28/07/2015

Alkisah Aidilfitri 2015 Part II

Sambung balik cerita raya.  Raya pertama dan raya kedua bersama family. Raya ketiga bersama geng budak nakal since zaman hingusan berbelas tahun dulu yang memasing selekeh ya ampun. Itu dulu lah. Sekarang memasing dan cun melecun, tampan bergaya pulak. Ehem.

Set date hari raya ketiga. Konvoi raya katanya. Kalau bahasa melayu sarawak, kita guna term 'berjarah' atau bahasa iban kita guna istilah 'ngabang'. Dua-dua membawa maksud yang sama, berziarah. Ini memang rutin tiap kali raya. Since Iolls Form 5 lagi. Kalau dulu, abang member yang jadi driver. Kemudia berevolusi kaedahnya. Masing-masing take turn jadi driver. Kalau dulu Iolls lah antara pemandu utama tapi sekarang goyang kaki aje lah. Tunggu driver pick up kat rumah and meronggeng. Yeay!


Tercapai jugak hasrat naik kereta baru yang diberi nama Mr. QMY. Maksud QMY? Plat kereta lah. Sorry En. Barney, Iolls dating dengan 'boyfriend' lama di sebelah tu untuk sehari. 


Start point memang sentiasa di sini. Tiap-tiap tahun. Tahun depan? Itu jadi persoalannya. Tuan rumah beraya di mana pula?

3rd house.

Baru perasan, tak bergambar pula di rumah kedua. Masing-masing leka menyembang. Biasalah berkumpul begini setahun sekali je. Bila dah jumpa, chit chat dulu. Bergambar lupa.  

Rumah pertama dah culik seorang. Di rumah kedua, culik seorang lagi. Rumah ketiga, bawa lari lagi seorang. 

Miri's most eligible bachelor. Hiks. 

And the ladies. 

Ini rumah number empat.

16 years of friendship and still counting.

Rumah keenam

Ini semua member-member since sekolah rendah lagi. Still contact sampai sekarang. Regardless of agama, bangsa and budaya. Begini lah sejak bertahun-tahun. Raya tetap sambut bersama-sama. Tiada istilah aidilfitri untuk masyarakat yang beragama Islam sahaja. Kata satu Malaysia, memang semua lah berhari raya. Except for part pergi sembahyang raya lah. Nak ya mun sik paham juak sik la kamek pande nak madah oh. 


Ada melayu, ada iban, ada kayan, ada kelabit dan ada juga kenyah. And ada juga si baby comel. Tengok gambar dia geram aje tengok. Ni dah jumpa depan-depan, tak takut orang pulak tu. Ikutkan hati I dah culik dah bawa balik. 

Berebut kuih raya lah tu. 

Yang ini pulak tak habis-habis bergambar

Dan rumah yang terakhir. 

Total semua, 7 buah rumah dalam masa sehari. Kalau dulu ini kira sikit lagi ni. Kalau belum pukul 12.00 malam jangan harap nak balik lagi. Tapi sekarang, umur dah makin meningkat kan. Pukul 10.00 malam pun dah rasa macam alahai beratnya lah mata. Mana larat nak drive dah. Tuan rumah pun masing-masing dah tutup rumah, simpan kek lapis untuk esok hari pulak. Eh. 

Entah bila lah boleh berkumpul begini lagi kan. Dulu bukan main pergi tengok wayang sama-sama. Pergi pantai ramai-ramai, buat reunion sambil tengok matahari terbenam. 

Okay fine. Nak balik. BFF semua di seberang sana. Sobs. 

p/s : Sorang demi sorang jadi camar yang pulang. Tinggal lah I seorang jadi camar yang masih sesat jalan pulang. Haish sedih jugak kadang-kadang. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi tetap hujan batu jadi pilihan hatiku. Eh peribahasa apa ini?

8 comments

7/28/2015 03:54:00 pm

raya sakan..:)

7/28/2015 04:24:00 pm

wahhhh meriahnya raya!

7/28/2015 04:59:00 pm

meriahnya.....akak dah putus hubungan dengan kawan2 sek dulu..huhu

7/28/2015 09:26:00 pm

Alhamdulillah terus kekalkan ye silaturrahim ni..

7/28/2015 09:56:00 pm

Meriahnyaa Raya dia. Hihi.:)

7/29/2015 03:03:00 pm

amboiii! seruuuunyaaa ibu Aisya beraya ye! hihihi :)

7/29/2015 10:44:00 pm

syioknyerrrr raya cik aisya... ^_^

8/02/2015 02:07:00 pm

CM dah tak de peluang nak buat camtu ...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...