29/04/2011

ReviEw : SourCe cOdE

Kelmarin, atau lebih tepat lagi 27-4-2011, aku ngan chipmunk gi tengok citer "Source Code". Kat sini aku nak review sikit pasal citer nie. Haha.. Citer nie aku bagi rating 6.5 la. Sebabnye pada mulanya jalan citer dia agak biasa je lah. Tapi tak sangka ada cerita disebaliknya lepas tu. Kalau korang tak tahu menatang ape aku citer nie, korang tengok la trailer kat bawah nie.




video

"Source Code Trailer"


Ok tak trailer citer nie?? Bagi aku trailer dia buat aku nak tengok je citer nie. Sebab tak paham ape maksud source code nie. Haha.. Meh aku citer sikit jalan citer dia nie.

Watak utama citer nie adalah Kapten Colter Stevens. Dia nie adalah askar yang berkhidmat kat Afghanistan. Lepas tu, dia pun tak sedar yang dia ade kat dalam 1 kapsul ape entah. Muncul la pulak watak Collen Goodwin nie. Dia adalah penghubung antara Kapten Colter Steven dan Dr. Rutledge. Dr. Rutledge nie la pengasas Source Code.





Poster SOURCE CODE



Dia ada terangkan ape mende la Source Code nie. Katanya, menurut dari segi Mekanik Kuantum, kalau sebiji lampu yang menyala bila dipadamkan kita akan lihat kesan nyalaan dari lampu untuk beberapa saat. Macam otak manusia, otak manusia ada medan elektromagnet yang menyebabkan otak kita masih berfungsi walaupun kita dah mati untuk beberapa minit. Dalam citer nie, dia cakap 8 minit. Aku tak tahu la betul ke tak. Haha...

Diorang akan gunakan sistem Source Code nie dengan cara gunakan manusia yang masih hidup lepas tu hantar orang tu 8 minit sebelum sesuatu kejadian tu berlaku tapi dalam badan orang lain. Kapten Colter Steven nie ada misi untuk mencari pengebom keretapi kat US nie. Lepas tu ada lah beberapa konflik yang berlaku masa mamat nie nak cari pengebom tu.

Senang citer lepas diorang jumpe pengebom tu, aku ingatkan da abes citer nie tapi ada pulak konflik lain yang membuatkan korang terfikir sebentar. Hehe.. Kalau korang nak tahu, tengok la citer nie.






Kapten Colter Stevens





Collen Goodwin dan Dr. Rutledge





Christina Warren



Bagi aku la, citer nie ok la kalau korang nak tengok. Kalau nak cakap best sangat macam Inception tu, tak lah. Mesej citer nie agak direct la dan tak perlukan korang banyak berfikir. Apa mesej nya?? Korang tafsirkan lah sendiri. aku taknak bagitahu. Haha.. Lepas tu teknik yang digunakan biasa je. Sebab keretapi letup2 tu confirm pakai CGI. Maklum lah CGI diorang memang power. So, secara overall biasa je. Hehe.. ^^

26/04/2011

Beradab sikit boleh tak?

Takda niat langsung nak buat entry sebab esok exam tapi yang ni memang la kalau ikutkan hati orang macam tu jenis orang yang "kau-tak-hormat-orang-lain-buat-apa-aku-nak-hormat-kau"!


Baru tadi sembang dengan rumet. Orang yang kalau pekerjaan yang melibatkan  perkhidmatan ni, tak kisah la kau penyambut tetamu, kerja kat kaunter pertanyaan atau even cashier sekalipun. PLEASE LA, tolong jaga adab tu sikit boleh tak? Tau la ko tu pangkat makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak atau yang seangkatan dengan nya. Tapi budak kecik pun lagi pandai dari kau nak cakap elok-elok. Takda la nak cakap semua, tapi ada segilintir yang macam tu. Tapi bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

No offense tapi ramai yang cakap, kalau yang kerja "kau-paham-paham-la-sektor-apa" ni memang macam tu. Makan gaji pandai tapi nak buat kerja tu paham-paham la. Tapi pasal yang tu aku memang tak kisah dan lantak kau la kau nak makan gaji buta, gaji bisu atau gaji pekak sekalipun. Yang tak puas hati nya, bila orang dah tanya elok-elok dan cakap elok-elok perlu ke kau nak cakap macam kau tu diva sangat? Perlu? Dan orang dah tanya baik-baik siap sedekah senyum lagi kat kau, apa yang kita dapat?? BEBEL! Dah bagi chance kau tambah pahala layan orang baik-baik, kau taknak, kau tolak. Dan sekarang aku pulak yang tambah dosa sebab kutuk kau kan.

