29/03/2015

Wedding Checklist

Dah start pening-pening lalat. Dengan checklist itu ini. Payah betul perempuan yang seorang ni eh, diri sendiri pun dah pening siap migrain bagai. En. Barney apatah lagi pening melayan perangai dan kerenah perempuan cerewet begini. Tak nak yang begini dan tak nak yang begitu. Susah jadi orang yang cerewet ni. Cerewet light light je tak apa lah jugak. Ini yang over cerewet. Pengsan!

Macam mana hati kuat je pesan kat diri sendiri, jangan cerewet sangat nanti makan diri sendiri. Tapi pe'el tetap begitu jugak. Cerewet dan kepala batu, combination paling mantap lah. Ampun En. Barney, Iolls memang begini. Waima pilih nak minum nestle bliss perisa mana pun boleh fikir sampai 10 minit. Parah sungguh.

So untuk tak menambahkan lagi pening Iolls yang dah sedia pening ni. Nak semak balik checklist dan keep track mana yang still in process mencari dan yang belum confirmed lagi. Sebabnya jenis I selagi tak settle, selagi tu lah tak senang duduk. Salah satu faktor penyebab migrain dan stress. Oi, kalau lebih 6 bulan lagi tak apalah nak goyang kaki bagai. Ni tinggal berapa bulan je banyak benda tak settle. Itu lah, bila stuck pilih tarikh aje.

Sekadar gambar hiasan (ehsan pakcik google)

1. Kursus Kahwin 
Oh ini hujung tahun lepas lagi dah settle. Tapi sampai sekarang, I tak pernah tengok sijil kursus kahwin sendiri. Semua En. Barney yang pegang. Watikah pertunangan tempoh hari pun dalam tangan dia dan I rasa 70% dia lupa dia letak mana. 

2. Tarikh - Nikah, Sanding dan Bertandang
Semua ini baru je settle bulan ini. Lepas itu panas punggung kelam kabut cari itu ini. So adik-adik sekalian, nanti please please tetapkan tarikh kalau boleh awal sikit. Jangan berapa bulan nak majlis baru nak fikir nak buat bila. Haru biru jadinya. 

3. Borang, dokumen dan segala requirement yang perlu
Yang ini kena tunggu En. Barney lah, dia tak settle lagi I pun tak boleh nak proceed lah. Jangan dia lupa sudah. Nanti perempuan ni migrain borang tak settle pulak. 

4. Tema majlis, tema warna dan lain-lain
So far yang ini boleh kata settle lah. Dah tau apa yang kita nak. Senang sikit nak mencari barang-barang kan. 

5. Barang-barang Hantaran
Sebelum membeli, sila lah buat checklist siap-siap apa yang nak dijadikan hantaran. Kes weolls ni pulak, checklist dah ada dah. Cuma tak start membeli lagi. Nak settle apa yang penting dulu, barang nak dijadikan hantaran ni bukan susah nak cari pun kan. 

Hantaran tunang untuk si buah hati tempoh hari

6. Door Gift dan Bunga Telur
Untuk door gift, I dan En. Barney dah decide dah. Siap dah letakkan bajet lagi. Cuma lepas GST ni tak tahu lah harga barang macam mana kan. Kalau tak ada perubahan sangat, okay lagi lah. Tapi kalau mencanak sangat naiknya, pening lagi lah jawabnya. Kalau boleh untuk door gift biar lah something yang orang boleh guna sampai bila-bila. Itu kalau ikutkan kehendak Iolls ni lah. Part Bunga Telur, ini I decide nak DIY sahaja. In fact dah start pun. InsyaAllah kalau I tak terlupa, adalah tu tutorial untuk dikongsikan bersama. 

Bunga Telur in the making kaedahnya. Hiks

7. Gubahan Barangan Hantaran
Yang ini pun DIY sahaja. Untuk bekas pulak, Iolls pinjam dari officemate. Dah jimat sikit kat situ. Tak payah nak membazir beli baru lagi.

8. Kad Jemputan
Deposit dah settle. Cuma tunggu nak datang kedai tempah kad kahwin je. Boleh kata tak payah pening kepala nak cari-cari bagai. 

9. Pelamin
Untuk majlis belah I, ada member yang bisnes buat pelamin untuk majlis-majlis begini. So senang sikit nak berurusan. Progress, masih dalam process lagi. Untuk majlis bertandang pulak, itu dah settle. Ambik pakej je kan, tak payah pening kepala. 

10. Mak Andam
Majlis belah En. Barney dah settle dah. Macam I cakap tadi, sekali dengan pelamin semua dalam satu pakej. Cuma untuk majlis belah I je lah still dalam process. I mengalami kesukaran sedikit untuk mencari Mak Andam di Miri. Tapi dah jumpa dah seorang ni, I tengok hasil mekap pun marvelous. Harga pun not bad. 

11. Busana
Oh baju nikah tak hantar tailor lagi. Lepas raya InsyaAllah sempat lagi. Cuma I takut lepas raya ni faham-faham je lah macam mana kan. Yang lain-lain termasuk sekali dalam pakej yang I nyatakan sebelum ni. Pelamin, Mak Andam serta dua persalinan lelaki dan perempuan untuk majlis belah I dan juga En. Barney. Cuma design baju je lah harus dipeningkan sekarang ini. 

