20/07/2014

Korean Drama : Gunman in Joseon

Latest drama korea yang I tengok sekarang. Drama yang berlatarkan masa pada zaman dulu-dulu. Kadang-kadang I prefer tengok drama yang ceritanya pada zaman dulu-dulu. Macam lagi best pulak. Lagipun I dengar, ramai yang kata drama ni best. Makanya haruslah suruh En. Barney aka supplier drama korea download kan. 



Sinopsis Gunman in Joseon

1876, tahun ketiga pemerintahan Maharaja Gojong. Kematian seorang demi seorang penyokong Parti Politik Kaehwa yang mati ditembak oleh penembak misteri telah menimbulkan tanda tanya. Ketua Pengawal Diraja, Park Jin Han (Choi Jae Sung) yang juga merupakan seorang pemain pedang handalan telah ditugaskan untuk memburu penembak misteri tersebut. Namun, Park Jin Han kemudiannya dibunuh dan dituduh sebagai pengkhianat manakala anak-anaknya juga dihukum. Park Yoon Kang (Lee Joon Ki) yang mewarisi kehandalan ayahnya bermain pedang kemudiannya melepaskan pedangnya demi sepasang rifle dari negara barat untuk membalas dendam atas kematian ayahnya. (sumber)

Setakat beberapa episod I tengok ni, still best lagi. Tengah tunggu En. Barney bagi episod baru pulak. Baca sinopsis macam berat je jalan ceritanya tapi buat masa sekarang dalam episod awal-awal ni tak rasa sangat lagi. Kalau cerita berat sekalipun tapi jalan cerita menarik tak kisah lah. Asalkan best. Watak hero dan heroin drama ni pulak macam comel je I tengok. Kelakar pun ada jugak. 

Jung Soo In (Nam Sang Mi) dan Park Yoon Kang (Lee Joon Ki)

Drama Korea yang currently on going kebanyakan cerita moden-moden, cerita cintan cintun yang kurang menarik perhatian Iolls. Cuma drama yang ini je dengan latar masa zaman dulu-dulu. I ni kurang sikit tengok cerita jiwang-jiwang, tangkap leleh bagai. Macam drama sangat je. Eh, dah memang pun drama kan? Prefer cerita action atau zaman dulu-dulu ataupun yang lain sikit. Sampaikan officemate I cakap, drama Korea yang I tengok semua cerita lawan-lawan, tembak-tembak. Bagi dia bosan. Bagi I pulak, cerita cintan cintun yang dia tengok tu lah bosan. Well, taste orang tak sama kan? Jadi bagi siapa yang suka cerita action lama-lama yang begini boleh try tengok drama Gunman in Joseon. Ini cerita lama tak main lah lawan-lawan pedang. Main tembak-tembak pulak. 



p/s : Blogger Nurie kata Drama Hotel King best. Akan difikirkan kemudian sama ada nak tengok atau tak. 

4 comments

7/20/2014 10:53:00 am

WAHHH....bestnya
nak download tapi baru 2 epi baru
tggu bebanyak

7/20/2014 08:23:00 pm

hero dyy tak sehensem syafiqq..hiksss!

7/20/2014 08:30:00 pm

Mesti best lee joon ki berlakon tokkkkk ;D Hotel king bestttt tapi byk episod ;(

7/21/2014 05:29:00 pm

Jalan ceritanya macam menarik tapi sayangnya saya bukan peminat cerita korea... :(

Regards,
-Strider-

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...