Lewat bulan June yang lepas, En. Barney heret I sekali untuk buat HIV Test. Sebab dia nak settle kan borang dia, so dia ajak Iolls pergi buat screening test tu sekali. Nak harapkan minah ni? Memang tak lah, lagi-lagi dia tengok dalam dokumen lampiran permohonan nikah tak ada pun mention HIV Test bagai. Tapi dah kena heret sekali, pergi aje lah kan.
Before tu, tanya jugak kakak-kakak mak orang kat office, macam mana prosedur nak buat HIV Test. Dan seperti yang diberitahu, kalau di Klinik Kesihatan Shah Alam perlu call to set appointment dulu. Katanya sebab ramai sangat orang nak buat HIV Test. Ini Iolls tak sure lah sebab tak call pun tanya. Based on cerita kakak-kakak office je. Dan tak buat pun HIV Test kat Klinik Kesihatan Shah Alam. I dan En. Barney ke Klinik Kesihatan Selayang Baru.
Kalau di Klinik Kesihatan Selayang Baru, tak perlu appointment. Just walk in je. Tapi advisable lah datang before 1.30 petang sebab takut ter-ramai pulak kan. Dan quota untuk sehari cuma 20 orang je dari hari selasa sampai khamis. So 3 hari seminggu.
Tapi time I dan En. Barney pergi, ada lah kot dalam 4 orang je termasuk kami berdua. I tengok attendance record untuk hari sebelumnya, dalam sehari tu memang tak ramai pun yang buat HIV Test. 10 orang pun tak sampai.
Ini tak tahu lah muka cuak atau apa. Nak kata takut jarum tak langsung pun.
I suka nurse yang ambik darah time tu. Cucuk jarum sekali tak sakit langsung dan nampak mudah je dia buat. Dalam masa dia ambik darah tu dia tanya soalan;
Macam mana HIV boleh berjangkit?
- Melalui sex bebas
- Perkongsian jarum
- Blood transfusion
- During pregnancy / delivery or through breast feeding
Siap explain details lagi satu-satu point. Bak kata nurse tu kalau melalui blood transfusion possibility agak rendah sebab darah akan disaring terlebih dahulu. Result, alhamdulillah negatif.
Tapi bila blood test reading sampai di tangan doktor. I dapat satu kertas putih suruh datang lagi buat follow up dan buat blood test lagi. Bak kata doktor time tu lah, red blood cells I rendah. Apa yang dia bulatkan time tu, tak menyempat pulak nak tengok. Biasalah klinik kesihatan kan, I nak tanya banyak-banyak pun endah tak endah je menjawab. Sebab memang kerja I banyak deal dengan in-house doctor kat office tu, so dah jadi habit during doctor's consultation memang akan tanya banyak. Tapi kalau doctor ni cakap pun halus je tak nak orang dengar, I pun balas la nak tanya bebanyak.
Makanya kita tanya Pakcik Google lah mengenai RBC (Red Blood Cells) Count bila mana doktor klinik kesihatan malas nak melayan soalan I. Mungkin dia tahu lah kot I ni jenis yang banyak tanya. So awal-awal lagi dia tak peduli. Takut nanti lama pulak and kesian patient yang seterusnya lama menunggu.
Julat normal RBC;
- Male : ~ 4.7 to 6.1 million cells per microliter (cells/mcL)
- Female : ~ 4.2 to 5.4 million cells/mcL
Number of RBCs yang rendah daripada normal mungkin disebabkan oleh;
- Anemia
- Bleeding
- Bone marrow failure (for example from radiation, toxins or tumor)
- Deficiency of a hormone called erythropoietin (caused by kidney disease)
- RBC destruction (hemolysis) due to transfusion, blood vessel injury
- Leukemia
- Malnutrition
- Bone marrow cancer called multiple myeloma
- Nutrition deficiencies of iron, copper, folic acid, vitamin B6 or vitamin B12
- Overhydration
- Pregnancy
Erythrocyte
Last week, datang lagi sekali untuk follow up check up. Kena cucuk jarum lagi sekali dan kali ini tempat kena cucuk jarum tu membengkak dan kebiruan. Tak macam yang sebelumnya. Nurse lain-lain so caranya mungkin lain dan kali ini satu hari lengan rasa kebas.
En. Barney boleh pulak cakap, I relax je tengok nurse tu cucuk jarum dan ambik darah. Kalau dia? Dah pandang tempat lain dah. Nah, siapa jugak yang cakap I takut jarum, takut kena suntik kan? Tak takut pun lah.
Dan kali ini, doktor yang attend tu pun doctor lain. Agak ringan mulut sikit compare dengan doctor yang attend I minggu sebelum tu. Actually doctor tu pun tak pasti kenapa I disuruh untuk datang buat blood test lagi sekali sebab tengok normal aje. Doctor tak sure, I lagi lah tak sure sebab bukan I doctor pun kan. Maybe sebab reading tu normal tapi menghampiri range rendah sebab tu yang doctor suruh ambik darah lagi. Alhamdulillah semuanya normal dan reading pun meningkat sikit compare dengan yang sebelumnya.
"You better go check lah. Bad things always happen to good people."
"Test result came out normal bah. Guess am not that good lah kan? Hiks"
p/s : Alhamdulillah, tak payah datang lagi.
sumber : INI
5 comments
xlama dah dia nak naik plamin..:)
Cikna pun xphm main dktr lain pndpt, mcmne diaorg bljr kedoktoran ni eyhh.... B2b jgk ke jom join GA, Cikna nk kmplkn blog list b2b sbgi rujukan utk mjls nnti....;-)
huhuhu...tapi awok mmg takut kan...? mengaku jelaaa...hahaha
Kalau nani memang cuak lerr nak jumpa doktor ke ekna cucuk ke. haha
Tak takut pun. Cucuk org lagi ade lah. 😝