12. Dewan dan Catering
Kalau majlis belah I, senang aje. Buat dekat rumah. Catering pun tak ada. Gotong royong, saling bantu membantu sesama insan. Bahasa mudah, rewang. Cuma sekarang pening nak cari dewan untuk majlis belah En. Barney pulak lah. Itu lah lambat sangat. Selalu orang akan tempah setahun sebelum majlis, weolls ni pulak beberapa bulan sebelum majlis. Lepas tu time waktu puncak pulak tu. Memang terkial-kial lah. So far, ada dua yang still kosong tapi faham-faham lah. Ada lah kurang sikit tu. Sobs. Catering pulak, En. Barney kata nak panggil jiran belakang rumah atau member siapa-siapa entah yang dia mention. I takut orang tua ni terlupa je. Nanti dewan semua dah ada. Yang lain semua dah settle. Hal catering pulak yang timbul. Hoi mintak simpang!

13. Wedding Photographer
Kalau di Miri, I sebenarnya tak jumpa banyak choice pulak. Tapi ada jugak survey satu wedding photographer ni. Gambar cecantik pulak I tengok. Kot boleh buat outdoor tepi pantai main air laut. Eh eh. Disebabkan majlis weolls ni bukan sahaja merentas sempadan, tapi merentas Laut China Selatan, nak tak nak terpaksa ambil dua photographer yang berbeza. Satu based di Miri. Satu lagi yang ada di KL/Selangor. Belah En. Barney memang banyak yang dah settle. Pakej termasuk pelamin, busana, mekap dan jugak photographer. Itu yang tak pening sangat. Cuma majlis belah I tu je lah. Harap-harap photographer and MUA yang I tengok-tengok tu free lagi untuk tarikh yang I nak tu. Jatuh hati pulak dengan hasil kerja dua-duanya. Harga pun not bad. 

14. Kompang dan juga yang sewaktu dengannya 
Yang ini, Bapa Iolls jemput geng-geng dia sendiri. And geng-geng kumpulan zikir Bapa Iolls ni memang hot stuff macam pisang goreng cheese yang panas-panas. Siapa cepat, dia yang dapat kaedahnya. Siapakah mereka ini, InsyaAllah nanti ada jugak I cerita panjang-panjang. 


Selit gambar retis kejap. Suka pulak Iolls tengok majlis pernikahan Sharifah Sakinah. Nampak simple tapi grand. Oh tak nak lah grand-grand bagai. Janji manis bergula boleh simpan dalam kotak memori sampai akhir hayat dah lah. Betul tak?

By the way, I refer Checklist Perkahwinan di SINI dan mix and match dengan persiapan sendiri. Hmm ada lagi yang tertinggal tak eh?

p/s : BFF I cakap, dah besar dah kita kan. Dah nak kahwin dah pun. Saja bikin sebak betul lah minah tu. Kawan since darjah 4, kira-kira balik dah lebih 15 tahun kot. Sedih lah tu kawan baik dia nak kahwin dah. Sobs. 

10 comments

3/29/2015 09:27:00 am

Are you getting married? Congratulations dear. Jgn pening2, stress2 k. Go and rejuvenate yourself as well. Manicure, pedicure, spa semua. All the best bridezilla.

3/29/2015 10:34:00 am

detail tu...semoga dipermudahkan...

3/29/2015 01:18:00 pm

waaa.... best nyer ^_^
May Allah ease everything for you!!!
Tahniah,,haha

3/29/2015 01:55:00 pm

memang girl kalau nak kawin cerewet skit...sebab kawin hanya sekali..jadi semua benda mesti lengkap...kemas..cantik
.

3/29/2015 04:00:00 pm

Salam, hohohoi~ kau nak kahwin bulan berapa ni?? aku pun dah kelam-kabut jugak ni tgk checklist kau camni, hahaha..aku baru tunang, dan bajet nak kahwin tahun ni gak, paling lambat bulan 12 ni...skang dah bulan 3...owh my God! Owh my God!! Means aku pun dah kena start bz2 mcm kau ke skang nih?? Hahahhaha...tetiba aku jadi stress dan kelam-kabut..waduhh2!!

3/29/2015 04:06:00 pm

Salam. Hee jangan cerewet sgt yee ;p

3/29/2015 07:15:00 pm

nampaknya sy juga perlu upgarde wedding checklist...haha byk benda xsettle lg..;(

3/30/2015 02:01:00 pm

buat checklist yg stress ni hehehe

3/30/2015 06:05:00 pm

Ok la tu beberapa bulan lg. Masa sy dulu, sebulan aje nak kejar. Iye la,baru je kenal, org buat surprise masuk meminang. Jgn kata bakal pengantin je stress. Mak,adik pun sama stress.. hehe

3/30/2015 10:03:00 pm

wahh bnyknya mjlis..hehe
meriah ni...cik aisya wat kat srwak,kan..umm xdpt ler nk tgok dia bsanding..ngeee jao benau.
tema wedding ape cik aisya? ^,^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...