06/03/2015

Quaker Oats Cereal Drink 3 in 1

Weekdays. Breakfast Oatkrunch, lunch Quaker Fruit Bites dan dinner pula Quaker Oats Cereal Drinks 3 in 1. Ha, semua lah nak berasaskan Oats kan? Sesekali di petang hari mengunyah pisang goreng sambil bertemankan buah jambu batu, jambu air seringgit dua melayan pertanyaan dan complaint customers, clients dan apa-apa je lah term yang boleh digunakan. Dan sesekali juga di malam hari makan berat sikit. Itupun sekali dalam masa 5 hari. 

Weekends, cheat day. Itu pasal berat badan kejap naik 1 kg, kemudian turun balik 1 kg. Bukan hidup saja umpama roda, sesekali di atas dan ada masa di bawah. Berat badan I pun sama. Urgh! Dah la jenis yang cepat naik, nasib baik lah turun pun boleh lah kira cepat jugak. 

Oh I bukan nak cakap pasal diet. Tapi nak cakap pasal Cereal Drink 3 in 1. Dalam erti kata lain, mukadimah di atas boleh diabaikan.


Selama ni tak tau pulak Oat Cereal Drink ni wujud. Kalau tak kerana pada masa itu benda alah ni tengah promotion and tersusun cantik je di ruang tengah Giant, sampai bila-bila pun I takkan perasan. 

Disebabkan Iolls ni pencinta tegar dengan rasa vanilla, haruslah vanilla yang I pilih. Kalau tak silap ada yang Original dan juga Coklat kot. Tapi mata I ni kalau dah terpandang perkataan vanilla, itu je lah yang I nampak. Yang lain, seolah-olah samar-samar. 


Tak suka sangat Oats yang pekat, macam kurang air dan nak makan pun rasa macam nak tercekik je. Sebab tu I lebih prefer yang cair sikit. Tak kisah lah terlebih air ke apa. Terlebih air boleh adjust here and there sikit. Paling-paling kalau tawar sangat, tambah gula. Nak lagi sedap tambah krimer. Tapi memandangkan I ni jenis yang kurang gemar makan sesuatu yang manis-manis so tawar itu adalah sedap. Orang kata makanan hospital tak ada rasa, I boleh tengok macam menyelerakan. Sebab yang tak ada rasa itu lah yang sedap. Er, ini En. Barney memang dah pening kepala. Dia cakap habislah nanti dia macam makan makanan hospital yang tak ada rasa. Manis tak boleh, pedas tak boleh. Ini tak nak. Itu pun tak nak. Eh, kejap. Tadi cerita pasal Oat Cereal Drink kan?

Anyway, Quaker Oat Cereal Drink ni I suka. Cuma rasa manis sikit lah. Tuang air panas dan kacau. Wangi harum semerbak je. Sedap pulak tu. Yummy!

p/s : Ada lagi something yang I teringin nak cuba. Tapi nanti-nanti dulu lah. Tunggu masa yang sesuai. Hiks.

7 comments

3/06/2015 08:36:00 am

kadang suka makan oat ni tapi bila dah habis malas nak beli hahaha

3/06/2015 08:56:00 am

eh ada perisa vanila..bagus utk breakfast bg org bekerja..:D

3/06/2015 09:12:00 am

Okaylah nak try juga ! Hahaha.

3/06/2015 10:21:00 am

samalah kita. sokmo cheat bila weekend

3/06/2015 03:49:00 pm

punca punca!!

kalau ttbe Sally update sbb Aisya! hahahaha

3/07/2015 01:24:00 am

lama nya x minum or makan oat..

pasni nak pi beli sepeket :p

3/08/2015 09:57:00 pm

ohh cik aisya berdiet lebh prefer produk quaker ye...
yaya lak lebih suka prodk nestle..cam nestum n cereal fitness tu..heeee =D sedap jgk

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...