Tak tahan dengan perangai nakal si Oreo yang suka koyakkan segelung besar tisu jadi helaian helaian kecil, selongkar tong sampah, panjat sana sini atas fridge dan microwave so I dan En. Barney ambil keputusan nak beli lah cage kucing satu untuk Oreo. Bila dia nakal aje, kita denda dia duduk dalam cage sejam dua. Biarpun tak makan dek saman sebenarnya.
Bila sebut pasal barang barang untuk kucing especially nya, tak kisah lah cage, food atau cat litter atau pun carrier sekali pun, I dan En. Barney suka terjah Pet Micasa untuk memborong. Murah kalau nak compare dengan tempat lain. So bila dah kata nak beli cage tu, apa lagi ke Pet Micasa lah jawabnya.
Tapi semalam, sampai sampai je ke di Pet Micasa agak terkejut pulak tengok ramai orang. Tanya En. Barney, "Eh, asal ramai orang pulak? Ada apa-apa event ke, siap khemah bagai?"
Event tak event belakang kira, masuk kedai nak memborong. Sekali nya ada sorang staff Pet Micasa bagitau ada event di Level 1 dan 2. Ada jualan lelong, ada cat show. Bila dengar ada cat show, terus ajak En. Barney naik. Hiks.
Antara aktiviti yang berlangsung semalam. Ada merchandise Oh My Jep, tapi Jep nya tak ada. Tapi ada seekor kucing semalam, Iolls tengok sebijik Jep. Gemuk pun gemuk Jep. Bila tanya kat staff situ, katanya Jep tak ada. Amboi Jep, bukan main ramai peminat ye.
Kucing biasa dah ada seekor, Scottish Fold pun dah ada seekor. Nak bobtails cat seekor boleh tak En. Barney?
sumber : Pet Micasa
Banyak kucing cecomel oi! Geram pulak Iolls tengok. Dari kitten ke saiz yang besar even yang gemuk gedempol pun ada. Meow!
Dah puas cuci mata tengok kucing, turun balik ground floor untuk sesi memborong. Blackwood 2.7kg sepaket dengan harga RM57 dan juga ada lah barang itu ini sedikit. Yang penting misi untuk cari cage kucing tercapai.
Sesi merasmi cage baru. Suka pulak bulus bulus ni lompat sana panjat sini dalam cage. Harga RM130+. Lepas ni siapa nakal kena kurung lah jawabnya.
Teringin nak terjah Pet Micasa jugak? Okay, Pet Micasa ni ada empat cawangan sebenarnya. Di Balakong, Cheras Selatan, Bangi dan juga Shah Alam. Nak tau alamat boleh terjah Facebook Pet Micasa untuk maklumat lanjut.
p/s : I ada beli something untuk diri sendiri di Pet Micasa ni semalam, yang tu later I story lebih lanjut lah.
6 comments
NAK SEMUA KUCING NI BOLEH TAK UGH
T_T
wahh bestnyer mcm wak nk kene terjah catshow nih., hikhik2
glamer betul si Jep tu ye..
bestnyaaaaa dapat pegi tempat macam nii
pernah dgr tp xde g pon..
sbb xde bela kucin..hikhik
comel kucing-kucing tu.. ;)