23/07/2014

Kordial Anggur Jalen

Bila dengar saja brand Jalen, benda pertama yang terlintas adalah Kicap Jalen dan Sos Cili Jalen. Mana taknya, pagi-pagi masa on the way nak pergi office pasti akan kedengaran iklan Kicap dan Sos Cili Jalen. Pergi ekspedisi, lupa Kicap Jalen terus nak batalkan ekspedisi. Makan tak ada Sos Cili Jalen  terus tak berselera. Bukan main lagi pengaruh iklan Jalen ni kan? 

Anyway, terus terang Iolls sebenarnya tak pernah beli pun produk keluaran Jalen ni. Mahupun sos cili ataupun kicap. Dan I lah salah seorang yang terpengaruh dengan iklan yang berkumandang di radio pagi-pagi sebelum sampai di office. Alkisahnya, masa pergi beli stock barang dapur weekend lepas, Iolls terjumpa pulak Kordial keluaran Jalen. Ingatkan cuma ada kicap dan sos cili saja. Rupanya air kordial pun ada jugak ye. 


Beli satu botol kordial anggur Jalen 1 liter dengan harga RM5+ untuk mencuba dan bagi menggantikan sebotol sunquick yang telah kosong di rumah. Bancuh segelas, letak ais dan minum malam-malam sambil taip entri. Not bad jugak. Disebabkan Iolls yang bancuh sendiri, manisnya tak adalah menyengat sangat. Rasanya kalau bancuh dengan sukatan yang standard pun manis tu masih tak terasa jugak kot. Selain dari anggur, ada lagi perisa-perisa lain. Contohnya seperti Oren, Laici, Ros dan Sarsi. Mangga Iolls tak sure pulak. Tapi rasanya perisa Mangga pun ada jugak kalau tak silap.

Agak puas hati jugak lah. Lain kali boleh try perisa lain pulak. Tapi I ni, yang satu botol besar ni pun entah bila nak habisnya? 

p/s : Cuba gantikan produk di dapur itu dengan produk buatan Malaysia, sedikit demi sedikit. #NoteToSelf

8 comments

7/23/2014 09:26:00 am

hiks! lpas nie nk try tuka produk econsave gi produk jalen plakk... mne tw rse dy lgi menyengat..heheheh

7/23/2014 09:27:00 am

ehh..dah ada kordial dah jalen ni...

7/23/2014 10:54:00 am

belum pernah try lagi.. betul , kalau sebut Jalen, memang ingat kicap dia je :)

7/23/2014 03:16:00 pm

tak pernah guna brg jenama Jalen..hehe tapi iklan Jalen selalu dgr..

7/23/2014 04:38:00 pm

tak pernah beli barang keluaran jalen.

7/24/2014 09:40:00 am

ok gak ni..buat juadah raya.balik-balik sirap ngan oren je..hehe

7/29/2014 11:57:00 pm

tu la..yaya pernh jmpe kat kedai..ingtkan dier ada kicap ngn sos je..air poun ada juga...fuhhh.. ^,^

3/18/2015 12:21:00 pm

Terima kasih atas sokongan anda. Jika anda tidak pernah mencuba produk Jalen sebelum ini, kami ingin mencadangkan anda untuk mencuba produk Premium kami iaitu Kicap Lemak Manis.

Salam perkenalan,
Team Jalen
Jalen Sdn Bhd

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...