Pagi semalam I dengar masa on the way drive ke office, salah seorang pendengar Hot FM dihadiahkan tiket kapal terbang pergi dan balik beraya di kampung halaman oleh MAS. Betapa bertuahnya insan tersebut kan. Alhamdulillah, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rezeki, hadir dalam pelbagai-bagai cara dan bila-bila masa sahaja.
Macam petang semalam, lagi setengah jam nak balik Boss hulurkan satu bekas. Ada kuih sepit, ada dua jenis. Satu dengan rasa pandan dan satu lagi peanut butter.
I memang panggil ini kuih sepit. Ada nama lain ke selain dari itu?
Semalam Boss bagi kuih sepit. Kunyah malam-malam sambil tengok World Cup. Nak kunyah siang-siang time buat report tak boleh lah pulak. Hari isnin lepas pulak, Boss bagi satu paket serunding yang dia bawa balik dari Kelantan. Alhamdulillah. Ramadhan kali ini Iolls memang tak berselera makan, kadang-kadang tak boleh masuk pun. Terima kasih Boss cantik lagi baik hati. Serunding itu lah yang membangkitkan selera I untuk bersahur. At least habis jugak nasi yang memang sudah sedia sikit. Kalau tak, cukup la dengan segelas Chocolate Drink Dutch Lady dan sebiji kurma.
Tiba-tiba I teringat satu ungkapan ini, "Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima". Peringatan untuk diri sendiri. Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, apa kata kita ajar diri masing-masing untuk banyakkan lagi bersedekah. Paling-paling pun ajar diri untuk jadikan bersedekah itu satu amalan.
Tiba-tiba I teringat satu ungkapan ini, "Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima". Peringatan untuk diri sendiri. Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, apa kata kita ajar diri masing-masing untuk banyakkan lagi bersedekah. Paling-paling pun ajar diri untuk jadikan bersedekah itu satu amalan.
Sumber : Google
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.sumber : Kelebihan Bersedekah di Bulan Puasa
Sememangnya bersedekah itu bukan lah dengan nilai wang ringgit semata-mata. Boleh jadi bersedekah dalam pelbagai cara sekalipun. Contoh paling mudah adalah sedekahkan senyuman. I memang suka bagi contoh senyum ni sebab itu paling simple dan tak memerlukan uolls untuk keluarkan satu sen pun. Siapa tahu senyuman uolls akan menyinari hari insan-insan yang sedang bersedih dan berduka? Secara tak langsung kita telah meniupkan semangat kepada insan tersebut untuk mengharungi hari-hari dengan penuh ceria dan positif. Jikalau bersedekah dalam bentuk wang ringgit mampu menyisihkan sifat kedekut, bersedekah dalam bentuk senyuman pulak membantu untuk menyingkirkan sifat sombong dan meninggi diri dalam hati seseorang. Jadi apa lagi, paling tidak pun mulakan hari anda dengan senyuman. Sedikit demi sedikit kita mampu mengajar diri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Tak salah untu bermula dari perkara yang paling basic dahulu kan?
p/s : Hari-hari ceria, kerja banyak pun jadi mudah. Kan kan kan?
16 comments
alhamdullilah rezeki..cm sedap je..huhuh.pose2
mana nk cari kuih sepit ada inti mcm tu?
cheery panggil kuih kapit..suka jugak kuih tu,suka perisa coklat hehe
alhamdulillah.. =) kuih sapit ada perisa tu,m bru 1st tyym Zara nmpk, kat sni, xdak pon.. still kuih sapit yg besa mcm dulu2 tu.. =) selamat mnunaikan ibadah puasa.
Dah lama tak makan kuih sepit. T_T
wah.. bestnya dapat boss macam tu. ^^,
betul. masa ni lah nak buat amalan soleh banyak-banyak. bila dah buat selalu dalam bulan Ramdhan, nanti bulan2 lain pun dah jadi kebiasaan.
Betul tu, senyum juga satu sedekah... ceriakan diri dengan selalu senyum... Salam Jumaat Aisya... :)
sekarang bersedekah kena hati-hati takut kena tangkap..hehe
1st time tngok kuih sepit ada perisa, hehe slama ni nmpk yg ksong ja, :)
Alhamdulilah rezeki..
bersedekah itu sgt mulia dan besar gnjrn yer.. TQ for the info
kadang tu kita tak kenal selera kita..tapi bila org bg pape terus rasa macam kena kan..???
Salam Ramadhan! Wah nampak mcm sedap je kuih tu, haa cuma klau saya, sy panggil kuih tu kuih kapit..haha..tp serius tak tahu kuih tu boleh letak inti kat tengah2 dia...selalu makan yg biasa je mcm kerepek..takde inti..baru tahu ni... :D
rezeki jgn ditolak.
sedekah nie salah satu cara untuk dapat kan kemurahan rezeki dr yang ESA :)
husna panggil kuih kipas..:p tak sgka dah ada perubahan pada kuih sepit nih, siap ada inti kat dalamnya..kat sini tak pernah jumpa lagi..
inshaAllah ikhlaskan apa yang diberi..
yaya pernah makan kapit coklat dgn peanut tu..sedap..tp lum rasa lg pndan..sedap tak cik aisya..?
perisa pandan fevret tuuu mesti sedap =D