But seriously, tolong la. Kalau dah tau kerja macam tu, tolong la layan orang baik-baik sikit. Even penat pun, senyum pun jadi lah, cukup. Ni tak, start la tunjuk muka masam macam kena simbah dengan 99999 liter cuka. Dan bila salah sikit, start la nak membebel. Daripada kau bebel panjang-panjang, baik kau diam. Kau bebel orang tu tak penat pulak ye? Orang bukan nak "eh, kau tau tak, anak en kasim yang... bla bla bla bla". Whatever la kan. (Tapi aku tengok mengumpat bukan main lagi, kerja semua tolak tepi). Dan ada jugak, depan-depan mengeluh, "kenapa la time ni jugak, baru nak ni, baru nak yang tu". Sorry la ye kacau kau nak bergossip. Eh, dah tu kerja kau. jangan nak salah kan orang sebab cari kau pulak. Kalau semua benda orang tau, xda la wujudnya benda yang dinamakan KAUNTER PERTANYAAN!

Ok, cool down. 
Bukan apa, just tak puas hati. Patutnya orang yang kerja dalam sektor perkhidmatan ni mesti ada etika yang tersendiri nak melayan tetamu/pelanggan/etc kan?  Kita datang elok-elok mengharapkan kita pun dapat layanan yang elok-elok. Cuba bayangkan kalau kau yang dapat layanan yang tidak elok, apa yang kau rasa? Bukan nak cakap semua, macam yang kat atas tadi la. Kerana nila yang setitik, rosak susu sebelanga.

p/s : pernah dulu ada makcik ofis yang tengah bebel-bebel orang padahal sebenarnya tu kerja dia. Daripada aku sakit telinga better aku blah je.

MAAF, INI ENTRY MANUSIA YANG TENGAH BENGANG.

25/04/2011

koMik Je #2

Haa.. Kepada siapa2 yang tengah stress exam nie, jom kita hilangkan stress anda dengan komik nie.. Harap korang enjoy! ^^



koMik 1 : "fart"





koMik 2 : "at Komuter"




koMik 3 : "Wrong timing"


Sakit Jiwa, Sakit Minda dan Saya PENAT!


warning : entry ini adalah entry merepek. Nak baca, baca tapi kalau taknak, terima kasih.


Peribahasa orang melayu yang sekarang rasanya patut diubahsuai, rambut mungkin sama hitam tapi hati lain-lain. Betul. Kalau diikutkan, ye memang la rambut kita ni sama hitam. Tapi, ada ke siapa-siapa yang tau apa yang ada dalam hati orang lain? Tak kan? Even kenal berapa lama atau betapa rapat pun dengan seseorang tu, tak semestinya kita tau apa yang tersirat dalam hati orang tu kan? Ini kan pulak, orang yang hanya bertindak sebagai pemantau atau pemerhati jarak jauh. Tapi biasa lah, manusia. Jump to their own conclusion adalah lebih tepat. 

Bila tengok orang tu gelak-gelak dan senyum-senyum terus fikir, orang tu mesti tengah happy-happy kan? macam mana korang tau? Baca hati dan minda orang tu? Ok, hebat. Tapi macam mana kalau orang tu seorang pelakon di pentas realiti? Conclusion orang tu sedang bahagia adakah masih boleh diterima pakai? Boleh? 

Macam mana pulak dengan orang yang trust no one but herself? Paham tak? Ok, maksudnya dia bukan jenis yang bercerita tentang apa yang dia rasa dan apa yang berlaku tapi just simpan untuk diri sendiri. Actually kan, orang macam ni sangat perlukan orang yang sentiasa ada tak kira masa dia susah, senang, happy, sedih dan semua sekali. Bukan orang yang hanya ada pada masa-masa tertentu je.

Dan kadang-kadang, seseorang tu ada sebab-sebab tertentu. Kenapa orang tu macam tu, dan kenapa orang tu macam ni. Ada sebabnya tersendiri.
 
Peringatan untuk diri sendiri : Jangan suka kondemkan orang lain, jangan suka kutuk orang lain dan jangan suka kritik orang lain. Sebab diri sendiri taklah sempurna mana pun.



Perlu pulang ke rumah. Perlukan family. Mak, kakak rindu!

24/04/2011

Chipmunk berangan nak jadi BIDADARI

Berangan nak jadi bidadari pulak ye? Ko ingat muka ko cantik sangat ke sampai ada hati nak jadi bidadari ni? Haha! Actually, bukan berangan nak jadi bidadari tapi berangan nak beli novel Sutera Bidadari karya terbaru penulis thriller no. 1 kat Malaysia ni, saudara Ramlee Awang Murshid.

