05/03/2015

[English Novel] The Salati Case - Tobias Jones

Terasa diri semakin rancak membaca sekarang. Pertama, usaha untuk mengejar target 8 buah novel dalam masa tiga bulan. Kedua, dah berminggu-minggu tak keluar lunch. So masa tu digunakan untuk membaca. Sebelah tangan kiri selak helaian demi helaian muka surat, tangan kanan pulak suap Quaker Fruit Bites masuk mulut. 

Sekarang ni ada dua novel yang I tak story-story lagi dalam blog. So secara total, dah berjaya capai target 8 buah novel. Yeay! Baki bulan March ni nak target boleh baca dua buah novel lagi. Harap-harap mampu. 


Hari ini story tentang novel yang ketujuh. Novel kelapan mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Bukan main excited lagi dapat capai target dengan harapan tak dapat dah soalan sinis Pak Supir yang sebenarnya malas nak melayan bila I ajak pergi book fair mana-mana.


The Salati Case
Tobias Jones

Sinopsis The Salati Case

Fourteen years ago Silvia Salati's son went missing while waiting for a train. When Silvia Dies, the mystery oh her son's circumstances becomes an obstacle to disposing of her estate. Her other heirs demand an action, and so Castagnetti, a private detective, is commissioned by a notary to change the son's status from 'missing' to 'presumed dead'.

But Castagnetti, who lost his parents and optimism long ago, isn't the sort to content himself with presumption. He likes certainty, and wants justice. Before long he is reopening wounds, exposing family secret and uncovering a plot as thick and chilling as Italian fog. 
Kes lama yang berumur 14 tahun dan juga penyiasat persendirian. Apa yang I perasan, novel ni tak dibahagikan kepada chapter tapi ada 7 part semuanya. Iaitu mewakili hari - Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya. 7 part bermaksud Salati Case diselesaikan dalam masa 7 hari lebih kurang. 

Riccardo Salati, pemuda yang hilang. Selama 14 tahun status Riccardo samar-samar dan menjadi tanda tanya. Kalau hilang diculik, hebatnya penculik tersebut sehingga mampu menyembunyikan Salati selama 14 tahun. Kalau dia melarikan diri, takkan dalam 14 tahun tak ada khabar berita langsung. Meninggal dunia? Tapi di mana pulak kuburnya. Dalam masa 7 hari, banyak rahsia yang berjaya dibongkar oleh Castagnetti.

Bagi I novel ni tak adalah mendebarkan, dup dap dup dap sebab tak suspens pun. Cuma teringin sangat nak tahu apa yang terjadi kepada Riccardo Salati sebenarnya. Takkan hilang begitu je tanpa boleh dikesan jejaknya selama 14 tahun. Tujuan asal, Castagnetti diupah bukan lah nak tahu status sebenar Riccardo, sama ada dia masih hidup atau tak tapi kerana status itu diperlukan untuk pembahagian harta selepas kematian Silvia Salati. Kiranya mencari bukti yang Riccardo betul-betul dah mati. Tapi betul ke Riccardo dah mati sebenarnya? 

Oh jangan tanya Iolls apa endingnya. Tak nak bagi spoiler. Tapi novel ni tak berat pun I rasa. Ikut flow aje. Tu sebab la kot I baca novel ni dalam beberapa hari jugak lah. Nak tahu sangat Salati tu hilang mana sebenarnya?

p/s : Bookerville. En. Barney jom pergi!

4 comments

3/05/2015 10:02:00 am

menarik jugak ni...

3/05/2015 12:31:00 pm

kita dah khatam jugak buku ni. hehehhe

3/05/2015 11:32:00 pm

3 bulan 8 novel?/rajin nya..akak ni beli majalah nipis pun sebulan baru habis baca...hahahh

3/06/2015 03:50:00 pm

quite interesting! pinjam nnt :P

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...