24/03/2015

Family Fun Time #2 : Muzium Negeri Sembilan, Seremban

Entri-entri yang terdahulu;

Sambung semula kisah seminggu yang lepas. Oh by the way, I lebih suka term 'Family Fun Time' berbanding 'Family Day'. Sebabnya persepsi Iolls perkataan Family Day tu lebih tepat digunakan bila satu keluarga besar berkumpul. Kami ni berlima je, cuma InsyaAllah akan tambah sorang lagi few months to come. Ehem. 

Dah puas mencuci mata di Nilai 3 (boleh baca SINI), I minta En. Barney bawa ke satu tempat ni. Tapi bila tengok jam, awal sangat pulak. Baru pukul 4.00 petang. Jadi nak membunuh masa, En. Barney decide untuk bawa family I ke Seremban. Oh tanpa hala tuju. Ikut je lah En. Barney. En. Barney memang selalu outstation ke Negeri Sembilan, setiap bulan at least sekali. So destinasi, kita serahkan aje pada yang pakar. 

Biarpun tanpa hala tuju, akhirnya kami sampai ke Muzium Negeri Sembilan. Itu pun masa on the way ternampak muzium di tepi jalan. Tengok jam belum pukul 6.00 petang lagi. So sempat lah menyinggah before muzium tutup pada jam 6.00 petang. Paling penting, masuk adalah percuma!

Terasa seolah muzium itu kita yang punya bila kami berenam je yang ada. Iolls ni kalau masuk tempat-tempat yang banyak info dan ilmu baru begini, excited tu lain macam sikit. Itu pasal zaman sekolah dulu jadi student favourite cikgu sejarah. Oh, jangan cakap sejarah. Subjek biologi pun jadi student favourite jugak. favourite kena soal soalan esei 20 markah. Hambek kena explain depan satu kelas. Tak boleh jawab, dengan suka cita berdiri lah sepanjang kelas. Sabar aje lah, orang lain jawab soalan kacang jawapan seciput. I kena explain panjang-panjang. Eh perempuan, sila jangan melencong. Sambung balik kisah dan gambar Muzium Negeri Sembilan. 











Gambar-gambar di atas merupakan gambar yang I snap-snap di tingkat bawah muzium. Yang siap ada motosikal abang posmen tu sebenarnya Pameran Pos Malaysia kalau tak silap I. Dah puas tengok-tengok tingkat bawah, naik tingkat atas pulak. Ada Pameran Keganasan Komunis pulak. Cuma yang ini tak ada apa sangat lah. Sebab rasa macam banyak yang tak dipamerkan. Tengok box kosong aje. 



Orang belakang tu kan, merajuk sebenarnya. 


Disebabkan tak ada orang, kita buat lah macam rumah sendiri. 

5 saat kemudian...


Berangan nak buat rumah begini. Entah tercapai atau tidak entah. I lagi suka rumah orang-orang lama berbanding rumah agam dan banglo moden sepuluh tingkat. 

Dah puas bersantai dan berangan. Kita ke bangunan sebelah pulak. Actually bukan lah bangunan tapi lebih kepada rumah-rumah contoh. 










Nampak tak entiti berkepala biru di belakang itu?


Marilah sesekali kita interframe. 



Tak tau lah kenapa I rasa macam muzium ni tak terjaga sangat. Tapi still rasa berbaloi lah bagi pengunjung macam kami ni. Boleh kira sebagai orang luar juga sebabnya budaya Negeri Sembilan dan Sarawak sudah semestinya berbeza. Dapat tahu apa yang kita tak pernah tahu, nampak apa yang kita tak pernah lihat. Semoga pihak yang sepatutnya boleh come up with ideas macam mana nak tarik lebih banyak lagi pengunjung di masa akan datang. Sayang pulak I rasa kalau terbiar macam tu je. 


I paling suka gambar yang ini. Sebabnya, I memang tengah intai En. Barney tengah naik tangga kat luar tu ha. Ehem. 

p/s : En. Barney, tak nak jadi tour guide Iolls melawat muzium yang dekat-dekat  ni? Hiks

11 comments

3/24/2015 08:22:00 am

kawan negeri sembilan ramai tapi tak pernah lagi singgah muzium negeri...muzium tentera je pernah

3/24/2015 08:40:00 am

bila keluarga ada disisi seronok kan AA...ceria keluarga AA...

3/24/2015 09:15:00 am

amboi! feeling baik punya bawak pi muzium oii..hahahaha...pi muzium negara tu haaa :)

3/24/2015 09:34:00 am

Amboii ! Kita yang orang semenanjung pun tak tau kewujudan tempat ni. Hahahaha.

3/24/2015 12:08:00 pm

lama x masuk muzium.. ermm rasa teringin plak pi lepas baca entry awak ni lah

3/24/2015 04:08:00 pm

Salam. Hee saya pun pernah singgah di muzium negeri ini dekat sangat dengan hiway plus itu kan?

psst. orang majuk itu maukan upah agaknya. Kihkih2

3/24/2015 05:44:00 pm

Amboi dik...hakak yg mmg org Seremban ni pun x sampai2 lg ke sini.. .

3/24/2015 07:51:00 pm

hhmmm... mcm best pulak tgk. besar ke muzium?

3/24/2015 10:00:00 pm

as'salam...
wahh syiok la leh jenjalan g muzium lak tu..hehe
lame dah yaya xg muzium ^,^

3/24/2015 10:03:00 pm

Susah nak tengok gamba tuan blog..hari ni baru nampak..comel orang nya..:)

3/25/2015 07:44:00 am

seronok dpt berjaln - jalan dgn family ... mmg nampak x byk benda kat situ ...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...