Menurut sumber Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC), pelancaran Sutera Bidadari akan berlangsung pada 30 April 2011 bermula pukul 12 tengahari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC ( tak dapat nak link FB RAMFC sebab dah deactivate FB, cari je dengan nama yang telah di-bold-kan diatas). Saudara RAM akan berada disana pada 30hb April dan 1 Mei. Nak minta autograph atau nak ambik gambar silalah datang pada tarikh-tarikh tersebut ye. Tapi Sutera Bidadari ni HANYA akan dijual di Pesta Buku ni, after 1hb Mei barulah Sutera Bidadari memasuki pasaran.








yang kat atas tu adalah cover untuk Sutera Bidadari dan video kat bawah tu adalah video promo Sutera Bidadari dari sudut gambaran visual penulis. Cover dan video ni chipmunk ambik dari blog peminat-peminat RAM, (RAMFC). Kalau nak tau lebih lanjut mengenai RAMFC ni, bolehla melawat ke www.kelabram.com.


Chipmunk nanti of course la akan bawa personal driver En. Barney pergi launching Sutera Bidadari kan. Ada semua koleksi novel-novel RAM tak kan nak terlepas satu kot. Boleh la nanti hantar mms kat mak lagi macam hari tu cakap "Mak, kakak ambik gambar dgn RAM. Jangan jealous".  Motif utama, memang saja nak bagi mak jealous. Diulang sekali lagi, MOTIF UTAMA. (Bertuah punya anak).


masa launching Rayyan Fantasi, di Alamanda Putrajaya disember lepas

 p/s : Sutera Bidadari adalah kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, dan Cinta Sufi.

22/04/2011

aPe YaNg wArNe kuNinG Nie??

Siapa yang tak kenal ngan spongebob nie? Klau tak kenal memang noob la! Haha.. Aku rasa majoriti orang kat Malaysia nie mesti kenal la ngan spongebob nie. Rancangannye disiarkan setiap hari kat Tv9 pukul 5.30 p.m. Kalau tak tahu jugak tu, tak tahu la. Haihh~~ T_T






Kat sini aku nak citer/share sikit info pasal spongebob nie. Watak spongebob nie kalau korang tengok sentiasa je happy (walaupun kadang2 tu sedih) dan macam orang yang takde masalah langsung. Haha.. Watak Patrick, Sandy dan Mr. Krabs nie dicipta untuk memahami watak spongebob serta menyokong jalan cerita nie supaya jadi lebih menarik.


Siapa yang mereka citer nie? Cerita asas spongebob nie direka oleh Hillenburg pada 1984 ketika mengajar dan sedang belajar marine biologi kat Ocean Institute in Dana Point, California di mana dia nie melukis komik Intertidal Zone yang mana terdapat pelbagai jenis hidupan laut dan kat situ la terjadinye watak spongebob nie.

Lepas tu, dia tinggalkan institute tu dan menjadi pelukis animasi pada 1987 dan kemudian menghadiri California Institute of Arts pada tahun 1992. Kat institute tu, dia buat tesis pasal filem Wormholes (1992). Kat sini la dia jadi pengarah, penulis, produser, artis storyboard dan produser eksekutif dari siri Rocko's Modern Life oleh Joe Murray.






Bikini Bottom (di mana SpongeBob tinggal di rumah nenas tu) adalah sebuah fiction city di dasar laut, tetapi sebenarnye di ambil dari pulau Bikini merupakan bahagian dari Republik Kepulauan Marshall. Tapi mengikut creator-nye, nama Bikini Bottom adelah dari nama Seattle City.






Spongebob nie ape sebenarnye?? Sponge nie sebenarnya salah satu haiwan yang paling primitif di laut. Mereka terdiri dari kelompok yang disebut Porifera. Di laut, Sponge nie boleh didapati dalam pelbagai warna dan bentuk. Kebanyakan dari mereka mempunyai jumlah relatif yang kecil, namun spesis nie dapat tumbuh hingga lebih dari 6 meter (diameter).





Yellow sponge

Sponge berbeza dari semua invertebrata laut dalam yang lain kerana mereka tidak mempunyai bentuk sebenar atau organ. Struktur mereka terdiri dari sel yang sederhana. Porifera dengan nama lain adelah pore bearer. Lubang kat Sponge nie menggambarkan arus air masuk melalui lubang tu, menapis nutrisi dan kemudian dikeluarkan melalui pembukaan. Banyak Sponge pada terumbu karang menyerupai beberapa jenis karang dalam bentuk dan warna, tetapi setelah diperhatikan lebih dekat menunjukkan perbezaan yang jelas. Mereka adalah salah satu bentuk kehidupan yang unik terhadap persekitaran laut.











Nie pulak gambar Spongebob dan kawan2-nye dalam dunia sebenar. Hahaha..

[StyLe]


Krusty Krabs :




Spongebob tengah kerja :








Sandy :





Mr. Krabs :




Hahaha.. Mr. Barney and Ms. Chipmunk cukup suke ngan citer nie. Memang enjoy la! Kalau tengah stress stadi, bleh hilang stress la jugak. Tiba2 teringat 1 citer. Aku layan citer Spongebob nie kat bilik sampai lupe nak gi kelas petang. Kantoi! Love Spongbob!! ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...