19/07/2014

Berbuka dengan Citarasa Ramadan @ Pizza Hut

Al-kisahnya ini berlaku di awal bulan Ramadhan lagi. Sekarang ni dah masuk penghujung Ramadhan. Ini semua gara-gara tak ada mood punya pasal. Dari 1st of July, super duper busy dengan kerja office. Dah selesai 6 bulan pertama tahun 2014, banyak benda nak kena settle. Tambah pulak dengan bulan puasa memang tak lah nak OT sampai 7-8 malam. Weekend jauh sekali. Pada saat ini kerja yang perlu diselesaikan baki lagi 10% baru boleh bernafas sikit. Kalau tak sebelum ni sampai termimpi-mimpi kerja tak siap lagi. Oh, memang nightmares sungguh. Tapi sempat lagi bangun awal pagi untuk tengok World Cup. Ini yang dinamakan sambil menyelam minum air. 

Alamak, tanpa disedari boleh melencong pulak ye? Actually kisah sebetulnya begini. Kawasan perumahan Iolls ni dekat sangat dengan Pizza Hut. Memandangkan malas nak menghadap jammed dimana-mana dan bagi mengelakkan kes berbuka dalam kereta atas jalan raya, maka situ lah destinasinya. 


Untuk berbuka kali ini, kami memilih menu baru yang diperkenalkan oleh Pizza Hut istimewa bersempena dengan bulan ramadhan iaitu Citarasa Ramadan. Macam biasa, I dan En. Barney memang akan ambik set untuk 2 pax. Yela, dah dua orang je takkan nak order set untuk 4 orang pulak kan. 

Harap maaf, gambar Asiana Pizza tak ada. Disebabkan hari tu Pizza sampai dalam 5 minit selepas waktu berbuka memang tak menyempat lah nak ambik gambar dah. Lagipun, upload kat sini nanti ada jugak yang terliur tengahari buta. Asiana Pizza dengan topping Ayam Tandoori, sos tandoori, perahan limau nipis dan juga bahan-bahan biasa seperti capsicum, tomato and so on memang sedap! Cuma agak pedas sikit lah. I mampu makan satu dua slice je sebab tak tahan pedas. Biasalah perempuan gedik dengan perut manja memang begini. Yang lebih itu, setengah En. Barney bantai sorang dan another half I bawa balik kononnya nak makan untuk sahur. Punyalah malas nak masak kan? 

Asiana Platter

Citarasa Ramadan untuk dua orang includes Asiana Platter juga. Ada sate bebola ayam, jejari ayam berempah, tacos ayam, kek ikan Thai dan juga salad. I paling suka jejari ayam berempah, biarpun itu pedas jugak sebenarnya. 

Zesty Selasih

Dan akhir sekali adalah air Zesty Selasih. Mirinda Strawberry, Selasih dan sedikit perahan limau nipis. Memang cukup menyegarkan! Segelas rasa macam tak cukup je. Tapi nak tambah segelas lagi macam banyak sangat pulak. 


Dan yang paling I suka baik Pizza Hut mahupun KFC, satu paket dengan isi dua biji kurma percuma untuk pengunjung beragama Islam yang datang berbuka puasa. I suka pulak kurma KFC / Pizza ni. Nak je tanya diorang letak kurma apa kat dalam tu. Sebab tak manis, tak keras sangat. Sedap je. Boleh tak nak datang KFC / Pizza semata-mata kerana kurmanya? Hiks.

Anyway, bagi yang tak mencuba lagi Pizza baru sempena ramadhan di Pizza Hut, boleh lah try. En. Barney memang suka Asiana Pizza ni, sedap katanya. Rasa pedas yang menambahkan lagi impak sedap Asiana Pizza. Dengan Sos Tandoori lagi. Nak cakap lebih-lebih, tengah puasa pulak. Apa kata uolls try je dulu. Tak rugi mencuba. 

p/s : Esok pulak janji dengan BFF nak berbuka sekali. Yippe!

6 comments

7/19/2014 10:38:00 am

oh, tak tahu pula ada set ni. nak belilah nanti. ^^, (tapi perut saya pun macam sis. tak tahan pedas. sobs_)

7/19/2014 06:44:00 pm

nmpk sedap... hehe

7/19/2014 10:41:00 pm

salam aisya..sori lama tak singgah sini.. :)


Nampak sedap tu..siap ada kurma lagi..nak ajak lah hubby nanti.. :)

7/19/2014 11:53:00 pm

Perghhh! gumbira pewottt En. barneyyy uollss... hiks!

7/20/2014 12:22:00 am

air tu yang nmpk sedap..slurppp!! ^,^

7/21/2014 05:30:00 pm

kalau sanggup nak datang demi kurma, mesti kurmanyaitu berkualiti tinggi..hehehe

Regards,
-Strider-

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...