14/07/2015

Jom Balik Kampung Berhari Raya!

Makin dekat nak raya ni, office makin kosong dan highway pulak makin dibanjiri dengan kenderaan. Masing-masing nak pulang beraya kan. Dan sudah semestinya I pun tak terkecuali. Mesti lah nak balik raya oi. Cuma I balik naik kapal terbang, bukannya kereta. 

Member-member selalu cakap, "Untunglah Aisya, balik naik flight. Kat atas mana ada jammed macam di jalan raya."

Eh eh, biar tak jammed di atas awan yang indah permai, before nak masuk kapal terbang tou 'jammed' oi. Masa nak drop baggage satu, dan satu lagi masa pemeriksaan security / immigration. Panjang sungguh barisnya!

Dan bagi mengelakkan terlepas flight dek kerana que panjang begini, AirAsia menggalakkan penumpangnya untuk tiba lebih awal di lapangan terbang serta membuat pemeriksaan masuk (check in) sendiri. Check in sendiri? Alah senang je.


Packing 95% siap. Boarding Pass checked. Mood balik kampung pun dah mula bermaharajalela. Dah lah pagi ni masuk office macam biasa lagi. Jasad je kat office, hati dan fikiran dah melayang dah. 

Rumah Kereta Terbuka

Yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau  yang bakal mengharungi lautan kenderaan dalam perjalanan pulang ke kampung tu, bersabar lah. Hati-hati semasa dalam perjalanan dan ingatlah orang tersayang yang sedang menanti kepulangan anda. Oh, sebelum balik kampung tu jangan lupa service dan periksa kondisi kenderaan anda ye. Pandu cermat, jiwa selamat. Hiks.

Have a safe 'balik kampung' journey everyone!

p/s : Soalan. Flight pukul 6.30 petang dan tiba di destinasi hampir pukul 9.00 malam. Macam mana waktu berbuka puasa ditentukan kalau dalam keadaan begini?

12 comments

7/14/2015 08:29:00 am

take care :) selamat menyambut hari raya

7/14/2015 11:12:00 am

huhuhu... terbang... menarik tu... Kampung awak kat mana tu?
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

7/14/2015 01:28:00 pm

bestnya balik naik flight..

7/14/2015 01:51:00 pm

take care!

kalau dalam flight, boleh mintak flight attendance tu maklum kan pada kita waktu berbuka. biasanya ada announcement dr pilot.

selamat hari raya. maaf zahir batin

7/14/2015 02:48:00 pm

Kt dlm flight ade pengumumkn kot, kita pun xprnh naik flight,huhuu

7/14/2015 09:44:00 pm

apa pun kenderaan yang digunakan untuk pulang ke kampung halaman..yang penting selamat pulang ke kampung..

7/15/2015 10:37:00 am

Salam, hahaha nangis weh kalau terlepas flight..hihi, tu lah aku pun same ni haa..menghitung jam je nih nak bercuti ni, owhh cepatlahh..xsabar dah ni, haha! take care di hari raya..maaf zahir batin :D

7/15/2015 03:17:00 pm

kereta terbuka. konsep terbaru ni. hahaha...

7/15/2015 07:03:00 pm

selamat bersesak bg mereka ug mgalaminya..huhu
hati2 djln udara, ye cik aisya ^o^

7/28/2015 08:13:00 am

Over the sea. Eching2 overseas la konon. Hehe

7/28/2015 08:15:00 am

Haah ada umumkan masa berbuka. Hehe

7/28/2015 08:15:00 am

Ada2. Naik MAS ada umumkan, naik Air Asia pun ada jugak. Hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...