Dari bulan september, bulan disember baru story story tentang majlis sanding. Bukan main lama lagi peram entri buat jeruk kan. Kalau boleh dimakan tak apa lah jugak ye. So seperti yang Iolls janjikan di dalam entri yang lepas, Iolls nak share lah pasal make up, pelamin and everything tu. Tapi kali ini Iolls cerita tentang make up dulu eh.
Make up untuk majlis pernikahan dan juga persandingan Iolls ambik orang yang sama. In fact, pakej sekali dengan photographer sebenarnya. Pakej make up untuk dua event (nikah + sanding) beserta photographer untuk tiga event (nikah + sanding + outdoor). Photographer tu Iolls story mory dalam entry lain. Kali ni nak fokus tentang make up dulu.
Majlis Akad Nikah berlangsung pada pukul 2.00 petang. So pukul 11.00 pagi dah start make up. Nasib baik lah dulu penari kebudayaan tau. So bab make up bagai ni dah tau dah apa yang nak kena buat. Nak prepare apa. Senang.
Sambil make up, sambil menyembang. Nasib baik lah MUA jenis yang memang kaki sembang. Friendly gitu. Dapatnya MUA yang khusyuk buat kerja, senyap je. Memang Iolls pun senyap aje lah. Dah sedia maklum diri sendiri bukan kaki sembang kan. Tapi agaknya kalau dah namanya MUA ni memang jenis yang friendly kot. Masa majlis bertandang tempoh hari begitu jugak.
Iolls suka make up untuk majlis akad nikah ni. Nampak tebal tapi sekali tengok nampak light aje. Still nampak natural. Teringat pulak MUA bagitau, kening Iolls ni jenis yang degil. Susah nak dibentuk. Kening tu Iolls tak pernah usik pun. Cukur apa semua tak pernah. Cuma time nak make up untuk majlis akad nikah, MUA ada gunting sedikit di bahagian hujung kening.
Nak tengok gambar untuk Majlis Akad Nikah boleh stalk dalam ENTRI INI.
Macam yang Iolls cerita dalam entri majlis sanding tempoh hari, majlis start dalam pukul 9.00 pagi. So pukul 7.00 pagi MUA dah sampai rumah Iolls, dah siap bersedia untuk menjalankan tugas.
Make up untuk majlis sanding dan majlis akad nikah berbeza. Kalau tengok agak heavy sikit lah compare dengan majlis akad nikah. But still si pemakai nya ini tak rasa heavy pun. Mungkin Iolls pernah tengok muka sendiri kena make up yang lagi tebal dari ini kot. Make up penari kan, harus lah lain dari make up time kahwin.
Paling best, senang nak bersihkan make up. Nasib baik lah tak ada gam kening bagai. Cuma tenyeh part mata je lebih. Yang lain dengan senang nya untuk Iolls buang. Make up senang bersih, Iolls pun senang hati. Semua senang lah. Hiks.
Nak tengok lagi gambar Majlis Sanding boleh stalk ENTRI INI.
Secara overall nya, Iolls memang berpuas hati dengan servis yang diberikan. Dari segi make up, layanan MUA itu sendiri juga. Semua tip top. Terbaik!
So Mirians yang sedang mencari MUA untuk hari bahagia masing masing boleh try contact Efa Aiefa melalui Facebook beliau. Iolls dulu PM je, reply pun sepantas kilat gitu. Time hari kejadian baru jumpa.
Facebook : Efa Aiefa
Later Iolls share service photography dari individu yang sama pula ya.
p/s : En. Barney memang dari awal lagi pesan, MUA kena cari yang perempuan. Memang lah yang 'ladies' itu output nya sangat cantik. Tapi faham faham lah sendiri. Ehem.
16 comments
mua tu pompuan outputnya sgt cantik tapi masih tak puas ati kann., huhu2
make up cantik! e'in paling cerewet bab2 make up nie. kalau bridal tu provide mak nyah mmg awal2 tolak.. huhu
huhuhu nape awk sangat cantik comels omagadddd
Cantik
Cantik!
dulu masa kecik2 kalau orang kawen kan...suka duk kat bilik pengantin sebab suka tgok orang mekap...
amboi..ni betul2 entri tertunggak ni...cantik solekan ..nampak simple
kacakkk. selamat pengantin baru sis! <333
cun! =D
Yg ini sgt puas hati! Hehe
cantik mekap... aisya kak lia belom ucap congrats agi kan utk wedding awak.. last masa menyinggah aisya baru dok counting days .. ^_^ hope u will be happy till jannah ye dik ^_^
cantik hasil kerja tangan dia...
ooo... make up pun ada guna gam juga yek... hehehe... teman baru tahu pasal nie... Apa pun, tahniah... Semoga berbahagia ke jannah...
kemas hasil tangan MUA ni...
cantik hasilnya.. pandai make up.. ;)
cantiknyaa.. tetiba rasa nak kawen jgk :P