08/12/2015

Wedding Story #11 : Majlis Sanding Aisya & Ismail

Merangkak rangkak si perempuan ni buat entri kahwin oi! Padahal dah hampir tiga bulan pun majlis berlalu. Tapi peduli apa, dah berjanji nak share story kan. 

Entri akad nikah dah selesai. Itu pun sepuluh entri semuanya. Ye ye, nanti Iolls buat lah page untuk kisah kisah wedding ni cuma kerajinan tu belum ada. Tunggu rajin tu jatuh dari langit agaknya. 

By the way, bila akad nikah punya cerita sudah selesai makanya kita masuk pulak lah kisah majlis sanding. 

Majlis berlangsung sehari selepas majlis akad nikah. Akad nikah di rumah, sanding pun di rumah. Point utama, nak recycle balik pelamin yang gorgeous itu untuk majlis sanding. 


Ini lah kasut kahwin yang I pusing sana dan sini semata mata nak cari saiz 4. Ada I ceritakan dalam entri INI. Masuk kedai itu, masuk kedai ini balik balik saiz 5 dan 6 je yang ada. Saiz 4? Jumpa bila mana I dan En. Barney dah give up nak masuk kedai kasut dah. 


Majlis di Sarawak kalau nak compare dengan majlis di Semenanjung, banyak juga bezanya. Majlis start pukul 9.00 pagi. So pukul 7.00 pagi dah kena tadah muka dekat mak andam untuk diconteng-conteng. Pukul 7.00 pagi ye. 


Meja beradab. Simple simple aje lah. Kerusi dan meja? Semua bapa Iolls pinjam dari sekolah tempat dia mengajar. Tak perlu pening mana nak cari. Senang kan jadi anak cikgu? Hiks. 



Saudara mara dari Brunei, alhamdulillah ramai yang datang. Dengan rombongan hampir sedozen bijik kereta agaknya. Rata rata Iolls tak pernah jumpa pun. Siap ada orang istana datang tuuuu. Yang mana Iolls pun tak kenal sebenarnya. Bertuah betul perempuan ni tak kenal saudara mara sendiri kan. Ish ish ish. 



Rombongan pihak lelaki sampai, lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi. En. Barney and family stay di hotel yang berdekatan dengan rumah Iolls. Whatsapp je, "ha, datang lah sekarang," 5 minit kemudian dah sampai dah depan pintu. 



Kemain besar lagi gelak eh. Ini semua pengacara majlis punya angkara. One day before, beliau datang ke rumah untuk dapatkan biodata pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Iolls just provide satu dua details, yang lain ikut suka dia je tambah rencah. Ke laut pulak semuanya tu. Siapa tak gelak. Yang tiada tetiba diada-adakan pulak. 


Nenek kesayangan hamba!


Adik perempuan kesayangan hamba!


Parents, Grandparents and Siblings


Family mertua. Cuma seorang je adik En. Barney yang tak dapat datang time ni.


Keluarga besar Iolls yang kecik. 


Childhood friends katanya. Sesungguhnya zaman selekeh kita semua telah lama berlalu. 


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Pukul 1.00 tengahari, semua settle dah. Tetamu pun dah beransur balik. Tapi pengantin ada lagi outdoor session selepas itu. Tak apa, yang itu next time Iolls cerita. 

Apapun di kesempatan ini, I nak mengucapkan bebanyak terima kasih buat keluarga, saudara mara dan juga sahabat handai yang sama sama turun padang, berpenat lelah untuk memastikan perjalanan majlis adalah lancar dari awal sampai lah akhirnya. 

"Nak ne yang kamek duak sik sempat nak berjarah hari ya, mintak maaf banyak banyak. Atau mana yang kurang ya, ampunkan lah. Sesungguhnya yang bait datangnya dari Allah, mana yang buruk ya datangnya dari kamek dua mpun."

Okay next time Iolls cerita pasal mekap, photographer, pelamin and kumpulan zikirama pula. Kumpulan zikirama? Ha, kena tunggu next entry lah. Hiks. 

Harap harap minah ni rajin lah nak menaip banyak banyak itu. Ehem.

credit: official photographer

8 comments

12/09/2015 12:47:00 am

Awalnya pukul 9.00 pagi.. Meriah sebab ramai saudara yang datang..

12/09/2015 08:09:00 am

rajinkan diri. sy nak baca. haha

12/09/2015 09:24:00 am

Saiz kasut kite sameeee

12/09/2015 09:56:00 am

awalnya start...klu kat kelantan kol 12 bru start,..apa2 pon aisya cantik sgt..:)

12/09/2015 10:59:00 am

wah pukul 1 dah settle majlis.
biasanya org br start kot. :)

12/09/2015 04:54:00 pm

cantik :)




DAH JOIN GA PS IKEA PERLIS?
KALAU BELUM JOM JOIN GA
BANYAK HADIAH YG MUDAH BAKAL DIMENANGI :)
http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html

12/15/2015 04:04:00 pm

pink colour tu

12/22/2015 05:52:00 pm

Tahniah Aisya...selamat pengantin baru

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...