahaja. Sekali bila masuk office, meeting cancelled sebab ramai yang EL. Menyirap oi, menyirap!

Monday Blues berganda tatkala hari isnin adalah hari cuti. Office kiri kanan semua cuti tetiba office Iolls je kereta keluar masuk dengan aktifnya. Tambah lagi menyirap nya. 


Balik dari office, mencoklat sebentar lepas geram sebelum ke bengkel. Terus sejuk sekejap. Sekejap je, sekejap. 

p/s : Dear Merah, please be nice okay.

13 comments

12/15/2015 08:11:00 am

alaaa sianyer majuk merah nak baby kecil lettewww., kehkeh2

12/15/2015 10:00:00 am

Assalammualaikum...

mselim3 suka tengok kek tu..nampak sedap.

mselim3

12/15/2015 10:51:00 am

Merah tahu tu public holiday, dia nak cuti jugak. kehkeh

12/15/2015 11:40:00 am

kalau tak silap kak yan..si merah ni kan kereta aa yang sering meragam dulu kan...

12/15/2015 04:00:00 pm

haha..ada sebab sebenarnya kenapa si merah tu merajuk

12/15/2015 07:17:00 pm

Hahah memang Kat Ofis Kita pun muka sorang2 double Monday blues. Cencorot lagi comel

12/15/2015 08:09:00 pm

eipp si merah ni pls be nice to kak aisya pls huhuhu
take care kak aisya! <3

12/15/2015 08:24:00 pm

merah nak mintak pengganti baru kot. hehehe

12/15/2015 10:10:00 pm

Sabar2..cool kan diri dengan coklat tu sekejap :)

12/19/2015 09:28:00 pm

kesian tak dapat cuti. bukan semua company bagi cuti isnin tu. aku pun tak cuti gak. kedah kalah. hahaha...

12/21/2015 02:33:00 pm

hahaha si merah comel merajok ye ololooo. sedapnyaa air tuuu

12/23/2015 12:10:00 am

si merah nk cuti jgk..hikhik..
cam sedap air tu..layan kat mana ^,^

12/26/2015 11:07:00 am

merah pun nak cuti juga tu..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...