12/03/2015

Tukar Kereta Baru Je Lah Perempuan Oi!

Di suatu pagi yang hening. Pukul 8.30 pagi. Baru masuk office. Hati masih belum cukup kental untuk membaca email. Masih lagi berkisar tentang Si Merah yang berpenyakit kronik.

"Kereta I tambah satu lagi penyakit baru."

"Penyakit apa pulak?"

"Gasket. Minyak hitam leaking."

"Lagi apa yang problem?"

"Kompresor"

"Woi tukar kereta baru je lah! Membazir duit je tukar itu ini. Ambik lah zero down payment."

Kalau lah begini. Porsche sebijik, Ferrari sebijik, BMW sebijik.

Faham tak tengah kumpul duit lah ni. I bukan anak Sultan boleh beli kereta dengan sekelip mata. Boleh kahwin dengan satu hela nafas sahaja. Nak kumpul duit kahwin pun terbaring terduduk merangkak semua ada. Apatah lagi nak beli kereta baru. Putus nafas! Oh jangan kata anak Sultan, anak orang kaya harta jauh sekali. Anak orang kaya ilmu iye lah. Sebab Mak Bapa dua-dua cikgu. 

Beli kereta baru dan juga guna kereta lama. Dua-dua ada pro dan kontra masing-masing. Kereta lama, duit yang keluar untuk maintenance. Kereta baru, ada amount untuk dibayar tetiap bulan. Kalau kereta lama, mana perlu bayar bulan-bulan kan. Cuma maintenance je lah. Dan bajet untuk kereta sebulan tu tak tetap lah. Kadang-kadang bulan ini mungkin tak ada apa yang memeningkan pun, tapi bulan depan mungkin perlu keluar duit untuk tukar itu dan ini. 

Macam Si Merah Iolls, minggu ini sahaja. Bukan main makin galak pulak dia meragam. Itu dan ini problem. Sabar je lah oi. Nak menangis pun dah tak termampu. Kalau dah keluar RM400-RM500 bulan ini, insyaAllah bulan depan tak ada apa sangat dah. Masalah sekarang kompresor tu je lah. Satu problem, yang lain pun terkesan sama. 

Lagi satu. Zero down payment. Itu lah yang semampu-mampunya I elak. Itu pasal sanggup bertahan dengan keadaan kereta yang ada sekarang. Bak kata peribahasa, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."

Sumber : Google

Plus I ada target untuk 'tackle' Si Handsome di atas. Tapi sekarang I ada priority lain. Bab kereta terpaksa hold dulu. 

Dengan harapan yang tinggi menggunung, mudahan Si Merah boleh bertahan dan terus menabur bakti, berkhidmat untuk I paling-paling pun setahun je lagi. Amin! 

p/s : Kalau En. Barney kerja duduk office ikut office hour je tak ada masalah lah. Boleh hantar dan ambik buah hati balik kerja. Ini esok ke JB, lusa ke Kuantan, kemudian ke Sabah Sarawak pulak. Even masa pun tak tetap. Kalau kerja start pukul 5 petang, habis pukul 10 malam. Siapa pulak yang nak jadi Supir I?

9 comments

3/12/2015 08:16:00 am

Salam. Hee cantik gambar si Iriz merah mancongkam.

3/12/2015 11:00:00 am

kan aisya..mok ada komitmen kereta tok byk akan menyekat..org senang lah ckp suh beli kereta..mun gaji riban2 tek xpa juak..hihihi..mek doa kan jak lah si merah ktk ya cepat sembuh..ehe

3/12/2015 11:21:00 am

cian simerah.. sabar ye AA..

3/12/2015 11:53:00 am

Faham sangat perasaan tu bila kereta selalu meragam. Ika selalu juga jadi tempat abah mengadu pasal kereta dia yang dah mula meragam minta itu ini ditukar hewhew. Bila kita suruh tukar je kereta baru (sebab abah mampu tukar) katanya sayang kereta sekarang.

Tapi pada ika pula, betul laa macam aisya cakap tu. Nak beli kereta ni bukan macam beli baju. Kereta mahal kut, nak juga kumpul2 duit dulu kan. Sama je kita sebenarnya aisya, tengah mengumpul duit juga untuk beli kereta, sebab ika ni jenis tak suka guna duit mak ayah, alang2 dah bekerja ni, kena laa belajar2 tanggung diri sendiri pula. Ramai cakap "doc kat gaji besar, anytime boleh pakai kereta hebat2, mahal2". Amboiii3 hahahaha. Dorang ingat jadi doc ni kaya agaknya hewhewhew

Banyak lagi tanggungjawab nak diutamakan selain daripada kereta. Ika pula anak sulung, tanggungjawab pada keluarga tu ika utamakan sekarang. Rasa macam dah tiba masa juga ika pula support sikit2 belanja sekolah, belanja u adik, belanja rumah kan. Sampai bila nak harap kat mak ayah je.

Lagipun, zero downpayment bagai ni pada ika merumitkan je. Buat pening! Kalau boleh elakkan berhutang, so elaklah. Kalau tak, tiap2 bulan laa pening nak bayar hutang, quality time diri sendiri pun berkurang nanti sebab stress fikir hutang je huuuu

Semoga dipermudahkan segalanya buat aisya, semoga kurang2 sikit meragam si merah ;)

3/12/2015 11:54:00 am

promoted content 2x n british council untuk aisya :))

3/12/2015 01:31:00 pm

kalau beli kereta tu pakai daun boleh lah bila rosak tukar je.

3/12/2015 05:26:00 pm

zero down payment tu jalan nak menyusah kan diri sendiri je...tak pe..bertahan ye...semoga semuanya dipermudahkan..

3/13/2015 10:46:00 am

hehehehe...mohon bertabah ye wahai si merah! kesian akak aisya ni haaa~

3/17/2015 12:13:00 am

cuma berharap masalah yg sama x berulang. let say kompressor baru tukar. 2 bulan, kompressor rosak balik. ni nama nyer memang kena tukar baru. dah uzur sgt dah.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...