26/07/2014

Jom Balik Kampung!

Bagi yang masih lagi bekerja semalam, mesti ramai yang ambik peluang untuk balik kampung hari ni kan? I dengar member-member cerita jalan jammed sejak beberapa hari lepas lagi especially Lebuhraya Pantai Timur. Dan I pun harusla macam uolls jugak. Malam tadi packing untuk terbang pulang hari ini.


Flight hari sabtu, hari khamis lagi I dah check-in. Pada yang tak tahu lagi, boleh lah bagitau sekali ni. Uolls boleh check in dalam masa 48 jam sebelum berlepas. Flight pukul 10.15 pagi hari sabtu, start dari pukul 10.15 pagi hari khamis boleh check in dah. Check in awal-awal senang nak pilih seat. Lagi lambat check in, dapat seat yang tak berapa best sikit lah. Tak boleh nak memilih sangat. 

So bagi yang pulang naik kereta tu, berhati-hati lah di jalan raya. Yang naik flight macam I ni pulak document penting seperti boarding pass dan kad pengenalan jangan lupa bawa pulak. Nanti dah sampai airport baru perasan IC tertinggal kat rumah. Before nak gerak ke airport tu make sure semuanya lengkap. Have a safe journey everyone!

Buah tangan dari Hospital Gleneagles

Thank you Gleneagles KL! Iolls ingatkan dalam tu ada coklat tapi jeruk rupanya. Jeruk buah oren dan buah kiwi. First time makan jeruk kiwi. Not bad jugak rasanya. 

p/s : malam ni mesti bersengkang mata punyalah. 

4 comments

7/26/2014 03:35:00 pm

Weee..balit Miri. :D Salam Aidilfitri.

7/27/2014 02:10:00 am

kampong df satu negeri je dgn rumah df. jadi T.T kampung tak jauh hohohoh

7/27/2014 03:27:00 pm

aku drpd hari jumaat hari tuh dah blk kampung. selamat menyambut hari raya aidilfitri.

7/29/2014 11:33:00 pm

bukan ade coklat ke dlm tu...huhu
ingtkan ade jugak..jeruk je rupenyer.. ^,^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...