14/03/2015

[Movie] Cinderella

Semalam. Lepas balik kerja. Sementara nak tunggu family sampai di KLIA 2. Last flight dari Miri ke KL dan dijangka mendarat lebih kurang 12.25 pagi. So sementara menunggu I ajak En. Barney tengok wayang sebab dah malas nak balik rumah and then patah balik pulak, Alah, lagipun cinema dah memang dekat sangat dengan office. 

Ajak En. Barney tengok movie Cinderella dan I memang tertunggu-tunggu pun movie ni sebenarnya. Iye lah dulu masa kecik-kecik suka tengok kartun Cinderella kan. Bila besar ni confirm lah movie Cinderella pun nak tengok jugak.


Ella (Lily James) seorang gadis yatim piatu yang dilayan seperti orang gaji oleh ibu tiri, Lady Tremaine (Cate Blanchett) dan kedua-dua kakak tirinya. Semuanya bermula setelah mendapat perkhabaran bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Namun, rentak kehidupan Ella berubah setelah dia bertemu dengan Kit (Richard Madden), yang kononnya bekerja di Istana. 
Sebenarnya kan,sepanjang tengok movie ni I selalu compare kan movie Cinderella (2015) dengan movie Cinderella tahun 1950. Padahal lebih kurang je pun walaupun bukan la direct remake movie animasi dengan judul yang sama pada tahun 1950. 

Cinderella and Lady Tremaine

Bagaimana kisah Cinderella yang uolls dengar selama ini, begitu jugak lah kisah Cinderella yang uolls akan tonton dalam movie ini. Cuma ada satu perbezaan berbanding Cinderella yang terdahulu, Ella telah berjumpa pun Prince Charming sebelum majlis tari-menari yang diadakan di istana. Dan Putera pun mencari 'gadis misteri' yang ditemuinya dengan menggunakan Majlis Tari  Menari sebagai batu loncatan. 

Kit dan Cinderella

Satu perkara yang buat I terpegun, tergamam, terkesima dan segala macam ter- lagi bila tengok baju Cinderella masa Majlis Tari Menari tu. Wahhhhh, cantiknya!

Fairy Godmother (Helena Bonham Carter)

Muncul untuk membantu Cinderella menghadiri majlis tari menari dan wataknya tidak lagi muncul selepas itu.

Walaupun Iolls dah tahu jalan cerita Cinderella bagaimana dan dalam movie ini tiada perbezaan yang signifikan pun berbanding dengan movie animasi yang terdahulu, I rasa movie ini tetap sebuah movie yang best dan menyeronokkan. Kisah Cinderella yang lebih refreshing gitu dan I bagi 4.5 / 5 bintang untuk movie Cinderella. 

p/s : Movie Pan yang berdasarkan kisah Peter Pan pun macam best jugak eh. 

8 comments

3/14/2015 08:35:00 am

Salam. Hee seronok tengok movie cinderella yang best itu ya.

3/14/2015 08:48:00 am

wuaaa..mok nangga juak!

3/14/2015 11:23:00 am

cerita cinderella memang best...suka tengok ulang ulang..tapi versi kartun..

3/14/2015 10:40:00 pm

as'salam...
besh..? yeaa..xsbar nak tgok esok..tu la..yaya tgok juga trailer dia..pun comparekan jugak citer kartun dia yg lame tu..hehe
nmpk lebh kurng.tp ni msti lagi besh sbb orang REAL..bukan cartoon..huhu =p

3/15/2015 10:17:00 am

Wah dah tengok!! Bestnye :D

3/15/2015 06:27:00 pm

xsempat lagi nak tgk movie ni..

3/15/2015 06:34:00 pm

kyaaaaaaaa kalau sempat qila nak gi tengok gak ah hihik

3/16/2015 04:44:00 pm

orang still tgh gila tgk cte Thailand tu..hahahha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...